Wednesday 8 June 2011

Tiket?

Untuk masuk ke stadium, kita hanya perlu beli tiket RM30 ini sahaja, maka kita boleh menonton perlawanan bola sepak final pasukan kegemaran..

Dengan tiket kapal terbang, kita boleh terbang pergi melancong ke mana2 negara yang kita suka di seluruh pelusuk dunia..

Bertiketkan keputusan cemerlang SPM dan A-level mahupun IB, kita mampu untuk meneruskan pelajaran di universiti terkemuka di seluruh dunia bagi membolehkan kita mengejar cita-cita masing2..


Namun kesemua tiket-tiket ini belum cukup untuk menjamin kita kita di akhirat kelak untuk masuk ke syurga..
Hanya ada dua sahaja tiket yang boleh menjamin kemasukan kita ke syurga, iaitu Tiket TAAT ALLAH dan Tiket TAAT RASUL yang hanya boleh dibeli dengan amalan2 seharian kita..daripada sekecil2 menjaga solat lima waktu, menjadi anak yang soleh, berbuat kebaikan, sehinggalah ke sebesar2 mencegah kemungkaran, menegakkan syariat dan pemerintahan serta undang2 Islam..dan ketaatan untuk menegakkan kesemua ini perlu berlaku dengan serentak, dan bukannya berperingkat2..sebab Allah tidak pernah sekalipun sebut dalam Al-Quran, kena buat amar makruf dulu baru nahi munkar..



Tasbih kiffarah




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...