Tuesday 31 May 2011

Manja ke?

Esok hari, mulai 1 jun, akan naiklah tarif elektrik kepada 7%...belum lagi reda dengan kekecohan mengenai kenaikan harga bahan bakar RON 97 tempoh hari..



Bagaimana agaknya ini akan memberi kesan sosioekonomi kepada makcik jual goreng pisang tepi jalan atau akak yang jual bun kacang? Mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana pastinya akan menjadi golongan yang paling terkesan menanggung peningkatan kos elektrik dan bahan api ini..


Cuba kita bayangkan, jika mereka tidak mampu untuk menanggung peningkatan kos, maka akan dipindahkan kos ini kepada pengguna..lantas ianya akan memberi impak yang positif kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) yang secara tidak langsung satu indikator kepada aras Inflasi dalam negara..


Hasilnya, naiknya inflasi akan menyebabkan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh pengguna berkurangan, dan kesannya ia bakal menstabilkan perbelanjaan pengguna dan menjadi salah satu penyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara..


Hebat bukan?


Jadi harapnya kita semua jangan cepat melenting dan marah dulu..jika api kemarahan membara membakar jiwa, padamkanlah dengan mengambil sikap bergelap di malam hari, berpanas tanpa aircond di siang hari..ubah gaya hidup anda semua, mari kita pakai 'green technology'..pakai bio-diesel sebagai sumber bahan api, kalau tidak mampu pakai kereta, naiklah pengangkutan awam walaupun hadir penuh kesangsian terhadap servis tersebut..malahan kalau harga gula naik lagi, percayalah anda mampu kurangkan risiko menghidapi penyakit kencing manis..



Hebat bukan?



Teruskan menjadi rakyat yang setia, tidak berbelah bahagi. Taat yang tidak terbilang..jangan terlalu manja dengan subsidi.....Pemimpin atasan bolehlah duduk dalam istana, dalam aircond dan dapat elaun berbelas ribu sebab mereka sudah penat menyumbang kepada negara... Cuba tanya balik anda semua buat apa pada negara?


Ini kata orang yang belajar sains, apa kata pakar ekonomi?




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

Sunday 29 May 2011

Beda?

"Sesungguhnya medan untuk bercakap berlainan dari medan merancang, dan medan berkerja berbeza dengan medan bercakap, dan medan berjihad pula berbeza dengan medan beramal. Medan berjihad yang betul berbeza dengan medan berjihad yang salah. Agak mudah bagi kebanyakan orang untuk berteori dengan perancangan itu dan ini. Tetapi bukan semua teori yang berada di kepala mampu diukir ungkapannya melalui lisan. Dan sesungguhnya ramai yang mampu bercakap, tetapi agak sedikit dari kalangan mereka yang konsisten diperingkat amal dan tindakan. Dan ramai pula dari bilangan yang sedikit tadi mampu berkerja, tetapi sedikit pula dari kalangan mereka yang mampu menanggung bebanan jihad yang begitu berat, dan kerja-kerja yang begitu mencabar" ~Dr. Sayid Mohamad Nuh



Bo-bo la jadi tukang sembang kedai kopi.. Kita boleh cakap hebat itu ini, bagi kritikan sana sini... PAS macam ini, PAS macam itu, tapi persoalan utamanya bantuan pun tidak pernah kita hulurkan secara aktif, idea tidak disalurkan dalam ruang yang tepat..


Di .mana kita?..kenapa tidak kita naiki satu kereta?





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

Ideas?

Sempat menghadirkan diri ke sebuah forum bertemakan 'Melakar Masa Depan Pas' anjuran IDEAS kelolaan saudara wan saiful wan jan..
Antara panelis yang hadir ialah YB Dr Dzulkefli Ahmad (Kuala Selangor), YB Ir Khalid Samad (Shah Alam), YB Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) serta Proffesor Aziz Bari, pakar perlembagaan negara..

