Sunday 28 November 2010

Manfaat

Imam Syafie pesan, 'Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat..'


Make dua brothers n sisters.


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Tuesday 23 November 2010

coki?



sudah lama tidak cium emas..
mungkin tahun ini..


p/s: sudah lama juga tidak pegang stick, stadium lembah pantai menjadi saksi kisah lama..lekuk di lutut masih kekal..
Best Blogger Tips

Saturday 20 November 2010

terkorban?

Kalau kita tidak berlumba-lumba untuk berkorban masa dan tenaga untuk masukkan elemen Islam dalam pemikiran anak-anak, elemen-elemen lain yang akan berlumba-lumba untuk masuk ke dalam pemikiran anak-anak... (Wan Zamri, Nov 2010)


Pemimpin kini datangnya mesti disambut dengan karpet merah, Rasulullah dulu pulang berdakwah dalam sepatunya penuh darah merah berdarah.. (Ustaz Suharman, Nov 2010)


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Thursday 18 November 2010

Mujahadah HADI...

Sekarang musim sudah hampir dengan peperiksaan, deadline dan sebagainya..

Ramai daripada kita akan sibuk menelaah samada secara konsisten atau pun kelam kabut..terpulang kepada persediaan..


Ramai yang boleh bermimpi nak jadi penyanyi yang hebat macam siti nurhaliza...bila beliau menyanyi boleh senyum sambil bersahaja mengalunkan suara yang lantang tanpa kelihatan urat timbul di dahinya mahupun mencemik..tapi kena ingat yang itu semua dapat dibuat sesudah latihan demi latihan secara konsisten..pantang makan minum untuk jaga suara, tidur yang cukup dan sebagainya..


Tidak hairan mereka yang bermimpi nak jadi penyanyi ala2 mi segera tidak kekal lama..kejayaan mungkin hanya sekejap sebab ianya tiruan..

'Nak berjaya kena jejak daya mereka yang berjaya, bukannya tiru gaya mereka yang super saiya...kalau tiru gaya, apa yang kita dapat hanyalah kulit kejayaan, dan bukannya isi..' (Sumber: kolumnis iluvislam)


Jadilah seperti air sungai, jika letak halangan macam mana pun, air pasti akan cari laluan baru...kalau semuanya mudah, pasti air sungai semuanya lurus sahaja..


Bila kita pasang impian jangan sekadar bermimpi..ianya dua terma yang sangat berbeda..


P/s: pepatah arab ada mengatakan, 'sebaik2 karamah itu adalah istiqamah'...
teruskan bersungguh HADI, biar susah sekarang, sebab nak berjaya memang kena susah..tapi selagi mana istiqamah, insyaallah yang susah akan dipermudahkan..jaga solat dan alquran serta doa jugak..Cha sentiasa doakan dari sini..


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Monday 15 November 2010

Mesra?




Alhamdulillah semakin lama duduk di sini, semakin banyak kenalan dan jaringan bisa kita buat..
Moga ukhuwwah yang terbina dapat kita jaga dengan baik, agar tidak menjadi fitnah..



Harus hati2 selalu, jangan sampai kita adakan pseudo-ukhuwwah, persaudaraan atau kemesraan yang hanya meminjam pada keluasan Islam untuk berkhidmat kepada kesempitan agenda sesetengah kumpulan..



Namun malangnya mesra buatan ini berlaku di sekeliling kita..



Mari sama2 muhasabah..





Sent from my BlackBerry® wireless device
Best Blogger Tips

Saturday 13 November 2010

Faham?



Ramai belajar tentang Al-fahmu sebagai rukun pertama Arkanul Baiah tulisan HAB, tapi tak semua cuba applikasi faham dengan sebaiknya tentang situasi masyarakat setempat untuk tujuan buat dakwah..


Ramai gembira bila boleh buat macam2 dan dapat macam2 dengan kerja dakwah, hinggakan kadang2 lupa ramai lagi pemain di luar padang..tapi sebab nak jadi pemain solo, sanggup ketepikan pemain lain...



Ramai sudah rasa glamer di hati adik2 dan kawan bila kita sahaja yang duk buat usrah..lantas diketepikan mereka yang di luar circle...nama2 disebut atau mahu nama persatuan kita sahaja yang disebut2..



Hati gembira sebab buat dakwah untuk MENERIMA...


Jangan sampai kita buat dakwah yang hanya bertaraf KOKURIKULUM atau aktiviti persatuan semata2...itu bukan dunia realiti lagi..


Mari sama2 muhasabah..jangan kita jadi ralat pada dakwah..ianya merugikan gerak kerja islam..





Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Thursday 11 November 2010

Peluang kos??

'Sesuatu yang bernilai pasti mahal harganya. Maka harga syurga itu bukan murah kawan. Semua cakap nak masuk syurga, tapi kalau tengok usaha...samada macam dah jamin pasti masuk syurga ataupun memang xnak masuk..

Ini tidak pelik, ramai yang mengidam nak beli kereta mewah2, tapi usaha ciput..cakap kosong, so akhirnya pakailah kereta second hand je..'

Opportunity cost untuk syurga ialah neraka..


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Wednesday 10 November 2010

Menyerah

kata2 hikmat pedang;

"Lebih baik bertempur dan kalah daripada tidak pernah bertempur sama sekali.."

Mengalah bukan maksudnya menyerah..


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Monday 1 November 2010

Lesu 2

"Kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang apa yang kamu pimpin. Pemimpin akan ditanya mengenai hak rakyat yang dipimpinnya. Isteri menjaga hal rumah tangga akan ditanya hal yang dipimpinnya. Pelayan menjaga hak majikannya akan ditanya hal yang dipimpinnya. Kemu sekalian adalah pemimpin dan akan ditanya (diminta bertanggungjawab) terhadap kepimpinan kamu." - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim


Adakah satu kewajipan untuk kita pilih pemimpin yang disebut sebagaimana dalam hadis?...benarkah di akhirat kelak kita tidak akan diadili dan ditanya langsung tentang siapa y kita pilih jadi pemimpin?..

Atau masih kita dibelenggu dengan pemikiran 'lepas tangan' atau 'selfish' yang 'politik itu kotor'?...

Ralat yang mudah..



Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...