Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Thursday, 27 October 2011

antara rusa dan penyu?



So, sekarang kita dah tahu siapa yang bakal berjumpa siapa di Stadium Shah Alam untuk penutup tirai Bola Sepak Malaysia on the 29th of October ni...Sang Penyu vs Sang Rusa..Satu Linkperlawanan yang sudah semestinya perlu ditonton tak kirala anda sokong mana..Yang penting, sokonglah bola sepak Malaysia..haha..

Ok, Skuad Terengganu bimbingan Irfan Bakti memang terbaekkk..Juara Piala FA, Tempat kedua liga n sekarang, berjaya ke final Piala Malaysia setelah menumpaskan dua pasukan gergasi..Red Warriors dan Red Giants diayamkan dengan begitu mudah..Apa yang menarik pasal Terengganu ni adalah, mereka memiliki jentera serangan yang paling hebat..Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya, Ashaari Shamsuddin n Joseph Kalang Tie..combination play diorang memang hebat..Diorang tak bergantung harap pada satu player semata2..bila hadi tak boleh score, stilll ade Manaf, Ashaari n Joseph..Tengok gol Manaf masa kat Shah Alam..rileks je guna kaki belakang..n gol Ashaari masa lawan Kelantan n Selangor kat Terengganu..Volley bertaraf dunia..So, boleh dikatakan Terengganu merupakan calon pilihan..

N. Sembilan..Tiga tahun berturut2 ke final Piala Malaysia..Sekali menang, sekali kalah n tahun ni konfirm diorang nak menang kan? takkan nak kalah lagi..Kalau nak bandingkan dengan Terengganu, N.Sembilan punye line up star studded..Penuh star..Dari GK sampaila ke Striker..Hampir separuh dari team N.Sembilan ni main untuk Harimau Malaya, atau pernah main untuk Harimau Malaya..Farizal, Aidil, Kuna, Shukor Adan, Zamani,Hai-O n Zaquan..So, dari line up, diorangla paling gah..Ditambah pulak dengan mendapat sentuhan Azraai Khor yang pernah bawak Kedah ke zaman kegemilangan n pernah bimbing Harimau Muda kat Slovakia..

So, dua-dua team seimbang..Untuk menang piala, team anda penuh star atau attack anda hebat tak menjamin kemenangan..Yang penting fokus n siapa lebih mahukan kemenangan..Kadang2 Final boleh dimenangi oleh satu detik gemilang atau orang putih kate sheer brilliance or ia juga boleh dimenangi dengan satu stupid mistake..So, same2 la kita nantikan Final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam on the 29th nanti..I know i will be watching..either kat Stadium or kat TV masih tak pasti..Apa-apa hal marilah kita sokong bola sepak Malaysia!!

sumber: Tanah Tumpahnya Darahku

2 anak jati terengganu yang berbeza era, membawa misi yang berlainan..

2 tonggak pertahanan senior dan bekas pemain kebangsaan, kereta kebal masih menggunakan kudrat orang lama..


Sedutan dua pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.






p/s: tiket dijual dengan harga minimum RM50..ramai yang kecewa dengan keputusan FAM ini setelah bola sepak tempatan kembali bergegar dengan aksi musim ini..siapa yang akan rugi? Best Blogger Tips

Sunday, 18 September 2011

turning point?




Para me siempre seras el mejor..


Best Blogger Tips

Tuesday, 26 July 2011

laporan pra-musim



sepanjang musim panas, saya telah mendapat panggilan untuk menyertai team senior nottingham a.k.a NMC (komuniti postgrad di nottingham) dalam siri perlawanan pra-musim sebagai pemanas badan sebelum bermulanya musim liga baru akan datang. peluang digunakan sebaik mungkin untuk menjaga tahap stamina yang semakin lama semakin karat akibat jadual klinikal yang semakin mencabar.

beberapa siri perlawanan persahabatan telah diadakan bagi menguji tahap permainan dan keserasian tonggak-tonggak utama pasukan. NMC juga dikhabarkan telah dikuatkan dengan kemasukan beberapa muka baru muda bagi menyuntik tonik segar ke dalam pasukan bagi menghadapi saingan musim hadapan yang pastinya lebih mencabar khabarnya menurut nottingham post, akhbar sensasi rantau nottingham.

