Monday 6 June 2011

Bangkit!

walaupun gembira dapat menjejakkan kaki menonton aksi bola sepak di stadium nasharudin shah selepas hampir 7 tahun, kegembiraan tidak kekal lama akibat aksi kurang bermaya pasukan negeri yang mengakibatkan keputusan kalah 3 gol tidak berbalas..



Stadium yang 'fully-packed' malam tadi yang menjadi kenangan manis buat peminat cilik ini dalam mengenali dunia bola sepak tempatan,...dengan lebih 20000 penonton yang hadir sejak jam 5 petang, ianya masih tidak mampu meniupkan semangat pemain pasukan negeri untuk memberikan kemenangan yang dinanti2kan kepada peminat2 yang hadir memberikan sokongan padu..



Masa 5 hari menjelang perlawanan akhir piala FA sabtu ini, yang bakal sekali lagi menemukan musuh tradisi, si penyu dan si kijang, diharapkan mampu digunakan sepenuhnya oleh skuad penyu bagi menebus maruah malam tadi dan memperbaiki corak permainan yang kurang menjadi apatah lagi dalam mengekang taktik 'counter attack' pihak red warriors yang sungguh kemas dan tersusun..



Peteh tranung peteh, biar penyu peteh kijang sampai reboh tersungkur dokleh gomo lagi..!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...