Sunday, 19 June 2011

Bekal?

- Tika kita di sekolah rendah, ibu bersusah payah untuk bangun awal, demi untuk siapkan bekal makanan kepada anak di sekolah..dan pastikan sekurang-kurangnya anaknya minum milo sebelum mengayuh basikal sejauh 1.5kilometer ke sekolah..bagi keluarga sederhana, wang saku 'samah' sudah cukup untuk belanja harian..malah harapan untuk makan extra pun tidak wujud kerana faktor perut kecil dan makanan bekalan ibu yang penuh kasih sayang sudah cukup mengenyangkan..
Malah ada ketika anak boleh sahaja menolak untuk tidak mahu bawak bekal sebab beg sudah penuh dengan buku teks berat, biasalah budak lelaki bawak beg besar nampak tak hensem..malah basikal pun disuruh oleh si ayah untuk dipasangkan raga supaya boleh letak bekal makanan..si anak rasa kurang power kalau basikal bmx letak raga, katanya nak 'congek' susah nak balance..kalau nak hitung, sudah berapa banyak bekal makanan yang mak sediakan..

Sehinggalah kita singgah ke sekolah menengah, sekolah asrama, hinggalah universiti, tabiat menyediakan bekal makanan menjadi rutin harian..faktor lebih 'personalised' memberikan extra boost untuk bawa bekal..


- Hari ini masing2 berkobar2 dan bersedia untuk masuk ke alam kerjaya..berbekalkan hasil bekalan ilmu dan bekalan pengalaman yang ditimba sewaktu zaman universiti, memberi keyakinan yang ekstra bagi memudahkan transisi daripada alam akademik ke alam kerjaya..

- Dennis Bergkamp, lagenda bola sepak negara belanda, sangat masyhur di kalangan peminat bola sepak antarabangsa..siapa tidak ingat gol terbaik abad lepas di mana beliau menguis bola dengan kaki kiri yang mengelirukan pertahanan lawan lantas menjaringkan gol selepas berputar 360 darjah mengelilingi lawan..namun beliau bukan sahaja terkenal kerana aksi lincah beliau di dalam kotak penalti, tapi juga kerana dirinya tidak boleh berjalan jauh kerana takut menaiki kapal terbang..

Tidak semua orang minat naik kapal terbang untuk berjalan..mungkin fobia mungkin juga ada sebab yang lain..bagi orang seperti saya yang mana punyai tiub eustachian yang kurang cekap, saat mendarat adalah waktu yang paling tidak selesa dan membingitkan..apabila kapal terbang mula turun ke latitud yang lebih rendah dengan kadar yang sangat tinggi, tekanan udara di dalam kepala akan cuba untuk adaptasi dengan tekanan udara di luar (atm)..jika ada blockage atau selesema, atau tiub eustachian yang kurang cekap, pastinya dalam kepala rasa seperti mahu pecah..maka minit2 terakhir yang perit itu, beberapa teknik bolehlah dicuba untuk menggalakkan bukaan tiub eustachian, antaranya meneguk air, dan jika gagal, boleh cuba valsava manouvre..(Rujuk kamus untuk maksud)

maka terpaksa menempuhi pendaratan yang memeritkan, apatah lagi jika ada banyak transit atau pun persinggahan...jadinya tika persinggahan itu ibarat penantian sebuah penyeksaan yang seterusnya..

- Jika dunia ini ibarat persinggahan dalam nota travelog, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana akhirnya dalam kita sedar atau tidak, kita cuma ada satu persinggahan atau transit sahaja..


Mahu belajar ilmu di sinilah transitnya, mahu berbakti kepada ibu bapa inilah persinggahannya, mahu berdakwah inilah sahaja ruangnya, mahu menaikkan syariat islam melalui pemerintahan inilah masanya...
Bila masuk waktu solat, wajibnya untuk kita bersolat, bila masuknya bulan ramadhan maka wajiblah kita berpuasa, bila perlu perang (zaman nabi), maka jatuhnya kewajipan berperang..pabila perlunya berpolitik, maka wajiblah kita untuk menegakkan pemerintahan islam..
kenapa mahu tunggu bila sudah transit ke tempat lain?..

*samah - lima puluh sen
*congek - wheely

Tasbih kiffarah



Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...