2. Sebagai seorang yang beragama Islam kita wajib percaya dan menyakini bukan pemimpin UMNO yang memberi kita rezeki tetapi Allah. Maka barulah di situ kita dapat membuat pertimbangan yang lebih tepat apabila berurusan dengan warga manusia. Sebagai contoh mudah kita suka/benci kelakuan seseorang itu bergantung kepada sejauh mana orang itu menurut perintah dan syariat yang ditetapkan Allah di dalam quran dan sunnah ajaran nabi.
3. Kalau pun seseorang itu telah berkhidmat dengan baik di mana2 sekalipun organisasi selama berpuluh2 tahun tapi dalam masa yang sama mencuri wang organisasi berkenaan, maka haruskah kita atau organisasi berkenaan terus mempertahankan beliau, atau atas alasan bahawa beliau juga ada berJASA?
5. Malahan ada yang orang hartanya mungkin mencapai RM100juta, tetapi pada masa yang sama hutangnya juga mencecah RM100juta, malah mungkin lebih lagi kerana mahu bermegah2 dengan kemewahan. Percutian ke eropah sentiasa memenuhi kalendar tahunan, belum termasuk dengan barangan aksesori dan pakaian yang mewah bertukar ganti. Kerja hanya setakat status pegawai kerajaan atau PTD menimbulkan tanda tanya tentang bisnes sambilan yang diusahakan beliau. Malahan hakikatnya di fikirannya mungkin sentiasa tidak tenteram memandangkan status kewangannya yang sentiasa tidak kukuh walaupun pada kaca mata masyarakat umum beliau akan kelihatan hebat dan megah.
6. Adapun dalam masa yang sama, ada orang hartanya mungkin cuma RM20juta, namun hutangnya juga kecil jumlahnya cuma RM1juta, dan beliau cuma memandu kereta toyota camry baru walaupun beliau mampu untuk memiliki BMW 5siri yang terbaru. Dan apa yang lebih penting ialah beliau mendapatkan rezeki tersebut tanpa amalan2 yang diragui status halalnya.
7. Jikalau anda seorang pemimpin apatah lagi yang dilantik secara rasmi untuk mewakili rakyat, dalam anda menikmati kemewahan dan kehidupan yang bermegah-megah belum tentu anda boleh menyaingi kekayaan ilmu dan kebendaan kurniaan Allah.
Hakikatnya, masyarakat melayu sudah terlalu sinonim untuk cepat kaya dan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Malahan jika boleh, harta rakyat pun sanggup dirampok demi kepentingan peribadi atau keluarga sendiri. Dan ironinya, seakan-akan perkataan rasuah sudah mengakar dalam minda kepala melayu hingga hilang rasa jelik kepada sikap dan kegiatan keji ini..
Tidakkah kita dpt belajar betapa kayanya masyarakat Cina walaupun bukan semua mereka kroni kerajaan UMNOBN.
Rakyat diutamakan? "Ptuih!", sergah si panglima perang ludah..
No comments:
Post a Comment