Sunday 21 December 2008

krisis?

Tahukah anda bagaimana krisis ekonomi dunia boleh berlaku..?

check dis out...


Mengapa perlu tahu?

1. Kesannya turut dirasai oleh kita terutama dalam perbelanjaan seharian dan pengurusan kewangan individu dan keluarga.

2. Kita perlu tahu di mana silapnya sistem ekonomi jahiliyyah berbanding sistem ekonomi Islam.

3. Menambahkan keyakinan kepada sistem ekonomi Islam dan peranan Islam dalam memulihkan ekonomi dunia.


Selamat menonton.

Best Blogger Tips

IJN oh IJN....

Kerajaan nih nak lepaskan tangan camtuh je ke..? camne ngan tanggungjawab sosial dan industri kesihatan negara lak?


Kita mmg sudah sedia maklum ngan isu nih, isu penswastaan institusi kesihatan awam, namun cadangan yang dikemukakan Sime Darby Berhad baru2 nih btol2 mengejutkan rakyat sbb ianya disambut dgn nada yang ala2 rilek je oleh TPM, Najib Razak yang dengan mudahnya setuju je dgn takeover tuh.


CEO SIME DARBY dah ckp yang diorg akan ambil alih 51% kepentingan Kerajaan dalam IJN.

Ini bermakna Sime Darby Berhad bakal menjadi pemilik majoriti bagi saham IJN di mana kepentingan Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan akan berkurangan kepada 49 peratus sahaja. Dalam kata lain, IJN akan bertukar tangan dan fungsi, dari Institusi milik kerajaan kepada institusi swasta.

Apa yang bakal menjadi persoalan ialah:

· kos bayaran perkhidmatan selepas nih

· obligasi rakyat yang menjadi pelanggan dan pemilik bersama IJN akan terancam

· Samada pengurusannya akan dirombak atau tidak. Since diorg dah dpt 51%, diorg la yang berkuasa utk menentukan hala tuju IJN pada masa akan dtg...


Kita semua sedia maklum yang Sime Darby Berhad adalah syarikat milik kerajaan (GLC), namun apa yang saya nampak ialah fungsinya tidak sama dengan organisasi Kerajaan lainnya kerana ia adalah organisasi yang membuat keuntungan.

Dan pada amatan saya lah, skang ni, melalui Kumpulan Sime, diorg dah ada Pusat Perubatan Pakar Subang Jaya (SJMC), dimana semua orang tahu bahawa kadar bayaran perkhidmatannya begitu tinggi. (super tinggi dan mahal dowh)


For sure la, dlm nak buat kebajikan tuh diorg kompem xkan lepaskan peluang untuk buat keuntungan tambah2 lagi bila dah ambil alih IJN tuh.

Mereka mungkin ada buat jaminan yang diorg akan kekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin dan yang x mampu, tapi persoalannya skang nih ialah adakah diorg nih benar-benar akan allocate btol2 among pesakit yang mampu bayar ngan yang x mampu.

Ntah2, service IJN hanya utk org yang kaya2, n at da same time maybe diorg akan buat kuota utk patient yang kurang berkemampuan dan miskin, dan perhaps lg berkurang dr sekarang.

Dan dgn jelas perkara nih akan membebankan rakyat la, sbb bukan senang nak cari khidmat perubatan jantung alternatif yang lebih murah. Tambah2 lagi kat negara malaysia nih hanya ada satu je tempat utk perubatan jantung dan temoat tuh skang bakal diswastakan…


Clearly, saya merasakan yang Sime Darby Berhad nih ada agenda yang tersendiri dalam mengaut profit yang tinggi berdasarkan reputasi dan jenama IJN tuh sendri.

So, niat diorg kat sini akan dipersoalkan, adakah mereka menggunakan jalan pintas untuk mencapai matlamat utama dlm menguasai perniagaan perubatan dengan memiliki IJN.

Kalo la betul2 ikhlas nak bg khidmat sosial, bukannya diorg x mampu nak wujudkan sebuah hospital baru kan... negara kita nih masih lagi kurang ngan fasiliti dan tenaga pakar dalam bidang perubatan jantung serta sektor kesihatan yang lain.

Sebab kalo nak dipikirkan la, utk khidmat sosial nih, xpayahla kuasa penjenamaan yang besar untuk bergerak maju ke depan.

Kerajaan pun kenala beri kelulusan ruang tanah dan bgla sket bantuan utk fasiliti pembangunan…diorg nih kerajaan yang dipilih rakyat, kenala sokong usaha2 camni kan….dan yang paling penting tuh kurangkan la birokrasi yang teruk tuh dlm admin kamu...

