Monday 28 February 2011

Demo tidak syarie?



Baru-baru ini ada satu video oleh Ustaz Fathul Bari yang menghentam keperluan demonstrasi di Mesir. (boleh tonton di sini kalau belum)

Saya mendapati video agak mengelirukan dan saya ada bertanya kepada Ustaz Zaharuddin untuk pandangan lanjut. Berikut ialah sedikit nota untuk perkongsian dengan semua;

KAEDAH FIQH

Dalam melihat persoalan demonstrasi, perlu memahami satu Kaedah Fiqhiyah;

"al-Aslu fi al-Adat wal al-Mu'amalat al-Iltifat ilal Ma'ani"

Ertinya : Asal hukum bagi hal ehwal muamalat dan adat adalah merujuk kepada hikmah dan tujuan" ( AL-Muwafaqat, As-Syatibi, 2/300)

- Secara asasnya, hukum dan cara ibadah khusus (solat, puasa, zakat) sudah ada jelas dalam Quran dan Hadith
- Manakala bagi ibadah umum- kita perlu lihat kepada subtance (inti) dan bukan pada form (pakej).
- Kita tidak boleh ambil2 bulat2 apa zaman nabi untuk aplikasi pada zaman kita. Ini keranan Islam datang dengan prinsip, bukan dengan curtain model untuk kita ikut bulat2. eg: nabi tak buat demo, kita tak boleh buat.
- ( sama konsep & penghujahan dengan pihak2 yg mengatakan kita masih di zaman makkah, dan belum zaman madinah)


Persoalan: Tidak boleh berdemo kerana berdemo bermaksud tidak taat kepada pemimpin dan umat tidak boleh lawan pemimpin yg masih bersolat:

Jawapan:
1. Hadith2 sebegini seperti [siapa lihat pemimpin yang dia tidak suka maka dia perlu bersabar] hadir hanya pada ketika Khalifah sudah ada. Kini tiada khalifah, hanya ada 'gabenor-gabenor' kecil.

2. Orang yang berdemo tidak sama dengan golongan Khawarij (hilang ketaatan). Golongan Khawarij ada 3 ciri iaitu tidak taat, kafirkan org buat dosa besar dan angkat senjata kepada pemimpin. Org berdemo, pembangkang dan sebagainya mengunakan saluran undang2 yang ada kerana masih taat kepada pemimpin eg: masih bayar cukai.

3. Pandangan Ali Jumu'ah (mufti mesir) bahawa kena balik rumah dan jangan berdemo adalah satu ijtihad. Namun ijtihad Yusuf Qardhawi melihat kepada a bigger picture, dan kalau org bersurai daripada demo dan pulang ke rumah, akan ditangkap. Kaedah fiqhiyah "irtikab akhaffu dhararain" (ambil mudharat yang lebih ringan antara dua mudharat)

4. Demonstrasi yg berlaku ialah demonstrasi yang aman pada gholib zhon ( sangkaan majoriti) dan isolated cases tidak boleh dijadikan sebagai sebab untuk tidak boleh berdemo.


Persoalan: Kita tak boleh kata orang sekian sekian ini mati syahid, Allah sahaja yang tahu. Jangan memandai2 nak kata si polan mati syahid.

Jawapan:

1. kita pun tak mengetahui sesiapa di dunia ini dengan pengetahuan sebenar bahawa dia mati dalam Islam. Kita hanya bersangka baik bahawa dia mati dalam Islam, lalu kita uruskan jenazah dengan cara Islam. Allah lebih mengetahui.
2. begitu juga dengan yang syahid, kita bersangka baik bahawa si polan mati syahid, dan mendoakan dia mati syahid juga.


Persoalan: Kita betulkan aqidah dulu, melalui muhasabah diri. Lalu akhirnya semua akan jadi baik.

Jawapan:

1. dalam Quran ada dalil yang sarih (jelas) mesti amar ma'ruf dan nahi munkar (Ali Imran:104). Kalau hanya Amar Ma'aruf, maka tak. perlu disebut secara jelas dan Quran. Justeru Amar ma'ruf sahaja tidak cukup.

2. Nabi memperlihatkan sunnah bahawa amar ma'aruf dan Nahi munkar bergerak seiringan. Jika hanya perlu amar ma'ruf, Nabi tidak perlu berdepan dengan Kaum Quraisy dan mencabar status Quo mereka.


Sumber: kupasan Uzar daripada kitab Fiqh Jihad tulisan Yusuf Qardhawi.

p/s: baca artikel terbaru UZAR di website beliau.


Sent from my BlackBerry® wireless device


Best Blogger Tips

Sunday 27 February 2011

the tipping point..


Everyone is invited to the talk Egypt: The Tipping Point,

Wednesday
2 March 2011
7.15pm at University of Nottingham.

Guest Speaker: Dr Kemal Helbawy

Brought to you by NMS
Best Blogger Tips

Thursday 24 February 2011

Tertindas? Ditindas?

Salam semua


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Seorang sahabat mengadu kepada Nabi SAW perbuatan jahat jirannya. "Sesungguhnya jiranku menyakitiku". Sabda Nabi s.a.w: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku". Maka mereka berkata: "Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi". (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).


