Monday 31 January 2011

Buang tebiat




Dalam kes orang melayu, jika seseorang itu mula berubah, terus masyarakat sekeliling akan cakap orang itu BUANG TEBIAT..

Bila buang tebiat, orang melayu percaya tandanya mati sudah dekat..


Mungkin sebab itu, orang melayu ambil keputusan untuk tidak berubah sebab TAKUT MATI..


Maka ramailah orang melayu lebih RELA BERSUSAH daripada nak BERUBAH..



P/s: doakan sahabat2 kita di Mesir..dalam kita mengagumi kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia, JANGAN sesekali kita letakkan kredit obses itu pada RUSUHAN dan DEMONSTRASI JALANAN, yang hasilnya adalah huru-hara..
Apa yang patut diberi kredit ialah PERUBAHAN MINDA masyarakat arab-islam, yang secara umumnya cocok dengan gelaran jumud, ketinggalan dan menunduk ini akhirnya berani untuk BERUBAH..


Sent from my BlackBerry® wireless device
Best Blogger Tips

Saturday 29 January 2011

ruang?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Taadud Jemaah yang berleluasa, makin hari makin parah. Semua pihak mahukan kesatuan. Kesatuan adalah suatu seruan Allah dan suatu kewajipan yang perlu dicari. Tanpa kesatuan, kita kalah. Tanpa kesatuan, kita tiada kuasa.


Yang jelas, taadud jemaah tidak akan mendatangkan masalah jika bidang tugas dan target group berbeza. Contoh yang diambil, adalah Persatuan Islam China dan Persatuan Islam Malaysia yang jelas, target group berbeza. Contoh kedua, adalah Persatuan Islam Malaysia dan Parti Doktor Malaysia. Tentu sekali, ianya tidak mendatangkan masalah jika dibuat.



Jika target group dan bidang tugas adalah sama, maka, yang berlaku adalah suatu keburukan yang jelas dan nyata. Pergaduhan, dan permusuhan. Maka, akan timbul golongan yang "menghalalkan" segala perbuatan buruk terhadap pihak lawan, asalkan jemaah kita berjaya. Jawapannya, syabas kerana anda berjaya mementingkan diri anda! Akibatnya, pihak yang menerima kejahatan, tentu akan terfikir untuk membalas serangan tersebut dengan serangan yang sama nilainya. Tumbuk dibalas tumbuk, kutuk dibalas kutuk. (Walaupun ianya tidaklah sepatutnya begitu).

Kepada yang menyokong taadud jemaah, mereka akan menggunakan perkataan seperti "cari persamaan, raikan perbezaan" (ayat yang dikatakan keluar dari mulut As-syahid Hasan Al-Banna).


Teringin saya membuat analogi terhadap taadud jemaah. Taadud jemaah di luar negara ini memang lebih banyak buruknya dari baik. Semakin ramai yang memilih berdiam diri, tidak menyertai mana-mana persatuan kerana taadud jemaah. Maka, analogi parahnya taadud jemaah adalah seperti SEORANG MENGHIDAP KANSER PERINGKAT AKHIR.


Parahnya kanser manusia ini sehinggakan seperti tiada lagi cara untuk mengubatinya. Maka, wujud dua golongan yang cuba mengubati si lelaki ini.

1) Golongan pertama adalah glgn yang cuba mencari penawar kanser ini. Mereka ini adalah golongan yang sedar, bahawa penyakit kanser ini tidak akan sembuh melainkan sumbernya dibuang secara total.

2) Golongan kedua ini adalah golongan bomoh (dahulu kala) yang merawat berdasarkan simptom yang nampak di matanya sahaja. Diberinya daun-daun (yang ada kesan menahan sakit) kat kawasan bengkak, diberi minum air kelapa untuk mengurangkan dehydration.

Sekarang, ramai daie yang merupakan golongan kedua dalam merawati kanser taadud jemaah. Mereka menggunakan perkataan "cari persamaan, raikan perbezaan" sebagai ubat untuk meredhakan taadud jemaah. Namun, sedarlah wahai sahabat sekalian, kanser ini tidak akan hilang! Pasti tidak akan hilang.