Antara yang menarik sempat dicatat;


- Wujudnya dua parti adalah penghayatan yang cukup baik untuk mengekalkan sistem semak imbang yang baik kepada pentadbiran, maka sistem dua parti adalah kaedah yang terbaik buat masa ini..buat masa ini..buat masa ini untuk senario politik semasa tanah air sebagai satu manifestasi penjelmaan sistem perlembagaan dan proses demokrasi..
(Dr Dzul)


- PAS bukan "gila kuasa" seperti yang didakwa Umno BN..Walaupun sentiasa diasak media Umno BN sebelum ini dan sering menuduh PAS kemaruk kuasa kerana bekerjasama dengan DAP, parti bukan Islam, yang dimomokkan sebagai kafir harbi..Sebaliknya, jika benar PAS ingin berkuasa, mereka akan memilih untuk bersama-sama dengan Umno kerana mereka yang dilihat lebih berkuasa di negara ini. Tapi kerana memahami perjuangan ini bukan nak dapat kuasa tapi nak ubah pemikiran masyarakat, maka untuk bersama dengan parti yang sedang mencorak pemikiran dan membelenggu pemikiran umat Islam adalah sukar. (YB Khalid)


- Perjuangan gerakan Islam yang memilih wadah politik seperti PAS bukanlah untuk mengejar kuasa..jika tidak sudah pasti akan membentuk UG..kuasa politik itu adalah satu amanah, untuk menjadi catalyst for change, dan berasaskan islam..(Datuk KJ)


- PAS mahu tidak mahu perlu serius untuk menggantikan UMNO sebagai parti nasional, dan bukannya parti yang hanya untuk melayu semata2...Maka peranan semua ahli dan pimpinan PAS perlulah ke depan dalam merakyatkan parti, serta menasionalkan gerakan Islam massa ini..dan isu pemilihan dalam parti perlu diambil secara serius bagi mengetengahkan bentuk pimpinan yang lebih serius untuk merakyatkan parti, malah kadang-kala PAS ini ibarat gajah yang kuat tetapi tidak berkepala..Namun begitu hakikatnya pemilihan dalam PAS adalah satu bentuk pencapaian dan guidance yang sangat baik untuk dicontohi oleh mana2 parti politik di Malaysia (Prof Aziz Bari)


- Peranan presiden adalah untuk menjadi titik penyatu kepada semua pemikiran dan agenda dalam gerakan Islam..of all different level of understanding dan pengurusan perubahan yang lebih cekap, kerana masing2 sedar yang ianya adalah parti yang mempunyai ahli daripada yang belajar tinggi-tinggi hinggalah yang tidak gosok gigi..maka jangan dinafikan perubahan yang akan berlaku sepanjang masa.. (Dr Dzul)


- Kepimpinan ulama perlukan. kepada interpretasi yang lebih jelas kepada seluruh peringkat..
Pembuatan dasar dan polisi tidak hanya ditetapkan oleh presiden, and not autocratic approach..TG Presiden nyata masih mengizinkan demokrasi, serta ada ruang untuk membenarkan perbezaan dan bernada vokal di dalam gerak kerja parti walaupun berlainan fikrah, bukti kematangan yang wujud dalam gerakan islam massa seperti PAS..(YB Khalid)


- PAS adalah satu bentuk eksperimen gerakan Islam untuk menjana dakwah dan tarbiyah dalam masyarakat pluralist sebagaimana yang ada di Malaysia..tidak berlaku di mana2 negara y ada gerakan islam yang mengambil pendekatan politik sebegini..pendekatan hanya politik muslim melayu sudah ketinggalan dan PAS perlu 'embrace' perubahan yang progresif dan ianya sedang berlaku sekarang..kunci utama ialah 'change management' yang cekap dalam parti. (Datuk KJ)


- Puak Endorgan dalam PAS bukan siapa atau kumpulan mana, tetapi lebih kepada bentuk pemikiran yang sepakat yang menjurus ke arah perubahan dalam parti..PAS perlu buang mindset pembangkang dan berfikir menggunakan mindset pemimpin nasional..endorganisme ialah aspirasi pro-perubahan. (YB Khalid)

- Kekuatan asal Parti Islam Se-Malaysia perlu diperkasakan dalam mengharungi senario politik semasa, tidak perlu tubuhkan parti politik Islam yang baru kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah..kunci utama ialah reinforcement dalam parti, support base extension, engagement in multiracial citizens, and thus promote inclusiveness among memberships in party..be the part of change. (Dr Dzul)

"Perjuangan politik Islam bukanlah kerana gila kuasa tapi yang pastinya kami hanya mahu ambil kuasa daripada orang gila.."


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

Saturday 28 May 2011

Dambakan?

Kehangatan perlawanan akhir liga juara eropah yang menyaksikan pertembungan dua gergasi eropah Barcelona dan Manchester United pastinya menjadi buah mulut semua peminat bola sepak di seluruh dunia.