Hadith ini menerangkan keharusan menunjukkan perasaan kita kepada masyarakat apabila kita disakiti dan diperlakukan sewenang-wenangnya oleh orang lain. Harus dilakukan tindakan seperti ini apabila kita tidak ada ruang lain untuk menghalang perbuatan jahat dan penindasan tersebut. Dengan tindakan seperti ini, diharapkan orang yang melakukan penganiayaan terhadap orang lain, akan sedar dengan kesilapan mereka lalu bertindak memperbaiki keadaan tersebut dari berterusan.

Kadang-kadang masyarakat tidak sedar, ada di kalangan mereka yang tertindas dan dizalimi.Dengan cara menunjukkan perasaan barulah mereka tahu.

Nabi SAW menyarankan agar sahabat tersebut membawa keluar peralatan rumah sebagai menunjukkan kepada masyarakat dia sedang menghadapi kejahatan jirannya.Jiran yang sepatutnya membantu meringankan beban, sebaliknya bertindak menambah beban dalam kehidupan keluarga beliau.


Hadith ini juga menunjukkan bahawa , Islam sentiasa bersama golongan yang tertindas dan dizalimi.Bahkan Islam menunjukkan jalan keluar untuk mereka bertindak ,bukan sekadar redha dengan apa yang berlaku dan menyerah kepada takdir.

Perkataan yang kotor dan caci maki asalnya haram. Namun bagi orang yang dizalimi yang tiada ruang dan cara lain untuk menyatakan bantahan terhadap kezaliman tersebut,serta luahan perasan mereka, mereka dibenarkan untuk menggunakan kata-kata kotor. Firman Allah yang bermaksud.


'Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(an nisa' 4:148)


Sesungguhnya Islam adalah agama yang membela golongan tertindas dan teraniya. Agama yang menjadi pelindung kepada golongan yang lemah. Benarlah ia adalah agama yang diturunkan Allah untuk menjadi rahmat kepada seluruh manusia. Bersamalah kita dengan golongan yang tertindas dan dizalimi sebagaimana Islam bersama mereka.Bantu dan belalah mereka apa yang termampu. Elakkan diri kita terjerumus ke lembah kezaliman dan penindasan, nescaya Allah akan bersama kita.


Sent from my BlackBerry® wireless device

Best Blogger Tips

Thursday 17 February 2011

Sistematik?

Kenapa perlunya kita hidup berjemaah?


- Bagi membalas budi Islam setelah kita dapat merasai nikmat akidah,ibadah & akhlak, maka telah tiba masanya untuk kita balas budi Islam. Iaitu hidup hanyalah untuk Islam.


Bayangkan sekiranya orang sudah berhenti untuk meneruskan proses menyampaikan Islam, mungkin kita tidak akan menganut Islam seperti sekarang..


- Dalam kitab Quran ada menyebut, Sesungguhnya Allah sangat kasih dan sayangkan orang2 yang berjuang di dalam satu barisan seolah2 bangunan yg terbina kukuh.
Allah sangat mahukan kita untuk participate dan dapatkan bahagian masing2. Supaya Allah sayang.
Namun perlu diingat, tidak semua perjuangan dalam barisan itu Allah sayang..


- Syaratnya perjuangan mestilah sistematik. Perlunya ada tatacara kerja. Tidak sekadar cukup berada di pihak yang benar. Mestilah disokong dengan system kerja yang betul.


'Bahkan kebatilan yg ditersusun dengan efektif akan dapat mengalahkan kebenaran yg tidak efektif.'


- namun kadang2 kita hidup berjemaah hanya bersandarkan atas semangat yang berapi2 dan kesedaran, tanpa adanya kefahaman dan kefaqihan..

Hingga timbul persoalan, 'are we seriously propagating Islam, or we just merely want to promote our organization in the name of Islam?'


Allahualam
Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Thursday 3 February 2011

Kesan Domino?

SYRIA

Menariknya, semalam Bouthaina Shaaban, penasihat kepada Presiden Bashar al-Assad, memberi liputan khas di dalam akhbar utama kerajaan mengenai kejadian reformasi di Tunisia dan Mesir. Katanya, dunia Barat tidak tahu bagaimana nak memberi respon kepada kemarahan masyarakat arab umumnya..

Menjelang minggu lepas sahaja, kerajaan kabinet telah umumkan subsidi dan pemberian bantuan kepada orang miskin. Semalam sahaja para pendidik diberikan pinjaman laptop tanpa interest, malah dilaporkan beberapa pegawai kerajaan ditahan atas tuduhan rasuah..

Syria kali terakhir mengalami rusuhan pada 1982 melalui revolusi yang digerakkan oleh IM..

JORDAN

Protes terhadap kemiskinan, inflasi, pengangguran, rasuah serta demokrasi yang tidak seimbang telah pun berlangsung selama beberapa minggu..
King Abdullah II hanyalah terkenal kerana populariti Queen Rania dan tidaklah sehebat arwah ayah beliau, King Hussein..
Saat ini, Raja Abdullah baru sahaja umumkan pembubaran kabinet yang diketuai PM Samir al-Rifa'i dan menjanjikan reformasi terhadap undang2 pilihanraya..
Ketua pembangkang yang diketuai Parti ISLAMIC ACTION FRONT mengetuai suara2 rakyat marhaen ketika ini menuntut demokrasi yang lebih adil..