Carilah sebab bermulanya taadud yang merosakkan ini. Dan, gunalah kata-kata keramat itu sebagai pengubat kesakitan yang dihadapi sekarang sewaktu kamu berusaha membetulkan kerosakan kanser yang semakin menular. Jangan hanya gunakan kata-kata keramat ini SEMATA-MATA. Carilah puncanya, mengapa wujudnya taadud ini. Siapa yang mulakan & apa sebabnya. Kalau berjumpa cara merawatinya, jangan pula tidak mahu menelan ubat tersebut. Ingatlah, chemotherapy untuk pengubat kanser menyakitkan. Begitu juga dengan ubat kanser taadud jemaah. Walaupun menyakitkan, ianya ubat, dan telanlah ia.


Mungkin tiba masanya kita buang EGO untuk pentingkan diri dan kerana sikap ini, ianya hanya melambatkan kemenangan UMMAH..


sumber: ibnu tarmizi

Best Blogger Tips

Wednesday 26 January 2011

isyarat

Kita bawa kereta di jalanraya 150km sejam, tiba2 datang sebuah kereta dari arah yang bertentangan, kita perasan kereta itu tinggikan lampu semacam memberikan signal..

Datang pula satu kereta lain, main2 tinggikan lampu jugak kali ini..

Bagi orang yang memandu di tanah air, jika ada kereta yang tinggikan lampu secara berkala itu menandakan bahawa ada speedtrap polis kat depan sana..sebagai signal peringatan..

Maka sebagai pemandu, kita akan perlahankan kelajuan kereta ke halaju yang mengikut peraturan, 120km sejam...


Persoalannya, sudah nampak ke kelibat polis yang buat speedtrap di depan?
Belum nampak, tapi semua boleh setuju yang semuanya akan berubah..
Daripada tidak pakai tali pinggang terus tarik seatbelt, yang sedang cakap telefon, terus matikan hp, yang pandu laju, terus perlahankan sedikit menjadi pemandu yang berhemah..


Kenapa?..sebab takut polis..takut kena saman..tapi belum nampak polis pun padahal..tapi kenapa betul2 berubah..?
Sebab YAKIN dengan isyarat yang kereta2 tadi berikan kepada kita..YAKlN bahawa di depan sana akan ada speedtrap..



Sebab YAKIN ini, kita boleh berubah cara bertindak kita..



Persoalan utama, sudah berapa banyak ISYARAT yang Allah dah hantar kat kita tentang hidup selepas mati? Syurga dan Neraka?


Dan adakah kita sudah adjust segala tindakan dan cara hidup supaya sesuai dengan apa yang kita YAKIN?..tika kita malas belajar, tika kita malas nak berdakwah, tika malas nak menyumbang kepada perjuangan islam, tika kita nak buat dosa?
Adakah kita sudah fikirkan adanya soal syurga dan neraka?

Ini menjawab persoalan akhirat..

Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Monday 24 January 2011

Of sarung tangan dan ponteng?

Hangat di tanah air bila isu sarung tangan menjadi headlines panas di media massa tika pilihanraya kecil sedang berlangsung di tenang..


Rasanya ini soal kepercayaan yang diamalkan oleh seorang muslimah islam..dan kenyataan sebegini wajar dibantah keras dan ditegur, kerana bunyinya ibarat memperlekehkan agama..
Bila Pas membantah, ianya bukan politik lagi, kerana mempertahankan kepercayaan Iman seseorang Muslimah bukannya politik..dan semua pihak perlu bertegas untuk tidak setuju..walaupun anda totok UMNO sekalipun..

Alhamdulillah PERKASA dan MUFTI perak sudah keluarkan statement masing2 membantah, dan mereka perlu juga KONSISTEN untuk menegur isteri2 pimpinan atasan yang Muslim, yang bertindak sewenang2 melanggar hukum..i.e cium pelakon bollywood, salam dan peluk bukan muhrim, tidak pakai tudung dll..(Sori ini bukan blog Haq Mohaidin, jadi kenyataan dibuat secara general tanpa merujuk kepada mana2 pihak)
Dan bukannya keluarkan statement untuk selamatkan diri dan karier je semata2..