Namun dalam pada itu ramai yang tidak tahu detik2 akhir sebelum berlabuhnya liga tempatan yang menyaksikan perebutan takhta liga super antara pasukan terengganu, kelantan dan selangor..skuad penyu malam ini akan menjadi hos kepada skuad kedah pastinya mengejar 3 mata penuh dalam memastikan kedudukan di tangga teratas terjamin..kelantan melayan pahang sementara selangor akan dikunjungi negeri sembilan di stadium shah alam..


Liga super yang berbaki 4 perlawanan juga menjadi pertaruhan terbaik kepada dua penyerang kebangsaan Abdul Hadi Yahya (Ter) dan Norshahrul Idlan Talaha (Kel) bagi merebut takhta kasut emas Liga Super. Hadi yang mendahului dengan 15 gol setakat ini diikuti rapat oleh norshahrul dengan 12 serta rakan penyerang hadi di terengganu, abdul manaf mamat dengan 10 jaringan..


Hakikatnya kita sentiasa dambakan yang di luar, anak kecil di rumah disisihkan..buktinya akhbar tempatan dalam slot sukan, hanya memberi ruang setengah muka sahaja untuk liputan liga bola sepak tempatan berbanding 12 muka untuk liga juara2 eropah..


Kita sering kali pandang negara luar, isu dalam negara kita kritik sedangkan kita tidak pernah ikuti perkembangan..isu bola sepak, isu sistem, masalah politik, isu nilai dan moral..





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

celikkan mata?



ini bukan maharaja lawak..
ramai belajar luar negara, syok sendiri duduk dengan kawan2 atau kumpulan masing2, sampaikan bila balik tak mampu hadapi realiti, maka terus asingkan diri, lama2 jadi immune..


mesej sudah jelas, kenapa kita masih sombong?
Best Blogger Tips

Thursday 26 May 2011

wacana?

Best Blogger Tips

ralat lagi?




utusan lapor kata MB kelantan peralatkan pelajar sekolah agama dan maahad taafiz untuk hadiri majlis politik mereka yang bertemakan program munajat anak muda kelantan..dan MB kelantan dituduh memakai topeng..




antara pengisian politik yang diadakan ialah majlis khatam al-quran 100 kali, dan majlis solat hajat perdana yang memang sering diadakan secara kerap..

malah dikatakan mereka ini dipaksa hadir bagi mencukupkan jumlah perhimpunan skala massa..
dan anak2 muda ini semua diperalatkan oleh kerajaan negeri..walaupun tidak diberi suapan wang atau pun elaun untuk menghadiri majlis munajat ini..


mungkin perhimpunan sejuta belia di putrajaya lebih baik daripada perhimpunan munajat perdana ini gamaknya..





Best Blogger Tips

Wednesday 25 May 2011

Angry?

Ini berlaku di tanah air, orang kiter-kiter sangat bangga untuk buat rekod dunia paling pelik dan glamer..


Buat rekod dunia untuk roti canai paling besar, bina bendera malaysia paling besaar, rekod tidur dengan ular paling lama, rekod kemalangan jalanraya paling tertinggi, rekod menduduki tangga ke-10 negara pengguna arak terbesar di dunia, rekod harga minyak naik 4kali dalam masa setahun, rekod polis tembak orang awam, dan banyak lagi rekod dunia yang orang kiter-kiter rasa sangat bangga...



P/s: kagum dengan orang kiter-kiter bila mahu masuk lift, mesti kena berdiri betul2 depan pintu, hinggakan orang yang nak keluar kena sepit pintu lift..orang kiter-kiter kann..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

Thursday 19 May 2011

Wrap up?

Manchester United, Ac milan, Barcelona dah wrap up season sebagai juara liga..kedua2 barca n manunited ada peluang untuk kejar double championship bila mereka berentap di final champions league akhir bulan ini..
namun yang menjadi cakap2 anak muda tempatan ialah el classico tempatan yang akan menemukan pasukan terengganu dan kelantan pada final Piala FA pada 11 jun kelak..sentimen kewilayahan pantai timur kini sudah bertukar nada kepada sentimen kenegerian....penyokong terengganu pastinya saling berbangga dan tidak senang duduk melihat kelibat penyokong kelantan yang solat berjemaah di atas padang sementara menunggu perlawanan bermula..apakah ini hasil tarbiyah dan keberkatan pemerintahan ulama di negeri jiran yang mereka lihat itu memungkinkan perubahan arus politik di terengganu?


