Friday 26 March 2010

bila kampung jadi kosong..

.
easter break budak2 sudah mula bercuti,
tapi aku tetap setia menanti di derby dan notty.

semua orang bercuti ke pantai, mendaki bukit,
namun percutianku hanya berlegar di rumah sakit..

ada yang naik kapal terbang ada yang guna kapal layar,
tapi xpe, mungkin ini harga yang perlu aku bayar.

kalau road trip, tidak lupa pada tuna dan roti,
sayugia sia-sia lah cuti itu jika tiada cenderahati.

ini aku, itu engkau
engkau itu, aku ini..

nukilan: cha sopan, mac 2010

p/s: imbauan kisah ROTA easter lepas...klik di sini untuk episod 1 dan episod 2.. Best Blogger Tips

Sunday 21 March 2010

Saturday 13 March 2010

ubah paradigma..

Kerap kali kita menganggap gangguan-gangguan sekeliling sebagai beban yang sangat teruji dan sekaligus mengalihkan arah fokus kita. Namun bagaimana jika segala gangguan dan beban itu kita anggap sebagai satu inspirasi dan medium untuk drive diri ke arah yang lebih baik. Benar, beban dan gangguan juga adalah salah satu inspirasi buat diri.

Mari kita ubah persepsi dan paradigma, usah biarkan belenggu lama menguasai diri..ia hanya akan merugikan kita, jika kita kurang ambil peluang inspirasi tersebut. Kelak ianya pasti akan menjadi sesuatu yang hebat...

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allâh burdens not a person beyond his scope.
(2:286)




usah biarkan suasana sekeliling yang mengawal kita, tapi biar kita yang menguasai suasana. The ability to empower mind setting will make thorny path become beautifully blossomed.

p/s: medicine is challenging, but how do you see yourself in it will determine who you are and the outcome produced.. Best Blogger Tips

pop@notts

Isu Palestine bukan sahaja isu umat Islam tetapi isu kemanusiaan tanpa sempadan agama dan bangsa. Terkepung dalam kelompok bangsa sendiri membuatkan kita hampir-hampir terlupa bertanya khabar sahabat-sahabat lain. Meskipun berlainan warna kulit dan bahasa, kita masih berpayungkan langit yang sama, berkongsi udara yang sama dan berkongsi pengharapan yang sama.
Bersama-samalah menghayati perjuangan penduduk PALESTINE.
Mengambil iktibar dari sejarah.
Mengubah tangisan untuk senyuman,
Mengubah derita untuk bahagia,
Mengubah harapan menjadi kenyataan..

HARAPAN untuk HIDUP
HARAPAN untuk BAHAGIA
HARAPAN untuk SEBUAH KEAMANAN..
Klik di http://pop.iluvislam.com untuk mendaftar..!!

POP 2010 Promo Video from POP 2010 on Vimeo.



Tentatif POP@Notts

8.30 a.m – Ketibaan Peserta dan pendaftaran
9.00 a.m– Ucapan alu-aluan
9.15 a.m– Video presentation (TURKI)
9.30 a.m– Turki : Antara Fateh dan Kamal
11.00 a.m– QnA
12.00 a.m- Slot MKP
12.15 p.m– Lunch dan solat zuhur

1.30 p.m– Talk “Peace of Palestine (POP!)”
3.00 p.m– QnA
3.30 p.m- Solat Asar
4.00 p.m– Bengkel “DSLR : Bukan sekadar foto”
5.00 p.m– LDK “Memberi bersama DSLR”
5.30 p.m- Bersurai
JUMPA ANDA di SANA...!!! Best Blogger Tips

Monday 8 March 2010

kena tekan..

a nice story written by abg Zahir iLuvislam.

perhaps the pressures we encounter everyday will drive us in moving forward..

oh Allah, may your guidaince will always be with us.

p/s: going into clinical year is something good to check whether you can withstand or not the challenges to be a medical doctor..

KITA PERLU TERPAKSA

Salah seorang pensyarah saya yang berjaya mendapat sarjana doktor falsafah sebelum usia hanya 30 tahun ialah Dr Afendi bin Mat Rani, sekarang bertugas di Pusat Islam UiTM Shah Alam.

Beliau pernah berkongsi dengan kami di dalam kelas, menurutnya setelah pulang dari Jordan dengan mendapat ijazah sarjana muda dia menyambung pengajian ijazah sarjananya di Universiti Malaya. dalam masa yang sama dia terpaksa berpisah dengan isteri dan anak-anak yang masih tinggal di kampung.

Isterinya telah menyambung kepada bidang kepakaran kedoktoran di USM Kubang Kerian. Katanya dia agak tertekan dengan keadaan itu yakni berjauhan dengan isteri dan anak-anaknya. Keletihan yang memerah tenaga dan wang ringgit juga menjadi isu. Dalam tekanan menyiapkan tesis sarjananya, dia sering hilang tumpuan kerana teringatkan orang yang tersayang jauh dari mata itu.

Isterinya didesak untuk menyudahkan pengajian pakarnya. Dan hanya dalam masa 2 tahun ianya telah selesai dengan lancar. Dari 5 calon yang bersama isterinya, hanya 2 yang lulus. Kedua-duanya adalah calon yang sudah berkeluarga.

Kini mereka sudah bersama, Dr Afendi juga sudah menyiapkan ijazah sarjananya. Kini dia menyambung ijazah doktor falsafahnya. Dengan harapan, apabila anak dan isteri di sisi, pasti pengajiannya akan bertambah kancar berbanding ketika pengajian sarjana.

