Wednesday 1 June 2011

Konsep ketuanan?

Barack Obama berucap kepada belia-belia Amerika menyeru rakyatnya mempertahankan Washington DC dalam menghadapi saingan pilihanraya Presiden tempoh hari.


Ramai yang hairan dan keliru dengan seruan oleh Presiden yang dilantik ini, dan tatkala disebut soal menumpahkan darah dan berkorban nyawa, ramai di kalangan belia yang jatuh pengsan..bunyi macam nak merusuh atau bertumpah darah bagi mengekalkan kuasa jika tewas dalam pilihanraya kelak..


Sudah pasti Washington DC bukan milik harta persendirian ekslusif mana2 parti politik tetapi aset awam yang menjadi milih seluruh rakyat Amerika. Oleh itu, tiada siapa berhak untuk bercakap soal mempertahankan Washington DC, melainkan menghadapi ancaman kuasa luar atau makhluk asing.


Malah Obama hanya diberi mandat untuk menjadi tetamu yang menyewa di sana, dijemput rakyat untuk mentadbir negara untuk tempoh tertentu. Habis tempoh, tuan tanah - iaitu rakyat akan menjemput pembida iaitu parti politik untuk menyertai tender bagi menduduki Washington DC bagi penggal seterusnya dan mentadbir kerajaan persekutuan sehingga tamat tempoh perkhidmatan..



Sedar atau tidak, apa yang kita ada hari ini semuanya adalah pinjaman sementara...jangan terlalu kita gilakan kuasa sehingga kufur nikmat..Gilakah kita?



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...