Sunday, 20 May 2012

Ralat 9.0





Demonstrasi tidak dibuat secara main-main. Nenek moyang kita berdemonstrasi menentang penjajah yang merosakkan akidah dan kedaulatan bangsa. Namun dizaman itu ramai juga yang mencemuh mereka, yang mencemuh ini adalah pihak yang berkepentingan dan sentiasa pro kesenangan dunia, pangkat dan harta. 


Bila dilaung 'Merdeka!!Merdeka!!" , mereka dipandang sinis dan dikeji merata pelusuk, tidak bersyukur kepada British katanya.

Sejarah itu berulang..

Atas dasar cinta akidah dan patriotisme, ramai bangkit berdemonstrasi menuntut perubahan.

Ramai bertanya, demonstrasi ini apa faedahnya?
Jika anda masuk pertandingan debat dan berada di pihak pro demonstrasi, pasti akan ada 1001 alasan membenarkannya. Dan jika berada di pihak anti-demonstrasi pasti ada juga alasan melarangnya.
Jadi adakah perlu untuk dijawab soalan sebegini? Jika yang bertanya kanak-kanak darjah 3, boleh sahaja dijawab. Tetapi jika yang bertanya itu sudah ada anak 3, pandai-pandailah meng'google'nya.

Kelihatan tiada perubahan drastik diambil pihak penguasa setelah berlangsung BERSIH 3.0.
Perhimpunan aman ini dilayan dengan fitnah dan provokasi yang sistematik dan teratur.
Perlu diingat, yang turun ke BERSIH 3.0 ini 4-6 kali ganda jumlah yang hadir ketika BERSIH 2.0.
Majoritinya anak-anak muda berlatar pelbagai agama dan kaum.

Jika yang berkuasa mahu kekal berkuasa menjawat pimpinan Badan Eksekutif negara, bertindaklah secara bijak.
Jangan jadi bodoh dengan melayan anak muda bagai orang bodoh!



Shahnom Ismail Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...