Jordan adalah salah satu rakan baik US selain Mesir dan satu2nya negara arab yang mengadakan perjanjian damai dengan Israel..

LIBYA

Muammar Gaddafi mempunyai rekod yang paling lama iaitu 41 tahun, mengatasi Hosni Mubarak 29 tahun tempoh pemerintahan..

Kekuatan tentera dan pasukan sekuriti khas, menjadikan reformasi politik hampir pasti tidak akan berlaku...baru2 ini, protes liar masyarakat bawahan di benghazi dan derna mengenai perumahan, berjaya ditangani malah amat sukar pihak pembangkang untuk membawa isu rakyat di peringkat nasional..

Sepertimana tunisia dan mesir, Libya turut mempunyai populasi anak2 muda dan pengangguran yang tinggi, namun sumber asli yang banyak, memberi kekayaan yang lebih kepada negara dan orang atasan..

YEMEN

Pakatan pembangkang The Joint Meeting Parties (JMP), mengumumkan satu protes besar-besaran diadakan di seluruh negara khamis lalu, selepas cubaan untuk berbincang dengan Presiden Ali Abdullah Salleh gagal direalisasikan kerajaan pemerintah..

Halangan terbesar ialah cadangan untuk merubah perlembagaan yang akan membatalkan tempoh had presiden serta menetapkan tarikh pilihanraya yang seterusnya..

Presiden pula dalam masa yang sama telah ambil pendekatan untuk melegakan tension di kalangan rakyat dengan menaikkan gaji tentera dan pegawai awam..

ALGERIA

Menariknya, kerajaan dengan serta merta telah mengarahkan pengharaman segala bentuk perhimpunan yang katanya akan menjejaskan kestabilan negara..

Pegawai senior kepada President Abdelaziz Bouteflika percaya bahawa rakyat algeria tidak akan menuntut reformasi politik..namun begitu beliau menambah bahawa kerajaan kabinet di bawah pimpinan Parti FLN mampu buat lebih baik untuk situasi sosial dan ekonomi yang lebih baik saksama..

KITA?

Suatu refleksi kepada kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia...
Adakah negara kita melahirkan rakyat yang manja dan pengecut? Takut untuk keluarkan pendirian pasal apa2 perkara dan polisi..


Malah selepas bertahun melihat kebobrokan sistem, pembaziran perbelanjaan, FLOM, Menara Warisan ramai kawan-kawan dan ahli keluarga kita yang masih lagi 'yakin serta menumpahkan taat setia' kepada kerajaan yang ada sekarang. Biarpun subsidi dikurangkan, biarpun harga barangan dinaikkan, biarpun kronisme giat dijalankan, dan sebaginya, masih ada rakyat yang tidak kisah - yang penting, 'KITA HIDUP AMAN DAMAI', kata mereka.


Atau paling mudah dan angkuh, masih lagi boleh dijawabnya peduli apa aku dengan POLITIK..!!


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Tuesday 1 February 2011

I've decided..

Kita semua ini berada dalam persimpangan kehidupan, setiap masa dan ketika kita pasti perlu buat keputusan..


Bangun pagi sahaja, sudah ada keputusan yang kita perlu buat setiap hari, sebagai contoh yang perempuannya perlu buat keputusan untuk pakai kasut warna apa, supaya matching dengan warna baju atau tudung yang dipakai..malah hujung tudung nak end kat mana pun perlukan keputusan yang rapi dan masa yang lama untuk diambil..

Bagi lelaki pula, nak kena putuskan ke kelas atau tidak ke hari ini, mandi atau tidak ke pagi2 antaranya..dan dalam satu hari BERATUS2 keputusan yang perlu diambil..
dan rata2 keputusan ini masih bersifat FLEKSIBEL dan bisa diubah ikut citarasa dan keselesaan..malah kesan sampingannya tidak begitu penting..



Namun begitu ada juga perkara yang telah dibuat sukar untuk diubah keputusannya..malah SUKAR untuk BERPATAH BALIK bila sudah diputuskan..
Sebagai contoh apabila buat keputusan untuk ambil jurusan perubatan untuk menjadi doktor, sehinggalah keputusan besar untuk berkahwin dengan seseorang..
Keputusan2 besar sebegini, haruslah ditanggung hasilnya SEPANJANG HAYAT akibatnya..



Oleh yang demikian, demi untuk mengelakkan daripada keputusan2 yang banyak ini dibuat dalam keadaan yang salah, maka sikap PROAKTIF perlulah diambil bagi memberi peluang kepada diri untuk mengadaptasi ruang dan keselesaan kepada keputusan yang telah diambil..


Asasnya mudah, jika TERPAKSA, anda akan TERSEKSA..
dan MEMBERI lebih baik daripada MENERIMA..




Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...