Sunday 11 January 2009

salahkah prioritiku ini..

Salahkah jika aku utamakan hal-hal prioritiku melebihi perkara lain....?


apakah keutamaan itu salah jika aku prioritikan pelajaran aku melebihi keutamaan untuk membeli pakaian2 baru ataupun sibuk nak ambil tahu ke mana kamu2 semua nak pergi melancong untuk cuti musim bunga nanti..

adakah keutamaan aku mahu belajar sungguh2 itu salah, jika niatku adalah supaya kelak apabila aku sudah bekerja dan berkhidmat kepada org ramai, ak mampu untuk menjadi contoh yang terbaik...

adakah salah jika aku cuba perbaiki diri aku ini supaya kelak aku tidak menjadi fitnah kepada agama disebabkan prestasi burukku...


salahkah jika aku utamakan keluarga kandungku melebihi orang2 lain di sekitar aku....

salahkah jika aku cuba untuk berbakti kepada ibu bapa ku dahulu sebelum utamakan pasukan bola sepakku...

apakah salah jika melebihkan harapan ibu bapaku dahulu sebelum harapan kawan2 ku karana aku mahu menjadi anak yang paling soleh..

salahkah jika aku cuba untuk menjadi model contoh kepada adik2 ku melebihi daripada aku cuba untuk menjadi tukang masak pilihan di rumah sewaku ini..

apakah salah jika aku menjadi seorang yang jaga tepi kain pelikat terhadap kawan2 yang suka tertido smpi terlepas waktu solat...

salahkah jika aku menyibukkan diriku ini untuk cuba memberi sedikit bakti kepada masyarakat melebihi dari apa yang aku buat terhadap diriku sendiri...walaupun aku tahu yang diriku ini punya nilai yang tidak setanding dengan anak2 muda lain yang lebih berani dan sanggup berjuang kerana islam..walaupun aku tidak sehebat pejuang2 al-Qassam yang mana kriteria utama untuk dipilih adalah tidak pernah pun tinggal solat subuh berjemaah di masjid..


masyaallah, malulah kita jika dah masuk hari ke-16 nih jika ada yang
masih tidak ambil tahu tentang apa yang berlaku di gaza...
shame on us jika masuk hari ke-16 nih masih ada kawan2 kita yang masih minum air coca-cola tanpa sedikit rasa kesal pun..

kelak aku akan keluar dan menjadi orang2 dalam masyarakat sebenar dan adakah aku akan berjaya jika aku hanya utamakan hal aku dengan dunia ilusiku sendiri tanpa mengira hal orang lain...kelak aku akan menjadi ketua kepada keluarga, suami kepada anak orang, bapa kepada anak2, apakah aku mahu jadi anak, bapa atau suami yang biasa2 aje, malulah jika tahap aku hanya cikai2 sahaja...berikanlah peluang dan bimbinglah aku untuk menjadi lebih baik dari sekarang...

belajar adalah priority utamaku sekarang tapi dakwah bukanlah yang kedua.. malah keluarga dan sahabat adalah pendorongku..

Meminjam kata-kata seorang sahabat daripada dunia maya;

"Jadilah batu bata untuk membangun bangunan islam, atau paling kurang jadilah sebutir pasir.
Jangan justru menjadi penghalang atau penghancur kejayaan islam itu sendiri.
ingat yang menghancurkan islam itu adalah umat islam sendiri.
dunia ini hanya sementara kawan."


wallahualam

p/s :

- minta maaf kat mak ngan abah sebab dah lama tak online (2 hari), kesihatan tidak berapa mengizinkan sejak kebelakangan ini, mungkin pengaruh cuaca agaknya..namun usah dirisaukan anakmu ini...InsyaAllah doa dari kami berdua tidak putus2 mendoakan kesejahteraan keluarga di msia..
- juga minta maaf pada sahabat2 yang dah lama tak tanya kabar, or rasa diriny
a tidak dijadikan prioriti oleh insan yang lemah ini, sentiasa lah kita bersangka baik dan berlapang dada...kadang2 jika ada masalah, kita terlupa yang anak2 kecik kat gaza tuh lagi la berat masalah mereka...selamat berjuang pada yang ada exam dan yang ada coursework..

- selamat hari lahir ke 22 buat sahabat yang bernama idzehan ilyas...hak berdiri kiri sekali, yang tengah tuh name dia acap, ipoh mari...n samsul.. all da best sume exam.. Best Blogger Tips

1 comment:

  1. giler laa cha..tak sangka anda pandai berbahasa berbahasi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...