Thursday 30 June 2011

Demam kuning?

Sejarah sedang kembali tercipta, dalam sekelip mata di bawah teraju PM tercinta kita, tanah air kembali ke era negara polis yang pernah mewarnai pemerintahan Tun Dr Mahathir dahulu kala..hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dinafikan sekeras-kerasnya, apatah lagi ruang untuk rakyat bersuara terus disempitkan lagi..



Ratusan ribu rakyat yang mahukan keadilan dan ketelusan di dalam sistem pilihanraya, cuba untuk menzahirkan hasrat nurani dengan turun ke jalanraya berkemungkinan besar akan menghadapi serangan pancutan air kimia dan kemungkinan diISAkan..malah menurut BN melalui saluran2 lidah rasmi mereka tidak putus-putus meletakkan tuduhan liar bahawa adanya komunisme, pengaruh luar negara, pengaruh dakyah kristian malah terrorisme yang turut didakwa mempunyai pengaruh terhadap idea BERSIH ini..hilang terus etika kewartawanan apatah lagi integriti media massa yang terus diragui..membuatkan ramai terfikir, apa masih adakah lagi keadilan di muka bumi ini?



Provokasi PERKASA, PATRIOT terus dibiarkan oleh pihak berkuasa, dengan pemimpin BN terus menutup sebelah mata sedangkan rakyat yang memakai baju kuning, terus-terusan ditahan tanpa waran, kerana telah diwartakan HARAM oleh menteri dalam negeri kita yang saya andaikan tindakan yang paling tidak bijak dalam sejarah..warna kuning terus menjadi igauan mimpi ngeri sesetengah pihak..



Jika benar PM dan BN menyokong prinsip dan asas demokrasi, beliaulah sepatutnya mengetuai rakyat marhaen menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihanraya kini..ini kerana tuntutan asas dalam BERSIH akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti dalam pilihanraya kelak..jika ini boleh berlaku, tidak ada yang perlu turun ke jalan, kerana pastinya majoriti yang menyokong usaha BERSIH bukanlah peminat demonstrasi jalanan..


Atau ada perkara yang ditakuti akan berlaku? Allahualam saya sendiri pun tidak tahu..persoalan asal, apa masih adakah keadilan?


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...