2. Kenyataan yang biasa digunakan untuk mengekang anak muda atau mahasiswa bersuara dengan mengingatkan JASA atau BIASISWA yang diberikan oleh kerajaan ketika belajar. Maka untuk tidak sependapat atau sealiran dengan pemberi jasa adalah a No-no..
3. Persoalannya, siapa yang patut mahasiswa ini patuh? Adakah pemberi biasiswa? atau tuan punya duit biasiswa?
4. Kenapa sebenarnya kita dapat biasiswa? Adakah sebab kerajaan yang pilih kita, ataupun kerana kita layak berdasarkan merit untuk dapat biasiswa tersebut? Dan jika kita benar dipilih berdasarkan merit dan mencapai kriteria yang kerajaan tetapkan maka, haruskah kita terhutang budi dengan kerajaan?
5. Dari manakah sumber biasiswa sebenar, kerajaan atau rakyat?
Jikalau jawapannya rakyat, maka tindakan kita mestilah serasi dengan keperluan rakyat jelata dan aspirasi umum.
6. Persoalan seterusnya, apa sebenarnya keperluan rakyat jelata?
To make it simple, masyarakat kita Malaysia sangat memerlukan generasi akan datang yang lebih bijak terutamanya dalam aspek pentadbiran dan pengurusan negara. Maka, orang yang dapat duit daripada rakyat ni, kenalah dan jatuh kewajipan kepada mereka untuk menjadi generasi yang bijak, generasi yang hebat. Malahan perlu peka dengan persepsi dan suasana, bukannya bila nampak bendera diturunkan, kita jadi bijak dan hebat kondem dan hentam sana sini, tapi pabila kes rasuah lembu, kepala lembu diusung, kek tahi dibawa ke pejabat etc2 kita terlupa perkataan adab dan sistem nilai seolah2 tidak pernah ada dalam kamus.
7. Adapun melihat daripada perspektif yang lain, jikalau kita asyik repeat paper disebabkan malas belajar ataupun selalu lambat hantar assignment ataupun buat kerja cukup2 makan sahaja tapi dalam masa yang sama boleh sibuk bercuti ke eropah dan membeli belah barangan mahal, apa layakkah kita memegang atau mendapat amanah daripada rakyat ni?
Education is now still a privilege, a luxury, and we are currently enjoying it at the expense of others.
No comments:
Post a Comment