UTUSAN MALAYSIA berjaya wrap up (bungkus) kerjaya dan reputasi mereka dengan laporan isu dakyah kristian yang hanya bersumberkan blogger pro-UMNO yang belum siasat lagi kesahihannya...cubaan memainkan isu sensitif dan membakar2 semangat rasis ini terus mengunci mulut pemimpin negara yang lantang dengan semangat 1Malaysia tapi seolah2 membenarkan 'hatred' terus disebarkan..
Bila YB pasir mas ajak berjihad untuk perang salib, pak menteri semua buat2 tidak faham maksud perang jihad..tiada langsung yang mahu 'condemn' atau dakwa beliau atas ugutan yang berbunyi hasutan tersebut..


Sayang akibatnya mungkin kita akan lihat pada generasi anak muda 10 tahun akan datang yang dicorakkan kematangan mereka dengan bacaan sebegini..


Mungkin satu hikmah untuk anak2 muda kini untuk lebih mengenali blog, facebook dan twitter sebagai media baru untuk menggantikan media massa selaku wadah penyampaian maklumat yang lebih berkesan dan telus..



Hari ini kiranya last day untuk tahun 4, wrap up dengan OSCE ujian klinikal yang cukup mencabar.. Moga Allah mudahkan urusan ini dan yang seterusnya...
Agenda seterusnya........






Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Sunday 15 May 2011

End in mind?

"Kita hidup di dunia ini bukan setakat nak hidup sahaja tetapi nak hidup biar sampai ke akhirat. Kita bekerja biar sampai ke akhirat, kita bertani biar sampai ke akhirat bahkan kita berpolitik biar sampai ke akhirat. Macam mana nak sampai ke akhirat, kalau semasa kita buat kerja ni tak pernah fikir tentang akhirat?" (Tuan Guru Nik Aziz, 23 April 2010)





Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Saturday 14 May 2011

Status quo?

Saban hari kita melihat trend perjuangan Parti Islam ibarat saling tak tumpah seperti perjuangan pada zaman Rasulullah SAW.


1.       Pada zaman Nabi, musuh menggunakan media-media untuk memburuk-burukan Nabi..Hari ini regim yang memegang kuasa menggunakan media prima sehabis boleh untuk memberi gambaran dan tanggapan buruk kepada mereka yang membawa syiar Islam..dan ianya sangat berkesan..

2.       Musyrikin makkah takut kehilangan STATUS QUO

a.       Masyrakat arab datang ke Makkah untuk menunaikan pilgrimage. Jadi jikalau mereka berpegang kepada kalimah 'la ila ha illa Allah', maka mereka akan hilang sumber kewangan. Ie; takut kehilangan apa yang sukar dilepaskan.

b.      Takut kehilangan kuasa. Sebelum kedatangan nabi di tanah arab sudah ada kewujudan Christians dan Jews, namun ini tidak mengganggu status quo mereka. Apabila Islam mula berbicara soal politik, maka mereka semakin gusar dan bimbang.

3.       Character ASSASINATION

a.       Cubaan untuk mengatakan nabi sebagai pemecah belah dalam masyarakat. Pada zaman ini, 'tribal relationship' amat kuat. Ini menyebabkan musuh menggunakan sentiment 'hubungan kerabat' dengan mengatakan Nabi memecah belah suami-isteri, ibu-anak, ayah-anak , dan kaum keluarga.

b.      Mengatakan nabi sebagai ahli sihir. Tapi tak macam ahli sihir pun

c.       Mengatakan Nabi sebagai orang gila, nyanyuk, lupa daratan dsb..

d.      Mengatakan Nabi sebagai penyajak, pandai bermain dengan kata2 manis dan syair indah, sedangkan hakikatnya nabi adalah seorang yang buta huruf.

4.       Cubaan membeli dengan TAWARAN

a.       Contoh sebagaimana offer perpaduan 'melayu'..Kenapa tidak offer semasa kuat?

b.      Offer kuasa, harta, wanita ganti dengan kompromi dakwah.

5.       Memberikan JENAMA kepada Islam

a.       Hari ini islam kamu, esok sembah tuhan kami. Mereka percaya kepada Allah, tapi dalam tidak sedar telah bersifat menduakan Allah.