Namun lain jadinya, kini tumpuannya sekali lagi tidak dapat difokuskan dengan baik kerana ada sahaja gangguan daripada anak dan isterinya. Bila sahaja mahu menaip dan membaca, maka dalam masa yang sama juga anak-anak yang sentiasa mahukan perhatian ayah mereka akan datang menuntut hak mereka itu.

Isterinya juga akan menuntut hak yang sama, waktu bersama. Seperti keluarga yang lain. Isterinya pernah berkata bahawa dahulu ketika kami jauh, diminta untuk tinggal bersama kerana tidak boleh fokus kerana kami tiada di sisi. Kini apabila kami sudah di sisi, lain pula jadinya.

Akibat daripada tekanan itu, dia menyiapkan tesis doktor falsafahnya dalam masa kurang 2 tahun. Beliau rumuskan bahawa, akhirnya sekarang baharulah dia sedar antara sebab dirinya agak cepat berjaya menghabiskan pengajian sarjana dan doktor falsafah itu ialah kerana tekanan.

Tekanan yang terhasil daripada tanggungjawab yang diwajibkan dalam sebuah keluarga, dan dia berterima kasih kepada tekanan itu. Mungkin tanpa tekanan itu dirinya masih belum mendapat ijazah kedoktorannya.

Dia juga pernah berkata, pada masa pengajian ijazah sarjananya di UM, 200 daripada 500 calon adalah suami dan isteri orang. Dan ketika mereka graduasi, kebanyakannya adalah daripada mereka yang sudah bekerluarga. Begitu juga sewaktu pengajian ijazah kedoktorannya, daripada 150 orang calon, dalam 50 adalah mereka yang sudah berkahwin. Dan majoriti daripada mereka adalah yang graduasi paling awal.

Sebagai penulis dan pelajar

Tekanan kepada kehidupan kita sebagai manusia sejak azalinya sudah wujud. Samada kita sedar atau tidak bergantung kepada tahap kesedaran kita yang berpandukan ilmu dan pengalaman.

Kerana tekanan-tekanan inilah para Rasul dan nabi kita dijamin syurga, bahkan 5 orang daripadanya dianugerahkan dengan gelaran 'ulul azmi. Bahkan daripada tekanan yang pelbagai inilah munculnya pejuang-pejuang agung sepanjang zaman.

Begitu juga dengan karya-karya agung yang terhasil daripada inspirasi tekanan ini. Tekanan ekonomi, sosial dan agama adalah modal kepada karya-karya agung dunia.

Maka, kita perlukan tekanan. Tekanan yang positif yang akhirnya membuahkan kejayaan.


Best Blogger Tips

Friday 5 March 2010

sambil minum kopi..

salam

saya sediakan ruang iklan untuk promosikan sesi sambil minum kopi yang sudah masuk siri ke-3 sabtu ini dan siri ke-4 minggu hadapan..


Sambil Minum Kopi (Siri 4):
'A Just Healthcare' with Miss Aidah Halim
(Sila add Paltalk ID 'kedaikopi' untuk dijemput ke Chatroom Sambil Minum Kopi)


As the Americans undergo a heated debate on their health care reform, one can’t help but wonder about the health care system in Malaysia. The seemingly lack of public discussion about this issue can only mean either (i) we have a perfectly running system, or (ii) our people remain ignorant and oblivious to what constitutes a good and just healthcare.

The aim of this short talk is hence not to propose an alternative to our available system (as that would be a tall order for students who have not even worked in Malaysia), but to provide the basics and a trigger to think. We will look at the different moral and economical theories to ration resources, and the ensuing ethical dilemmas and practical limitations.

Is this a talk for medics only? Surely not, as health is an issue that lies close to the hearts of so many people. This is a talk for everyone who believes that there are rooms for improvement in our delivery of healthcare to Malaysians.

---------------------------------------------------

Saudari Aidah Halim bakal menerima segulung ijazah Perubatan MBChB dari University of Manchester pada bulan Julai 2010.

Saudara Azad Azman adalah bakal graduan Cardiff University (UK) dalam jurusan Exploration & Resource Geology.

---------------------------------------------------

Anda boleh turut serta dalam perbincangan ini melalui medium Teleconference maya Paltalk.

(a) Muat-turun perisian Paltalk (hanya bagi pengguna Windows)
i. perisian tersebut boleh dimuat-turun di laman www.paltalk.com
ii. install perisian tersebut
iii. daftar ID Paltalk anda
iv. 'add pal' ID 'kedaikopi'
v. mohon 'kedaikopi' untuk jemput anda ke 'chatroom' Sambil Minum Kopi

(b) Ikuti terus dari browser, PaltalkExpress (Windows, Mac, Linux)
i. buka laman www.paltalk.com
ii. klik capaian 'Try PaltalkExpress'
iii. daftar ID Paltalk anda
iv. 'add pal' ID 'kedaikopi'
v. mohon 'kedaikopi' untuk jemput anda ke 'chatroom' Sambil Minum Kopi


---------------------------------------------------
Sambil Minum Kopi adalah suatu usaha kecil beberapa individu yang berjiwa besar. Individu-individu ini beraspirasi untuk 'Membudayakan Perbincangan Ilmu' dikalangan masyarakat Malaysia di seluruh dunia.

Kami menyedari bahawa impian ini adalah suatu impian yang cukup besar, bahkan tampak mustahil dijayakan dalam jangka waktu yang singkat.

Namun kami yakin bahawa ianya mampu tercapai apabila masyarakat Malaysia mula menyedari tentang keutamaan & kepentingan apresiasi terhadap ilmu. Dan 'Sambil Minum Kopi' hanyalah berperanan sebagai salah satu dari pencetus 'fenomena ilmu' dikalangan masyarakat Malaysia, khasnya di UK dan Ireland. Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...