berikut merupakan rangkuman siri perlawanan persahabatan pra-musim NMC:

1. Birm (2) vs NMC (4) - liputan perlawanan di sini

2. NMC (1) vs Lougborough (3) - liputan perlawanan di sini

3. NMC (6) vs Nottingham Forest B- (7) - liputan perlawanan di sini

4. NMC (8) vs Middle East All-star (7) -liputan perlawanan di sini


siri perlawanan pra-musim akan dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada ramadhan al-mubarak mengambil tempat di hati pemain2 ini..namun ujian stamina akan terus berlangsung dan menurut kata pengurus pasukan, Dr Nazri yang berkelulusan bidang mata, sesi latihan akan terus berlangsung setiap hari selepas waktu isyak, dengan 20 rutin biasa..selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan NMC..

sumber: nottingham post


Best Blogger Tips

Friday, 15 July 2011

aksi..


Perlawanan persahabatan antara Nottingham Malaysian Community (NMC) VS Birmingham Malaysian Community bertempat di padang Birmingham City University pada 10.07.2011. Tahniah kepada wira2 Notts diatas kemenangan 4-2 yang dicapai hasil dari ketangkasan keeper, kekentalan pertahanan, kebijakan engin tengah mengemudi dan kepantasan penyerang mengambil peluang serta kesetiaan penyokong bermandiankan peluh kepanasan, Alhamdulillah. Tahniah juga buat pihak Birm yang menyediakan layanan first class buat kami dengan nasi lemak istimewa serta kuih2 beresepi Malay mengubat kepenatan perjalanan jauh dan keletihan megejar bola hehe.

sekitar aksi-aksi menarik yang sempat dirakam oleh rakan media kami..




skuad utama NMC (dari kiri): duduk; abg hasrul, abg hafiz, mudin, abe kamal, ustaz yie, rudy, abg marwan, abg aziz. berdiri; abg izzi, abg azmi (GK), cha, abg fauzan, abg shukran, abg azam (C), abg jo, abg hafiz, abg zulwaqar, abg khairi, abg zainal (Manager)

pasukan kali ini mendapat sentuhan pemain daripada skuad piala FA terengganu dan liga super kelantan..abe kamal selaku scout NMC yang melamar kedua-dua pemain ini.

aksi pemanas badan sebelum permainan bermula, dek kerana dihidang muffin dan air teh oleh tuan rumah, khuatir pancit awal.

pemain kesebelasan utama, membincangkan strategi 'rempuh nelang dibuai bayu' akan digunapakai untuk beberapa minit awal.

kedua-dua pasukan sempat bergambar sebelum perlawanan, dengan cuaca mencecah 25 darjah, menerjah terik memancutkan peluh. NMC segak berbaju merah bak pasukan nottingham forest, manakala birm pula tampil mewakili warna pasukan birmingham city, the blues.

peminat tidak ketinggalan memberikan sokongan padu di luar padang ibarat 'kau kunci hatiku di pinggir pagar'.

serangan awal yang hampir membuahkan gol pertama buat pasukan NMC, namun dek kerana terkejut dengan sergahan yang dibuat oleh pertahanan lawan menyebabkan bola tersasar sedikit daripada pintu gol..namun gaya sudah menang markah.

permainan menjadi sedikit tegang akibat aksi tomoi yang tidak kena daripada pasukan NMC, namun pihak birm sudah bijak membaca gerakan lawan kerana mereka kebanyakannya sudah ada tali pinggang hitam seni aikido.

jentera tengah seimbang dengan kedua-dua pihak saling mengawal serta merampas bola pihak lawan secara timbal balik, namun kelebihan umur dan pengalaman merantau menjadi pemisah antara kedua pasukan.

ayam tambatan NMC yang pernah cuba dipancing oleh pasukan nottingham forest FC, rudy nurdin berjaya mencuri tumpuan dengan dua gol kemenangan pada separuh masa kedua, selepas birm mendahului dengan 2 gol berbalas satu, membuktikan semangat juang pasukan merah tidak pernah luntur sepanjang perlawanan.

pasukan pelawat mendapat khidmat istimewa daripada Dr Shafie yang diterbangkan khas bagi menjadi motivator, first aider dan juga photographer sementara sepanjang perlawanan berlangsung. hasilnya para pemain sentiasa dibekalkan dengan kata-kata perangsang yang menjadi suntikan mental dan juga igauan ngeri pasukan birm.