6.       Memegang kuasa tidak menjadikan pemimpin semakin KAYA. Bahkan nabi pulang tanpa meninggalkan sebarang legacy dalam bentuk harta atau bangunan, tetapi dalam bentuk Iman dan Ilmu. Hanya orang seperti Firaun yang meninggalkan monument besar2 untuk kita tatapi dan banggakan..Hari ini pemimpin berlumba-lumba untuk menunjukkan kehebatan dengan pembinaan monumen sebagai legasi dan indikator kuasa besar.

7.       Politik Barat ialah bagaimana mendapatkan KUASA dan bagaimana mengekalkannya (The Prince). Tetapi politik Islam adalah suatu cara untuk manusia mencapai matlamat hingga ke akhirat dan syurga Allah.

Persoalannya sejauh mana keyakinan kita akan kemenangan Islam?..Para kader dakwah hari ini hanya disibukkan untuk meletakkan label bagi melengkapkan target Individu Muslim semata-mata untuk mencapai tahapan BaitulMuslim, walhal pembinaan Individu Muslim adalah usaha yang berterusan yang tidak pernah berhenti setakat itu..


Di mana kedudukan Kita? Masih di STATUS QUO?


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Friday 6 May 2011

Pekerja?

Di sebuah pejabat di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur, seorang pengurus yang berbangsa Cina telah mengeluarkan arahan notis berkuatkuasa serta merta yang membuatkan ramai pekerja beliau terkejut..

Pekerja-pekerja di syarikat tersebut nyata terkejut dengan notis yang menyatakan bahawa, mereka yang tidak menunaikan solat 5 waktu bakal diberikan amaran ataupun boleh diberhentikan kerja..
Rata-rata mereka bekerja di sana yang beragama Islam merasa kurang senang dengan tindakan tersebut malah menuntut penjelasan berhubung perkara tersebut daripada pengurus mereka yang beliau sendiri tidak pernah menunaikan solat 5 waktu apatah lagi bukan beragama Islam..


Lalu bertanyalah wakil pekerja yang menyoal tindakan pengurus yang seolah2 menyentuh isu agama dan hak individu mereka yang beragama Islam..
Maka dijawabnya pengurus tersebut " jika arahan tuhanmu pun kamu bisa tidak ikut dan suka hati mahu ingkar, inikan pula arahan bos kamu yang hanya seorang manusia akan kamu boleh ikut? "

- adapun perbezaan antara pekerja dan hamba..seorang pekerja statusnya mendapat gaji daripada majikan, maka beliau menerima arahan kerana ada habuan..jika tidak berpuas hati dan kurang senang, pekerja boleh sahaja tukar majikan..lain pula dengan status seorang hamba, di mana tuan hamba menentukan segalanya, dan hamba tidak boleh lawan cakap atau persoalkan arahan tuan mereka..ianya bersifat jelas dan tiada kompromi..


- kita tiada masalah untuk 'declare' diri kita sebagai hamba Allah, malah lebih gembira jika nama yang ditulis dalam borang derma sebagai nama hamba Allah instead of nama sendiri...
Namun persoalan yang lebih asas, sejauh manakah kita melaksanakan arahan tuan kita? Bukan hanya sekadar melakukan solat 5 waktu, berpuasa, menjaga aurat, menjaga batas pergaulan, malah sehinggalah kepada sebesar2 keperluan siasah, berkasih sayang sesama manusia, keperluan bersama Jemaah, serta kewajipan berdakwah...


Seorang hamba tidak boleh mempersoalkan HAK mahupun untuk menentukan PILIHAN baginya untuk menerima arahan atau tidak, tetapi ianya adalah satu TUNTUTAN dan bentuk KEWAJIPAN..


Soalnya, kenapa kita masih sombong?


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Tuesday 3 May 2011

rindu?


subhanallah, lagu islam sampai kapan pun tak akan ketinggalan jaman.

suara tabuhan kendang pun enak didengar, padahal sekarang ini banyak alat2 musik2 moden.

digabung lagu rap moden pun masih enak didengari.

maha besar ALLAH,

i LOVE U MUHAMMAD,...

Best Blogger Tips

Sunday 1 May 2011

herba? hebat ke?



ini walaupun sumpah tidak logik, tapi pastinya lepas nih akan ada yang nak mencuba produk herbalife..sabo je la..
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...