Monday 27 July 2009

menanti perang berakhir..


pertama kali menjejakkan kaki menyaksikan teater, memang rasa teruja..
pementasan teater yang saban hari kian mendapat tumpuan dr khalayak, biarpun sering kali disogokkan dgn teater berbentuk musikal yang ringan, namun masih ada yang mahu menyaksikan teater yang membawa persoalan yang lebih berat...


menanti perang berakhir, sebuah arahan Kamarul AR yang diadaptasi daripada skrip karya muhaimin sulam, yang memenangi hadiah pertama peraduan menulis skrip TV anjuran IKIM.

pelakon utama bersama penama asal...

Mengisahkan tentang AKMAL, seorang diplomat di Kedutaan Malaysia di Sarajevo, Bosnia-Herzegovina sedang membuat kajian tentang AWANG LEH. Awang Leh merupakan salah seorang pengikut Tok Janggut yang telah ke T
urki untuk menyampaikan surat Tok Janggut kepada pemerintah Islam pada masa itu untuk mendapatkan bantuan bagi menentang penjajahan Inggeris. Awang Leh kemudian menjadi komander Divisyen Hanzar di bawah panji kerajaan Uthmaniah menentang pihak bersekutu di Balkan dalam Perang Dunia Ke-2. Beliau dipercayaai disemadikan di Sarajevo. Dalam pengajiannya, AKMAL bertemu dengan SARAH dan LYDIA. Selain menyentuh tentang cinta yang berputih dan cinta yang tidak berbalas, kisah ini juga memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman Israel. Dunia sentiasa suka berperang?. Siapakah yang menanti perang berakhir?. Dan...berakhirkah perang?. Jawapannya pada kita, makhluk yang dinamakan manusia!

bila malam VIP menampilkan dato'...haha, dahle masuk free..

- dimulakan dengan dengan pengenalan diri dan sedikit dialog tentang peripentingnya anjakan paradima, benar2 membuka mata yang hadir untuk lebih mengenali dan menghargai sejarah..esp tentang perjuangan tok janggut..
- awareness tentang tanah suci palestin yang dirampas hak mereka oleh zionis.
- dialog paling best ' seni dan politik memang x boleh nak dipisahkan'

wallahualam


Best Blogger Tips

Sunday 12 July 2009

rangkuman misi ARM 09

Bismillahirrahmanir rahim,

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, pasukan pertama Relief Mission daripada IMAM UK-Eire (SC) yang ke Aceh, Indonesia telah selamat pulang setelah seminggu di Nanggroe Aceh Darussalam, Utara Sumatera Indonesia..

Mewakili Pasukan Aceh Relief Mission 2009, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah & penghargaan kepada mereka yg terliibat, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, menjayakan misi kami ke Aceh.. Jazakumullahu Khairan Kathira..

insyaAllah, laporan penuh misi akan menyusul beberapa minggu lagi,

kami juga mendoakan agar pasukan-pasukan Relief Mission yang lain, selamat dan berjaya melaksanakan amanah yang diberikan,
insyaAllah..


Mobile Clinic Pertama (4/7/09) - penyertaan lebih 200 penduduk kampung yang meliputi 4 buah desa.


Sunathon (5/7/09) - berdiri dari kiri di depan: rudy, salman, hamidon, pakcik nih dah sunat lama dah, tomok oiam3, ramlan



Mobile Clinic Ke-2 (6/7/09) - bertempat di desa punie..landscape yang subhanallah..

Bersama B.E.M.F.K. Universitas Syiah Kuala


PKPMI-CA (Muslimin) - click here

PKPMI-CA (Muslimat)

Pantai Aceh Merdeka..??! hehe.. Ulee Lheue.. - pak yayat, dr dina, anak2 mereka, alya dan hafiey, dan pak nasir


Acheh Relief Mission 2009 wishes Special Thanks to:

Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM);
Cyberjaya
IMAM UK-Eire Student Chapter;
ILUVISLAM Charity Rush
;
Pos Keadilan Peduli Ummat (PKPU), Aceh, Indonesia;
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia Cabang Aceh (PKPMI-CA);
Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM), Fakultas Kedokteran, Universitas Syiah Kuala, Aceh

JZKK, wallahu a'lam..

p/s: nantikan rangkuman seterusnya.. Best Blogger Tips

Thursday 9 July 2009

top 10 reasons why....

click here to know more..


p/s: aksi2 di acheh bakal menyusul untuk tatapan semua insyaallah.. Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...