Tahajjud Cinta
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Ku rebah didada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
” Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajjud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. “
(Surah Al-Isra’ : Ayat 79)
Apa pandangan Encik Muhammad Faisal sekiranya yg melagukan nasyid itu adalah wanita ye ? Bukankah suara wanita yang merdu serta mengasyikkan itu adalah aurat ?
ReplyDeletehasrat sy meletakkan lirik lagu ialah untuk diambil pengajarannya..tanpa mengaitkan dengan mana2 penyanyi..heh..
ReplyDeletesy pasti ianya boleh dibawa dalam bentuk sajak mahupun gurindam..dan sy tidak nafikan suara wanita yang merdu serta mengasyikkan itu adalah aurat..
saya setuju dengan saudara Muhammad Faisal..
ReplyDeleteSaudara muhammad faisal tidak menjawab soalan. Bahkan perenggan pertama beliau langsung tdk kene-mengena dgn soalan yg ditujukan.Saya tanya 'APA PANDANGAN' dan bukan 'APA HASRAT'
ReplyDeleteps- saudara hamedullah tdk seharusnya masuk campur dlm urusan org-org tua.
Faisal - spot on!
ReplyDeleteJangan lup[a bersihkan cell culture anda selepas menjalankan eksperimen.
Jangan lupa bersihkan debu2 di baju apabila berjalan di muka bumi
Jangan lupa bersihkan hati dengan solat 2 rakaat
Jangan jadi macam saya