Monday, 5 January 2009

roti canai satu!

Salam

nak kongsi pengalaman sket time makan2 sarapan pagi minggu di umah arep sodri semalam..dlm duk sibuk mkn roti canai ngan kari sardin panas meletop tuh, jamu lak ngan air teh tarik manis fuliau...

yang menjamu selera daus, batu, aizuddin, tenuk n usop yang didatangkan khas dr eire (big boss PUISI nih, jgn memain)...

dlm pada duk bincang camne nak masak kari dlm masa yang singkat tuh kami dikhabarkan dgn berita tentera israel dah masuk ke gaza,...Ya Allah, kau turunkanlah bantuan tenteramu dan naikkanlah semangat jihad dalam diri semua umat Islam di muka bumi ini..Amin


dlm pade tuh lak kami tetibe kami duk bincang psl elemen2 tarbiyyah..n ape benda penting utk tarbiyyah sbenanye?...ade tiga elemen utama:
  • biah - kena ada suasana ataupun biah solehah..
  • murabbi - kena ada org yang boleh dijadikan murabbi atau naqib naqibah atau ustaz2 utk membimbing.
  • manhaj - perlu adanya strategi yang lead to action plan yang betul (method).
So, kena pastikan la sume elemen2 ini wujud dgn teratur barula tarbiyyah itu berlangsung dgn berterusan dan ada penangannya..

credit to muhsin

Saya tertarik apabila ada sesetengah org yang berpendapat bahawa Nabi tidak terima terus tawaran untuk menjadi Raja di Mekah sebab hendak tarbiyyah para sahabat dahulu. Tapi after sahabat sudah cukup tarbiyyah barulah berlaku hijrah dan boleh ditegakkan negara Islam.

Ok, kalaula kita kaji betul2 kan, pra-syarat untuk offer2 yang ditawarkan kpd rasulullah itu sebenarnya adalah untuk hentikan dan halang dakwah Rasullullah. So, kalaulah baginda Rasullulah terima offer tersebut dan dlm pada masa yang sama teruskan dakwahnya, ini beerti Rasullulah telah memungkiri janji yang dibuat dengan orang-orang kafir.
Jadi itulah sebab utama kenapa Rasulullah tak amik offer tersebut, dan bukannya kerana Nabi SAW tidak mahu memegang pimpinan.

So, soalnya di sini bukanlah sebab nak tarbiyyah dulu yang buatkan Rasullullah tolak tawaran utk pegang pimpinan tuh mentah2, TAPI sebab baginda adalah kerana adanya pra-syarat yang diletakkan oleh orang-orang kafir di situ. (boleh check balik apa pra syaratnya)

Persoalan seterusnya, satu claim yang tidak begitu tepat jika dikatakan tarbiyyah itu hanya berlaku di Mekah. Adakah selepas itu iaitu di Madinah tiadanya proses tarbiyyah? Kalau dilihat pada ayat-ayat Makkiyah, yang banyak memberi penekanan pada soal aqidah, selepas sudah kukuh aqidah barulah turunnya ayat-ayat hukum (ayat-ayat Madaniyyah).

Saya tak nafikan jika hendak ditegakkan Negara Islam memang sgt perlukan kepada tarbiyyah TAPI bukankah tarbiyyah itu perlu dibuat secara berterusan, dan tak bolehlah nak tunggu apabila sudah cukupnya tarbiyyah baru hendak melangkah kepada mendirikan Negara Islam. Bukankah tarbiyyah itu sendiri adalah menyeluruh?

Kalau nak diikutkan juga, pada zaman Rasulullah dahulu, setiap kali selepas ayat diturunkan, sahabat akan terus je laksanakan ilmu yang didapati itu dan terus diamalkan. Heh, kalau nak tunggu apabila sudah habis dapat ilmu baru nak diamalkan, itu dikira sebagai bertentangan dengan sirah Rasullulah...lagi2 kita nih yang x sehebat mana kan..

So, dari saya yang x seberapa nih, sama2 la kita renungkan n sentiasalah kita sama2 tingkatkan tarbiyyah diri kalu nak jadi pemimpin keluarga, masyarakat, mak orang, isteri kepada org, anak yang soleh, rakyat yang taat etc2..

ps - pertolongan allah xkan datang, jika kita jauh dgn DIA.

wallahualam Best Blogger Tips

6 comments:

  1. salam alaik..

    menarik penulisan akh berkenaan proses tarbiyyah itu sendiri.

    Pertama, ana tidak berhajat untuk menyentuh mengenai mengapa dan sebab-sebab Rasulullah tidak menerima tawaran untuk menjadi ketua negara oleh pihak Quraish.

