Sunday 4 January 2009

Perjalanan INI...

Firman Allah SWT:

'.....dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang-orang yang bertaqwa'
[At-Taubah:36]

'...Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk (tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur dengan orang yang berJIHAD di jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk. Kepada masing-masing , Allah menjanjikan yang baik dan Allah melebihkan orang-orang yang berJIHAD atas orang duduk dengan pahala yang besar. (yakni) beberapa darjat daripada-Nya, serta ampunan dan rahmat. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang
'

[An-Nisa': 95-96]


Israel has sent ground forces into the Gaza Strip after a week of air strikes to try to halt rocket attacks by Palestinian militants- BBC News 4 Jan 2009

Rasanya xyahla nak elaborate further sbb tujuan posting nih hanya nak berkongsi bahawa debaran kemasukan Rejim Zionis melalui darat ke Gaza kini telah berlaku!

Semangat posting ini lebih kepada nak cetuskan keMAHUan sahabat2 semua untuk 'mencari' berita terkini keadaan di Gaza. Byk sumber y boleh dirujuk.

Adakah kita terKESAN dengan apa yang berlaku kat sana? Atau hanya menganggap ianya berita yang nak penuhkan column 'International' dalam akhbar semasa?

AYUH, bangunlah kita sama2 bermujahadah dan memohon kepada Allah SWT, agar kekuatan yang pernah diberikan dalam berhadapan tentera Ahzab diberikan kepada ummat Islam hari ini yang semakin hebat dilanyak oleh Rejim Zionis.

Moga2 nya nanti bila Allah bertanya, apakah yang kamu lakukan di saat sahabat2mu ditindas di Gaza?.... kita sudah ada jawapan yang kukuh untuk dibentangkan kepadaNya.

Ayuh, jom kita peruntukkan masa untuk doa dan turut sama berjihad bersama mereka. Tingkatkan pengetahuan tentang apa yang berlaku di sana agar kita lebih menjiwai doa, tangisan dan rayuan kita dalam memohon kekuatan dr Allah. Bukan sekadar skrip doa yang tidak dihayati.

Apa yang berlaku di Gaza adalah reflection kpd apa yang telah kita lakukan sebagai penggerak agama Allah.

Perjalanan kita masih jauh.....Kemenangan kita dimana?

Abaikan Egypt, Jordan, Lubnan dan Liga2 Arab etc yang entah dimana. Fokuskan pada KITA.

Carilah saluran2 untuk kita menyumbang.. .kongsikan bersama channel2 yang anda yakini.

Bacalah
Bacalah
Bacalah
Bacalah

senarai ini xkan tamat melainkan adanya usaha di pihak KITA

wallahualam
sumber: perkongsian drp seorg sahabat

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...