Sama juga isu seorang remaja sikh yang dipotong rambut beliau di kem PLKN, ini sepatutnya diambil serius oleh pihak yang terlibat..jangan lepas pandang akan situasi sebegini sehingga menyebabkan kita hilang sensitiviti beragama..

Namun sy khuatir dengan perkembangan media2 alternatif yang sibuk melaporkan isu PM tidak sempat nak lawat jenazah la, imam terlampau sibuk untuk entertain PM smpi terlupa kena solatkan jenazah ke,...ini isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan, media2 alternatif terutamanya Pas perlu bijak mainkan peranan selaku parti politik yang matang, bukannya menjadikan isu2 kecil sebegini sebagai modal..ketengahkan isu rakyat, ketelusan pentadbiran, dan effisiensi dan integriti khidmat masyarakat, sebab akhirnya anda akan berkhidmat kepada rakyat secara amnya..jangan terlalu ikutkan gendang paluan pihak satu lagi..

P/s: pelik mengapa jika tidak dapat kemukakan alasan yang munasabah tidak dapat hadir ke sidang DUN, kenapa nak jadi wakil rakyat in the first place?..(Rujuk isu ADUN P. Klang)..ini pecah amanah dan isu integriti...rakyat marhaen di luar sana boleh menilai YB..
Atau ada tujuan lain nak jadi YB?


Sent from my BlackBerry® wireless device

Best Blogger Tips

Saturday 22 January 2011

Doa nasihat

Salam


Sekiranya kita bertemu dgn mana-mana individu yang mengadu tentang ketelanjuran mereka atau apa sahaja yang berkaitan dengan kegagalan mengawal hawa nafsu. Mari kita doakan mereka dengan doa di bawah setelah memberi mereka nasihat.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya : Ya Allah ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kehormatannya.

Doa ini merupakan doa Nabi kepada seorang sahabat yang datang bertemu dengan Nabi kemudian meminta izin untuk berzina. Setelah Nabi memberikan nasihat kepadaNya Nabi mendoakannya dengan doa ini.


Sumber: iluvislam.com
Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Wednesday 19 January 2011

Demam

If PM has all the answers, so by all means do enlighten us in a public debate..you are the PM, and DS Anwar is the opposition leader..both are official positions recognised in Malaysia and the world over..


Citing 'personal problem' is a lame excuse.
If you like, you can bring up the personal issues at the debate, if you want...after all it's just a debate on economic issues and other public policies,..so dat we can place our country to a better place...isn't developed nation status is what we are vying for?

Sigh..


P/s: Demam x demam itu kerja Allah..



Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Sunday 16 January 2011

Bangga

Melayu memang patut bangga sebab bangsa yang sudah lama terima islam sejak beratus-ratus tahun yang lampau..malah Islam itu adalah satu anugerah yang tidak terhingga daripada Allah..sebagaimana firman-Nya (dalam surah al-Imran, 19)


Tika ini sayang sekali ramai yang tidak reti nak manfaatkan anugerah tersebut..kerana semata2 nak tegakkan KETUANAN MELAYU..bila menolak Islam di tempat kedua atau seterusnya, tandanya menolak anugerah Allah.


Hari ini seruan Islam yang selama ini pernah menjadi tonggak orang Melayu telah digantikan dengan semangat Nasionalis.
Kononnya dengan beria2 menjulang keris yang tumpul itu seolah2 merekalah sahaja pendekar sejati yang mempertahankan hak melayu..


Namun halalkah pelakuan rasuah, pecah amanah, hatta bunuh kena guna bom di sisi mazhab Ketuanan Melayu?




Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Thursday 6 January 2011

Emosi dan persepsi?

Bila berhujah atau mengeluarkan pendapat, adakah kita benar2 menggunapakai fakta dan hujah, atau pun banyak dipengaruhi emosi dan persepsi?..


Persoalannya di sini, sejauh manakah kita ada inisiatif untuk mengenal dan mengkaji sebelum kita memutuskan apa yang kita akan putuskan atau sebelum memilih pendirian kita?


Tapi takkanlah pelajar hebat pandai seperti yang belajar di luar negara pun boleh terjerumus dalam perangkap emosi dan persepsi ini?..
Masalahnya ianya berlaku di depan mata..


ADAKAH KITA TELAH BERLAKU ADIL?


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...