wisel tamat menandakan kemenangan bergaya pasukan NMC, dan strategi seterusnya adalah untuk menakluk satu UK, bagi persediaan untuk perlawanan musim hadapan..dan juga pelan untuk ke carboot esok hari bagi meraikan kemenangan.

sesi penukaran cenderamata daripada kapten kedua pasukan, dengan pasukan NMC menerima bola replika khas aston villa, yang ditandangani secara istimewa oleh semua pemain pasukan birm..

acara yang dinanti-nanti oleh pemain daripada kedua2 pasukan, menjamu selera nasi lemak lauk campur, sambil menikmati panorama indah british summer..malah hasrat untuk diet terpaksa dilupakan seketika, sebagai hadiah kemenangan.

sesi bergambar kenangan bersama pasukan tuan rumah, nantikan perlawanan timbal balik selepas raya...sambil berhari raya..


p/s: nantikan laporan perlawanan pra-musim kedua NMC vs Loughborough Malay..keputusan akhir ialah NMC(1) LM(3)


Best Blogger Tips

Tuesday, 12 July 2011

Fatwa HARAM

Menjelang perlawanan persahabatan antara skuad Malaysia dan skuad EPL Chelsea, Liverpool dan Arsenal.


Saya dimarahi oleh ramai sahabat saya yang mendapat arahan daripada ustaz parti pemerintah UMNO supaya jangan sokong mana-mana pasukan bola sepak seperti chelsea, arsenal dan liverpool sempena kedatangan mereka ke tanah air...sebab hukumnya HARAM menyokong pasukan yang diketuai oleh orang yang tidak seakidah dengan kita..pastinya mereka ada agenda Yahudi untuk pecah belahkan orang Islam dan melayu..


Maka dengan itu juga ramailah sahabat saya yang menjadi tidak patriotik dengan tidak menyokong pasukan bola sepak kebangsaaan kerana pengHARAMan tersebut..


Saya selaku pemerhati dan peminat tegar bola sepak tempatan menjangkakan parti pemerintah tidak akan memberikan permit kepada pihak FAM untuk mengadakan perlawanan di stadium nasional bagi mengelakkan perhimpunan HARAM tersebut berlaku yang sekaligus boleh menyebabkan ekonomi negara lumpuh sebanyak 27billion dan trafik yang sesak kepada pengguna jalan raya yang lain...


Maka saranan saya, sokonglah skuad penyu, juara piala FA sebab manager adalah Irfan Bakti..hidup sang nelang!!


p/s: apa kata Dr Maza mengenai fenomena literalis agama yang mengelirukan.


Sent from my BlackBerry® wireless device

Best Blogger Tips

Sunday, 12 June 2011

Dramatik..



Terengganu mengakhiri penantian 11 tahun apabila menjulang Piala FA selepas bangkit pada saat terakhir untuk menewaskan Kelantan 2-1 dalam permainan 120 minit yang paling dramatik pernah disaksikan dekad ini..


- suasana final luar biasa berjaya ini disaksikan lebih 90 000 peminat daripada kedua2 gergasi pantai timur yang merupakan rekod baru stadium bukit jalil penuh, mengembalikan kenangan manis bola sepak tempatan yang cukup malap sejak beberapa tahun lepas..dan khabarnya rating yang dicatat oleh astro arena untuk penonton di rumah cukup hebat mengalahkan rating penonton anugerah juara lagu..


- kami terpaksa mencari ruang 'parking' sejauh 1.5 km, kerana khuatir tidak dapat keluar cepat selepas permainan, dan kemungkinan disaman polis.



- seawal jam 5, stadium sudah hampir penuh dengan kelibat penyokong red warriors menenggelami kelibat penyokong penyu ibarat lautan merah membelah lautan putih..namun ia bukan satu halangan untuk para peminat untuk kalah bersorak sebelum permainan, walau kampung mungkin tergadai..malah sementara menanti sepak mula final, penyokong dihiburkan dengan persembahan khas dikir barat daripada kelab penyokong bola sepak kelantan di perkarangan stadium.


- saat masuknya waktu solat maghrib, seorang bilal menggunakan speaker stadium mengalunkan azan, suasana yang jarang dilihat sebelum ini...maka dapat dilihat di setiap perkarangan stadium, masing2 mengenepikan sentimen kenegerian demi akidah yang satu untuk solat secara berjemaah.