So, in da end, xdela kite sempitkan servis perkhidmatan perubatan jantung tuh pada IJN je, tapi sebaliknya kita akan bagi option yang banyak dan fasiliti yang sedia ada tanpa menganggu IJN tuh sendri. Dahla bape rmi yang beratur panjang menunggu giliran nak dptkan servis IJN tuh kan…


Mungkin pasni, manela tau kan, benda camni akan mendorong penyertaan syarikat swasta yang lain2 utk buka pusat perubatan baru dan xdela nak bergantung harap pada institusi dan aset yang telah sedia ada yang dimiliki oleh kerajaan dan sah2 mmg milik rakyat umumnya.



so korang pkiaq la sendri.
read TUN DR M's comments
here.

wallahualam.
Best Blogger Tips

Saturday 20 December 2008

i have BIG God...


salam Sahabat2,

“Arghh… tension! Tension!”, saya gelisah berbaring di atas katil.
Kadang-kadang rasa tertekan itu muncul tanpa sebab yang jelas. Tiba-tiba sahaja kepala rasa berserabut, dan disusuli dengan perasaan enggan bertemu dengan sesiapa, malah berkurung sahaja di dalam bilik mencari tenang diri.

just a quick reminder for me n everyone.

tengah2 prepare nak buat program, nak exam, nak siapkan coursework, jgn la cepat down or putus asa...
kerana sebesar mana masalah kita, ramai lagi yang lebih susah.

Percayalah
"Hey problem, you're small, coz I have a BIG God"
(memetik kata2 sahabat saya')

Perjalanan kita nih masih panjang dan belum selesai. Jika ada masalah, berkongsi-lah dengan yang dipercayai agar beban menjadi ringan, insyaallah..ituhla gunanya keluarga dan sahabat..


Ujian adik kita ni lebih besar lagi.
Dia dah ada tempat kat syurga (inshaAllah. .) kita bila lagi?



Gambar diatas diambil oleh Kevin Carter di Sudan diambang krisis kebuluran negara itu pada tahun 1993. Ianya menunjukkan seorang kanak2 perempuan yg sangat kurus dan tidak bermaya sedang merangkak ke kem bantuan PBB yg terletak satu kilometer dari situ. Burung helang tersebut sedang menunggu kematian kanak2 itu untuk dijadikan bahan makanannya.


p/s- selamat berprogram kepada semua, dan manfaatkan masa cuti anda dengan seeloknya..

Best Blogger Tips

Satu langkah ke arah perubahan?


UJIAN HIV KE ATAS SEMUA PENGANTIN BERAGAMA ISLAM

Saya tertarik dgn isu ini yang bakal dimulakan bulan depan (iaitu tahun depan la), tetapi saya ingin mengajak anda semua sama2 merenung apakah implikasi terhadap tindakan ini akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan...

dari segi kesihatan, sememangnya ia akan menggalakkan pengurangan jangkitan HIV yang meningkat sejak akhir2 nih...kerna ia adalah virus permulaan sebelum seseorg akan dijangkiti AIDS. dan saya nampak ia adalah satu langkah jangka panjang dlm memelihara genetik keluarga masing2.

mungkin akan ada yang membantah, dgn alasan kos yang tinggi la, dan kesan psikologi sekiranya masyarakat tahu akan bahana penyakit itu.. tapi still cam merokok walopun tahu bahana rokok, namun masih rmi yang susah nak berhenti hisap kan.

namun begitu, saya rasa ia perlulah melibatkan semua kaum di negara kita, sbb perkara nih melibatkan soal kesihatan negara kita..negara akan lemah sekiranya rakyat prone to diseases yang akhirnya akan membantut pertumbuhan negara dan seterusnya sgt2 merugikan negara..

tapi jika direnungkan kembali, bagaimanakah pula nasib mereka yang dijangkiti:
- apakah nasib mereka selepas ujian tersebut?
- bagaimana pula reaksi pasangan yang tidak tahu akan status pasangannya?
- status perkahwinan selepas itu?

so take home msg:
- pilihlah pasangan mengikut 4 guidelines yang digariskan islam.
- kenali dan percaya pada pasangan anda.
- prevention is better than cure.

p/s - tahniah buat sahabat yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini..(ajwad)..selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

dan juga kepada aidil zafuan abdul razak, semoga bakat dan kelibat anda terus menghiasi persada bola sepak tanah air dan mengharumkan nama negara walaupun selepas berkeluarga..(jangan sekali2 ketepikan keluarga bila membuat keputusan) Best Blogger Tips

Friday 19 December 2008

mat top..???

siapakah mat top?..apakah pekerjaan die?...ape signifikasi nya ngan blog nih...? nantikan kemunculan sulung nya di london...!! Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...