Islam ini adalah satu sistem yang menyeluruh dan merangkumi segala aspek kehidupan manusia.
Jika boleh diringkaskan, ianya adalah:
- negara dan bangsa
- pemerintah dan umat
- akhlak dan kekuatan
- rahmat dan keadilan
- kebudayaan dan undang2
- ilmu dan kehakiman
- material dan harta benda
- usaha dan kejayaan
- jihad dan dakwah
Hari ini Islam diletakkan di mana2. Dan lebih menyedihkan jika ianya HANYA berada di posisi penasihat agama apatah lagi jika negara yang majoritinya beragama Islam.
Cuba kita bayangkan jika sekiranya Nabi baginda SAW hanya menjadi penasihat dalam bidang agama semata2.. Bayangkan jika baginda tidak berhadapan dengan golongan al-Mala' (pemerintah) ketika itu untuk menyampaikan dakwah, bayangkan jika Nabi tidak menjadi pengurus masyarakat, bayangkan jika baginda tidak menjadi pemerintah atau ketua hakim ketika itu, bayangkan jika Nabi tidak membangkang tindakan ketua kabilah arab quraisy sewaktu itu yang bertentangan dengan ajaran Islam..
Bayangkan jika semua ini tidak berlaku? Adakah kita masih merasai Islam hari ini? Sebelum kita mempersoalkan kelebihan Islam PILIHAN berbanding Islam WARISAN?
No comments:
Post a Comment