- perlawanan ini juga memahat sejarah apabila semua pemain, jurulatih dan pegawai kedua pasukan melafazkan ikrar sebagai ikrar sebagai janji memerangi rasuah dalam bola sepak sebelum sepak mula perlawanan.


- kelihatan kelibat bendera hijau pas dikibarkan di sebalik lautan merah mahupun putih, lagi2 bila saat gol dijaringkan oleh kedua-dua pasukan.. Malahan sebelum sepak mula, tatkala kamera fokus kepada muka para VVIP, satu stadium gamat, penyokong kedua2 pasukan bertepuk tangan kerana gembira melihat wajah kesayangan tok guru MB kelantan hadir memberikan semangat..



- aksi final edisi ke 22 ini sungguh hebat, mendebarkan dan paling dramatik pernah disaksikan..sang penyu merangkak kembali daripada ambang kekalahan dengan menjaringkan gol penyamaan di saat2 akhir waktu kecederaan, dan gol kemenangan pada masa tambahan untuk sekaligus menghancurkan impian sang kijang bagi menggondol piala FA buat kali pertama..


- Etika penyokong yang hadir masih belum berubah, ada yang tidak menghiraukan amaran pihak berkuasa, ada yang melempar mercun dan bunga api sehingga ada yang masuk padang, nyaris terkena penjaga gawang terengganu menyebabkan permainan terhenti selama beberapa minit..

- pastinya ganjaran menarik menanti kedua2 pasukan..jika kelantan dijanjikan lot tanah jika menang, pasukan terengganu pula pastinya menanti hadiah pakej percutian ke London dan eropah..mungkin ada peluang untuk ajak main bola sepak persahabatan dengan anak2 ganu di eropah?


Apa-apa pun, tahniah kepada kedua2 pasukan atas permainan final yang sungguh hebat..para peminat bola sepak tempatan pastinya sudah lama ketagihkan aksi bola sepak hebat dan professional sebegini..


p/s: bangga kerana kawan satu sekolah rendah sepermainan dulu, manaf mamat adalah orang yang memberikan gol penyamaan..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Best Blogger Tips

Friday, 10 June 2011

Bakat vs Pengalaman?


Kedua-dua pasukan tampak sangat yakin dengan kemampuan kubu belakang mereka dengan kedua2 pihak mempunyai penjaga gawang pasukan kebangsaan, si apek (khairul fahmi) dan juga sharbinee aliwee yang kian meningkat naik di peringkat nasional dan antarabangsa..

Saya mengandaikan faktor utama yang akan memberikan kejayaan adalah pasukan mana yang berjaya mengawal bola di kawasan tengah padang...jika red warriors dibarisi oleh rangkaian pemain berpengalaman diketuai oleh kapten piya (badrul radzi) selaku playmaker dan dibantu oleh shakir shaari..mereka sangat yakin dengan kebolehan kedua2 sayap mereka yang cukup pantas, S Chanturu dan Awe (azuwan roya)..aksi mereka ibarat melihat nani dan adam johnson bermain di liga super..buktinya mereka berjaya mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan pemain 'influential' musim lalu dengan cukup baik (indra dan norfarhan)..skuad penyu pula mempertaruhkan kebijaksanaan pemain kebangsaan, ashaari samsuddin yang susuk permainannya tidak saling tumpah ibarat pemain antarabangsa jerman 'thomas mueller'...kelibatnya sangat dirasai sewaktu kekalahan dalam perlawanan piala liga awal minggu lalu akibat digantung perlawanan..kelincahan joseph kallang turut ditagih dengan dibantu oleh ismail faruqi, pakar bola mati (dead ball) skuad terengganu...namun mereka pastinya perlu mencari jawapan untuk mengekang corak permainan serangan balas yang cukup kemas dan pantas skuad kijang sepertimana yang ditunjukkan tempoh hari.


Maka pasukan mana yang berjaya mengawal bola dengan baik di bahagian tengah pastinya ada kelebihan untuk memenangi pertembungan dua gergasi pantai timur ini..