    Kedua, point enta mengenai..

    Persoalan seterusnya, satu claim yang tidak begitu tepat jika dikatakan tarbiyyah itu hanya berlaku di Mekah. Adakah selepas itu iaitu di Madinah tiadanya proses tarbiyyah?

    Sama sekali salah statement di atas ini pada pandangan ana. Tarbiyyah adalah proses yang berlaku sepanjang maratib amal tersebut, kerana kesemua 7 step2 maratib amal adalah untuk kita menjalani proses tarbiyyah supaya kita akan semakin dekat kepada Allah swt.

    Ketiga, statement

    Saya tak nafikan jika hendak ditegakkan Negara Islam memang sgt perlukan kepada tarbiyyah TAPI bukankah tarbiyyah itu perlu dibuat secara berterusan, dan tak bolehlah nak tunggu apabila sudah cukupnya tarbiyyah baru hendak melangkah kepada mendirikan Negara Islam. Bukankah tarbiyyah itu sendiri adalah menyeluruh?

    Sekali lagi. Ana setuju. Kalau nak tunggu sampaii cukup tarbiyyah aka perfect, enta bila la kan..

    Namun begitu, kita perlu mengkaji sejarah dengan lebih sedikit, dan sekiranya kita berbuat begitu, kita akan nampak dan tahu sebab2 yang menyebabkan dakwah Nabi bergerak dari satu marhalah ke marhalah yang lain. Dari dakwah secara sulit, dakwah secara terang-terangan, kebenaran untuk berperang, keadaan apabila Allah menganugerahkan negara islam kepada baginda dan etc..

    Satu fakta yang tidak patut kita nafikan, yakni kepentingan kita memberi fokus kepada tarbiyyah pada peringkat pemulaan seseorang mula berjinak-jinak dengan islam adalah sangat penting!

    Mengapa?

    Kerana kita nak buat dakwah pun, yakni bekerja adalah kerana kita mahu mentarbiyyahkan diri kita, adalah untuk kita mendekatkan diri kepada Allah swt..

    Adakah seorang yang masih tidak menjaga pergaulannya sesama berlainan jantina, masih mempunyai kekasih yang diharamkan di dalam islam, masih menghabiskan masanya untuk tengok movie,tgk bola, pergi musical konsert dan main game, dan etc.. tidak perlu memberikan penumpuanmasa (usrah dan daurah)dalam bagaimana untuk menghindarkan semua2 ciri2 di atas dan sibuk memikirkan bagaimana untuk memimpin negara?

    Sudah tentu tidak! Tidak keberatan untuk saya katakan pada masa inilah usrah kita perlu mempunyai unsur2 tarbiyyah 90%! Namun begitu, sudah tentu kita tidak harus ke belakang dalam isu2 semasa tentang apa yang berlaku pada umat islam di sekitar kita, baik di malaysia ataupun negara-negara lain, kerana islam tidak sama sekali di sempadani oleh faktor geografi..

    Akhir sekali, statement saudara..

    Kalau nak diikutkan juga, pada zaman Rasulullah dahulu, setiap kali selepas ayat diturunkan, sahabat akan terus je laksanakan ilmu yang didapati itu dan terus diamalkan. Heh, kalau nak tunggu apabila sudah habis dapat ilmu baru nak diamalkan, itu dikira sebagai bertentangan dengan sirah Rasullulah...lagi2 kita nih yang x sehebat mana kan..

    Betul! Saya amat setuju! Tapi, kita juga tidak seharusnya memilih ilmu mana yang kita mahu ikuti dan mana yang kita boleh biarkan dahulu. Ianya perlu mengikut prioriti!

    Apakah yang akan dipersoalkan oleh Allah swt apabila kita bertemu denganNya nanti?

    Ana juga ingin meminta kebenaran enta untuk menggunakan persoalan-persoalan yang di timbulkan di dalam blig enta untuk ana publish satu artikel di dalam blog ana.

    Akhir kata, salam ukhuwwah!

