Thursday 8 December 2011

Mantiq?





1. Menarik sebenarnya melihat perkembangan terbaru yang melanda anak muda di tanah air..
Fenomena Ustaz Azhar Idrus meskipun tidak semua yang mengikuti ceramah beliau tetapi kena akui bahawa pendekatan beliau sungguh digemari oleh ramai anak muda terutamanya di bahagian luar bandar..


Apa yang boleh dilihat ialah Ustaz Azhar Idrus itu jika ditanya orang muda semuanya BOLEH. Semuanya HARUS.


Apabila pemuda tanya 'Boleh tak saya nak naik motorsikal gendong awek".
Ustaz Azhar Idrus akan jawab "Boleh".

Kita pastinya terkejut sebab mantiq tak sampai. "Tapi ada syaratnya. Syaratnya kena letak bapa awek kat tengah".
Itu MANTIQ Ustaz Azhar Idrus.


Persoalannya kebanyakan daripada kita yang bergelar daie tidak pernah belajar daripada mantiq sebegini. Yang kita tahu semuanya tidak boleh melainkan yang boleh..kita masih gagal untuk kuasai mantiq dalam mengetengahkan dakwah..kita masih selektif, kita bersikap EKSLUSIF bila menyampaikan dakwah..kita berkira..


2. Jika dilihat pada skala yang lebih besar ialah satu petanda perubahan bahawa parti Islam PAS sudah mula menjangkaui sempadan budaya dan masyarakat sebagaimana mantiq yang digunapakai oleh Ust Azhar Idrus. Mereka sudah tidak menjadi gerakan ekslusif seperti tahun 80-90an dahulu. Tanggungjawab mereka kini sudah menjadi gerakan massa dan berjuang bersama rakyat.


Namun ada kebimbangan untuk PAS menjadi gerakan ekslusif semula jika berterusan memainkan isu-isu yang diperjuangkan secara tertumpu.

Mereka mesti explore peluang-peluang dakwah yang BARU dan bukannya terperangkap dalam permainan politik Umno. Samada orang itu bernama gay, pelacur, DAP, MCA, UMNO pelakon, peminat rock atau sesiapa sahaja, kena approach semuanya secara berhikmah. TGNA dan sahabatnya di Kelantan telah berjaya memecahkan tembok pemisah antara UMNO dan PAS sehingga PAS menang pada tahun 1990 malah masih bertahan sehingga kini.


Kita sentiasa sebut bahawa yang kita mahukan adalah ulama' yang boleh memberikan jalan keluar kepada masalah ummah, keluasan ilmu fiqh dan bukannya sekadar tahu beritahu hukum. Maka tembok PAS selaku parti jemaah Islam dengan gay, pelacur, penagih dadah, mat rempit, pelakon, ect ini mestilah dipecahkan. Dengan itu, harapan untuk melihat ulama akan terus memimpin ummah mungkin bisa tercapai.


Bagaimana? Kita boleh usahakan, dengan perancangan dan ketetapan Allah. Namun kuncinya, sunatullah mestilah seiring dengan syariatullah..


Sent from my BlackBerry® wireless device


Best Blogger Tips

1 comment:

  1. apa maksud sunnatullah mestilah seiring dengan syariatullah? minta maaf...saya kurang tahu >_<

    jazakallahkheir atas penjelasan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...