Namun tumpuan utama pastinya bakal menjurus kepada 'goal poacher' di posisi serangan..skuad kijang musim ini tampak sangat selesa meletakkan norshahrul idlan sebagai lone striker dan ini sekaligus memberi matyo (nama manja) peluang yang cukup besar untuk memanfaatkan skil menggeleceknya yang cukup kemas..beliau yang turut mendahului senarai penjaring liga super dengan 16 gol pastinya mahu mengembalikan kenangan manis di bukit jalil apabila membantu skuad kebangsaan memenangi piala suzuki AFF tahun lalu..namun skuad terengganu tidak perlu gusar kerana mereka boleh letakkan keyakinan kepada kembar penyerang mereka, abdul hadi yahya dan manaf mamat, meskipun mereka sering nampak gugup apabila menghadapi pasukan besar..kebolehan mereka tentunya tidak boleh disangkal lagi apabila rangkaian hadi (15 gol), manaf (10 gol) dan ashaari (11 gol) pastinya bisa mengucar-kacirkan kubu pertahanan lawan..


keputusannya akan kita saksikan malam ini..mampukah skuad penyu yang dijolok sebagai muda tapi berbakat kelolaan irfan bakti menjulang piala FA setelah kali terakhir melakukannya pada tahun 2000? Atau pun pengalaman yang ada di dalam skuad red warriors kelolaan M. Karathu bakal menjadi pemisah bagi membolehkan mereka menggondol kejuaraan piala FA bagi melengkapkan kejayaan berganda piala malaysia musim lalu?..kita nantikan..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Best Blogger Tips

Wednesday, 8 June 2011

Tiket?

Untuk masuk ke stadium, kita hanya perlu beli tiket RM30 ini sahaja, maka kita boleh menonton perlawanan bola sepak final pasukan kegemaran..

Dengan tiket kapal terbang, kita boleh terbang pergi melancong ke mana2 negara yang kita suka di seluruh pelusuk dunia..

Bertiketkan keputusan cemerlang SPM dan A-level mahupun IB, kita mampu untuk meneruskan pelajaran di universiti terkemuka di seluruh dunia bagi membolehkan kita mengejar cita-cita masing2..


Namun kesemua tiket-tiket ini belum cukup untuk menjamin kita kita di akhirat kelak untuk masuk ke syurga..
Hanya ada dua sahaja tiket yang boleh menjamin kemasukan kita ke syurga, iaitu Tiket TAAT ALLAH dan Tiket TAAT RASUL yang hanya boleh dibeli dengan amalan2 seharian kita..daripada sekecil2 menjaga solat lima waktu, menjadi anak yang soleh, berbuat kebaikan, sehinggalah ke sebesar2 mencegah kemungkaran, menegakkan syariat dan pemerintahan serta undang2 Islam..dan ketaatan untuk menegakkan kesemua ini perlu berlaku dengan serentak, dan bukannya berperingkat2..sebab Allah tidak pernah sekalipun sebut dalam Al-Quran, kena buat amar makruf dulu baru nahi munkar..



Tasbih kiffarah




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

pantai timur?

Best Blogger Tips

Monday, 6 June 2011

Bangkit!

walaupun gembira dapat menjejakkan kaki menonton aksi bola sepak di stadium nasharudin shah selepas hampir 7 tahun, kegembiraan tidak kekal lama akibat aksi kurang bermaya pasukan negeri yang mengakibatkan keputusan kalah 3 gol tidak berbalas..



Stadium yang 'fully-packed' malam tadi yang menjadi kenangan manis buat peminat cilik ini dalam mengenali dunia bola sepak tempatan,...dengan lebih 20000 penonton yang hadir sejak jam 5 petang, ianya masih tidak mampu meniupkan semangat pemain pasukan negeri untuk memberikan kemenangan yang dinanti2kan kepada peminat2 yang hadir memberikan sokongan padu..



Masa 5 hari menjelang perlawanan akhir piala FA sabtu ini, yang bakal sekali lagi menemukan musuh tradisi, si penyu dan si kijang, diharapkan mampu digunakan sepenuhnya oleh skuad penyu bagi menebus maruah malam tadi dan memperbaiki corak permainan yang kurang menjadi apatah lagi dalam mengekang taktik 'counter attack' pihak red warriors yang sungguh kemas dan tersusun..



Peteh tranung peteh, biar penyu peteh kijang sampai reboh tersungkur dokleh gomo lagi..!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...