    ReplyDelete
  2. duduk menjelajah alam cyber ni terjumpa blog ini(mantap orng2 di uk nih! chanotts & kalamkalbu =) ). Nice written article! subhanallah..

    kadang2 bile duk perati umat Islam harini dikelirukan oleh pelbagai istilah baik dalam hukum fiqh harian, fiqh dakwah, tauhid etc etc. Sebab itulah jika kita melihat pada perbahasan para ulama' mereka akan mencari dulu tafsiran dan mksd setiap istilah/term yang digunakan oleh ulama' yang lain sebelum berbahas sesuatu hukum. Cthnya seperti perbahasan bidaah. pelbagai penafsiran tetapi maksud hukum masih sama. (cube lihat buku tulisan kapten hafiz tajuk bidaah hasanah..senang cari sebab ada soft copy)

    sama halnya dalam fiqh dakwah. Kdg2 risau melihat generasi rijal harini berbincang dalam ruang maya tanpa bersua muka. Entah2 ada persamaan idea/pendapat tapi guna term berbeza atau pengolahan berbeza. Allahu'alam.

    papepun raikan khilaf dan fokuskan lebih masa kepada pentarbiyyan dzatiyyah(pendidikan kendiri) serta giatkan usaha dakwah. Baik mengajak non-muslim kepada Islam baik islahkan mereka yang sudah muslim.

    Melihat kembali kepada asas dan basic berdakwah ar rasul kita nabi saw, baginda mengajak manusia kepada penyembahan tuhan yang satu dan menghapuskan segala yang lain. KIta berdakwah untuk mengembalikan semula manusia kepada jalanNya. Nak perbaiki akhlak. Nak orng rasa diri ini benar2 hamba Allah. Persoalan negara Islam dan sterusnya itu adalah huraian seterusnya kepada dakwah. Kemana hala tuju kita? Sampai kemana kita nak bawa dakwah ini? etc etc..(yang sy nak tekankan adalah dakwah dlm erti kata bawa manusia kepada sistem Islam yang sebenar..perhatikan firman Allah wa man ahsanu kaulam mimman da'a ilallah wa'amilas solihat..fussilat:33 - 44:33.

    Allahualam.

    'berdirilah atas apa yang membawa kepada amal!'

    Salam rindu dan ukhuwwah orng msia kepada orng UK! =) moga kepulanagn kamu semua mengimarahkan lagi dakwah di Malaysia!

    ReplyDelete
  3. salam..
    satu jer nak igtkan mereka yg berhaluan "kiri" ni..
    zaman Nabi, ISLAM baru diturunkan kpd masyarakat JAHILIYYAH dan perlunya marhalah2 yg dipraktikkan oleh Nabi..
    namun, zaman skrg ini, kalau kita nak imitate 100% seolah2 msykt Msia hari ini SEMUANYA jahiliyah, sy rasa, x adil lah disitu..

    ISLAM sudah lengkap..
    perjuangkanlah keseluruhan aspek ISLAM itu..
    kalau boleh ambil cth da'wah Nabi, kenapa xleh ambil contoh perjuangan sahabat? terutamanya saidina Abu Bakar R.A. yg terus dilantik menjadi khalifah kpd sebuah kerajaan Islam sebaik sahaja Rasulullah wafat..

    kenapa Abu Bakar tak tunggu nak tarbiyah ummat Islam masa tu? sedangkan ramai jer golongan2 muslim yg murtad? adakah ini bermakna Abu Bakar tak ikut marhalah da'wah yg diajarkan oleh Nabi??

    kenapa penting sgt daulah islamiyah ini seiring dgn pembentukan fardhul muslim terutamanya di negara kita Malaysia pd hari ini??

    pandai2 laa pk ek..

    malu laa kat adik2.. konsep paling basic dlm ISLAM = SYUMULIYYAH!!
    kalau xhabis lg, boleh lah nak masuk usrah PAS.. sbb PAS memperjuangkan keseluruhan aspek ISLAM itu..

    ReplyDelete
  4. salam kasih..

    nak negara islam yang mcm mane?

    ReplyDelete
  5. hi_j87 and melintangpatah nak negara Islam yang bagaimana?

    Agak2 lama lagi ke kita nak dapat negara Islam ni?

    "namun, zaman skrg ini, kalau kita nak imitate 100% seolah2 msykt Msia hari ini SEMUANYA jahiliyah, sy rasa, x adil lah disitu.." tertarik dengan ayat ni..Cuba buat comparison zaman nabi dan zaman kita sekarang. Apa yang sama dan tidak sama dari segi kejahiliyahan?

    Kamu semua very critical. Selami sirah dan perhatikan. Perhatikan lebih pada suasana arab sebelum kedatangan nabi. dari situ boleh nmpk betapa cantik susunan dakwah nabi. Dan kita boleh kaji kenapa perlu/ x perlu guna method marhalah sama seperti nabi.

    Allahualam.

    ReplyDelete
  6. slm..jzkk buat semua atas komen yang diberikan..terutama buat roslan dan hilfi..sama2 kita raikan perbedaan ini dengan baik dan berhikmah..insyaallah sy akan cuba entertain selepas exam..

    saudara merayap, slm rindu dan ukhuwwah..siapa sebenarnya enta nih?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...