Friday 27 April 2012

Bersuara?

"The best Jihad is to speak the truth before a tyrant ruler"

(Bukhari) 


"To be courageous is to be a voice for the voiceless" 

(Tariq Ramadan) Best Blogger Tips

Wednesday 25 April 2012

Neutral 3.0

Lucu juga bila melihat ramai yang bermati-matian berhujah menolak solidariti BERSIH yang kononnya adalah agenda politik pihak tertentu..
Entah di mana politiknya pun, pada nama pun tiada, malahan pak samad dan mak ambiga, pengerusinya pun bukannya ahli politik mana-mana parti politik..sudah-sudah habis semuanya jadi skeptikal.


Sedangkan pada masa yang sama yang ramai inilah yang duk bermati-matian pertahankan yang Kelab UMNO Luar Negara (KULN) itu adalah kelab kebajikan, walhal terang-terangan nama parti politik ada di situ malahan bos besarnya juga adalah pak menteri sendiri.


Lagi itupun mahu 'claim' NEUTRAL lagi...tanda dah kena demam kuning lettew.. Best Blogger Tips

Saturday 21 April 2012

Neutral 2.0

"If you are neutral in situations of injustice, you have chosen the side of the oppressor.
If an elephant has its foot on the tail of a mouse and you say that you are neutral, the mouse will not appreciate your neutrality.."

(Desmond Tutu, receiver of Nobel Peace Prize 1984) Best Blogger Tips

Friday 20 April 2012

Neutral?

Menegur tanpa adab.

Sekelompok solidariti Mahasiswa di tanah air yang berkumpul di dataran dalam perjuangan menuntut pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma.

DBKL datang merampas khemah, terjadi kejadian gelut-bergelut, mahasiswa berkeras, dan bersorak-sorak tidak mahu mengalah.

Betul, kumpulan mahasiswa ini kurang adab, maka habis dihentam oleh rakyat kebanyakan, kurang adab, kurang ajar, kurang bersyukur dsb.
Bagus kita jadi NEUTRAL dan bijak menilai.



Samseng

Dua malam lepas, ada pula sekumpulan samseng datang hijack 'perkampungan' kumpulan occupy dataran ini.

Habis dihentam anak-anak muda yang berhimpun ini, khemah dirampas dan dilanyak secara kasar. Khabarnya polis hanya melihat di tepian.

Malah Menteri KPT pun hanya boleh berkata, "pandai berhimpun, pandai tanggung risiko"..

yang kondem mahasiswa kurang adab tadi, senyap tutup mata kali ini. tidak pula di'kondem' tindakan samseng ini. Mungkin lebih banyak perkataan 'PADAN MUKA' agaknya.
Kali ini hilang NEUTRALITI dan judgement kita..



Dakwah


Para daie sering menyebut, kalau yang menegur kita itu mungkin lebih rendah darjatnya, lebih kurang amalannya, lebih miskin hartanya, lebih muda umurnya, TIDAK MENGAPA.

Apa yang lebih penting bukan pada siapa yang menegur, atau berkata-kata, tetapi lihatlah kepada MESEJ atau isinya.

Kali ini kita konon nak jadi NEUTRAL kembali..


Lantas membawa kepada persoalan di mana pH kepada NEUTRAL kita? Best Blogger Tips

Wednesday 18 April 2012

syok sendiri?

3, 4 tahun belajar di luar negara, networking kita hanya berlegar sekitar kawan-kawan kumpulan atau jemaah sendiri.

Sahabat-sahabat yang bukan sealiran kursus, universiti, kumpulan jemaah, mahupun non-muslim pun mungkin boleh dikira dengan jari sahaja.

Datang ke program anjuran sendiri, promosi besar-besaran, jumpa sahabat-sahabat kumpulan sendiri, terlalu segan menegur abang postgrad, adik undergrad, sukar berinteraksi sesama komuniti hanyalah satu manifestasi dakwah yang 'SYOK SENDIRI'.


Lantas apa yang perlu dibanggakan sangat dengan kerja dakwah jika masih memilih circle yang selesa sahaja? Best Blogger Tips

Saturday 14 April 2012

Cuci?

 

bila rakyat kebanyakan terus disuburkan dan dimomokkan yang bersih itu kotor, habis terjajah minda akibat melawan fitrah manusia yang sukakan yang bersih. 

kita bageimana sih?
Best Blogger Tips

Wednesday 11 April 2012

Ralat 7.0

Kadang-kadang tersenyum melihat gerangan sahabat2 yang bersungguh-sungguh merasakan tanah air kita aman makmur, indah permai, tidak perlu ubah lagi apa yang sudah dikecapi..
Mudah untuk sebut, rupa-rupanya mereka ini tidak pernah rasa susah, sebab apa sahaja yang diingini, pasti dapat sejak kecil..hatta untuk mendapatkan biasiswa belajar pun masih gunakan orang dalaman.


Apakah mereka ini sedar ada lagi orang miskin yang hidup susah, tinggal dalam reban, hadapi kesukaran untuk belajar pergi ke sekolah?

Bagaimana mahu ubah jika PM pun anak PM? Best Blogger Tips

Monday 9 April 2012

Pemandu?

"Seorang pemandu kereta belum tentu membawa kita ke destinasi yang betul. Walaupun dia tahu cara memandu, hidupkan enjin, masuk gear dan sebagainya, tetapi jika tidak tahu jalan yang betul, akan tetap tersesat. Demikian juga seorang pembaca al-Quran, tajwidnya betul, suaranya baik, makhrajnya tepat tetapi tidak diamalkan, ia tidak akan menunjukkan jalan yang betul iaitu ke syurga.."

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, 18 Jun 2010. Best Blogger Tips

Monday 2 April 2012

Tipah tertipu?

Terpulanglah jika mahu gunakan platform Kelab UMNO Luar Negara (KULN) sebagai platform berpesatuan dan berpolitik andai itu hak pendirian masing dalam ruang demokrasi yang wujud..

Tapi untuk menggunapakai argument bahawa KULN adalah kelab kebajikan dan bukannya kelab politik, adalah seolah-olah menyatakan PISANG GORENG itu dibuat daripada buah betik..

Maaf, kami bukan budak darjah 3. Best Blogger Tips

Sunday 1 April 2012

SMILE 2012


Alhamdulillah, selesai sudah SMILE 2012 (Spring Moment with iLuvislam) event terbaru yang dibawakan oleh iluvislam UKEire yang berkonsepkan konvensyen yang melibatkan seluruh mahasiswa di UK dan Ireland.

Tema "Islamic Malaysia: Hope or Harm?" dikupas sebaik mungkin sepanjang sehari berseminar, dengan barisan penceramah yang hebat2, menerangkan konsep kenegaraan dari sisi pandang Islam serta perbincangan yang cukup matang tentang masa depan prinsip kenegaraan yang berteraskan Islam di Malaysia.

Penganjuran program sebegini rasanya satu titik tolak untuk iLuvislam.com untuk terus maju ke depan, menganjurkan event skala besar yang melibatkan seluruh masyarakat Malaysia di UK dan Ireland.

Moga aspirasi sinergi atau 'strategic collaboration' pada masa hadapan boleh diteruskan dengan lebih tersusun, melibatkan pelbagai lagi organisasi dalam menyebarkan kebaikan di muka bumi ini.


Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...