Saturday, 31 December 2011

Model atau substance?




Parti Islam yang bersifat gerakan Massa tidak perlu ambil pusing sangat komentar sesetengah pihak yang mempertikaikan identiti, krisis, dan strategi politik semasa mereka..
jika benar sesetengah pihak yang mahukan kebaikan dan membetulkan mana yang dilihat silap dalam parti Islam, mereka perlu tampil dengan lebih serius dan fikirkan langkah dan bekerja ke arah tersebut bersama-sama.


jika tidak, tindakan kurang cermat sebegitu ibaratnya hanyalah sekadar lalu di luar rumah, timbulkan cakap2 di luar rumah sehinggakan menimbulkan persepsi yang tidak tepat, tanpa mengetuk pintu dan bertanyakan dahulu orang di dalam rumah. ini ralat.


Biarlah dikatakan tidak meniru sebiji-sebiji MODEL atau manhaj ikhwan atau FDP atau AKP sekalipun, selagi mana ianya masih berlandaskan Quran dan Sunnah serta masih dipayungi oleh Majlis Syura yang bukan calang-calang orangnya, yang lebih penting ialah SUBSTANCE dan MAQASIDnya masih tetap sama..


Dan siapa sangka malam tahun baru di beberapa tempat seluruh selangor bergema dengan sorakan Takbir anak muda memuji kebesaran tuhan. dan apa yang lebih penting ialah, siapa yang 'Walk the Talk'..


TAKBIR!



Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...