Wednesday, 30 November 2011

Solusi?

Saban hari dunia kita tidak pernah lekang dengan masalah, yang sentiasa penuh dengan pancaroba dan dugaan..manusia semakin hilang kawalan dan tempat untuk bergantung harap..
Kadang-kadang kita boleh hairan dan pelik bagaimana yang lulusan phD dan jutawan pun masih boleh terikut dengan kumpulan ajaran sesat? Apa yang mereka TAHU atau ilmu yang ada tidak mampu membendung MAHU yang ada dalam hati mereka jika pergantungan harap bukannya mereka dapati dan jumpa di masjid atau melalui ustaz, tetapi apabila mereka ikuti ajaran sesat tersebut.


Adapun begitu, orang2 Agama hari ini yang KADANGKALA problematic juga apabila rujukan mereka sempit dan tidak berani untuk menyatakan pendirian apatah lagi di dalam sesuatu perkara yang akan menimbulkan kontroversi. Dan ini menyebabkan banyak konflik dan cabaran yang timbul, dari isu keluarga, isu masyarakat, isu kepimpinan sehinggalah ke isu ibadah..lagi2 lah jika ianya berkait langsung dengan policymakers serta involvement of various stakeholders.


Sebagai contoh mudah, dalam isu apabila Kementerian Kesihatan mencadangkan agar contraceptives are made accessible for all dan sekaligus bisa mengurangkan pembuangan bayi, pastinya ramai di kalangan agamawan akan beri respons yang berbeza malah majoriti pasti akan membantah idea ini dengan alasan yang ianya akan lebih menggalakkan zina..tapi dalam pada itu tidak pula memberikan alternative yang berpijak di bumi yang nyata, sedangkan realitinya ialah makin hari makin ramai yang berzina dan makin banyak bayi yang telah dibuang..

Dan lebih menarik, SCAPEGOAT yang selalu para agamawan akan sebut dengan mudah ialah 'Kembalilah kepada Islam, Betulkan aqidah, nescaya semuanya akan selesai'.
Bukanlah untuk menafikan bahawa menanam aqidah dan iman itu adalah satu asas prioriti bagi setiap mukmin, akan tetapi dalam keadaan masa kini apatah lagi yang berada di sekeliling adalah kebanyakannya golongan professional dan akademik, kita jarang-jarang memberikan solusi kepada masalah. Maka adanya keperluan di situ untuk menggunakan laras bahasa yang lebih fresh dan realistik, dan bukannya masih berbunyi retorik. Mungkin ini adalah SALAH SATU cara supaya masyarakat akan dengar apa yang disampaikan dan lebih berbunyi relevan kepada masyarakat umumnya.


Dalam pada masa yang sama pula, adapun bagi mereka yang terlibat di dalam dunia sains atau perubatan yang kita sedia maklum sentiasa berubah dengan kadar yang sangat cepat, amatlah memerlukan ijtihad-ijtihad baru dibuat tanpa mengabaikan maqasid am. Maka ada keperluan dan amanah yang sangat besar terutamanya bakal doktor untuk punyai ilmu serta wisdom kebijakan dalam fiqh perubatan yang berkaitan supaya apabila membuat keputusan yang memerlukan ijtihad, kita mendapat dua pahala sekiranya betul dan satu pahala sekiranya silap. Malahan dalam hal ini juga consensus beberapa orang ahli yang faqih dalam bidang berkaitan serta dipercayai beriman sangatlah ditagih dan penting untuk dijadikan rujukan. Inilah yang dinamakan ijma' dalam istilah fiqh.


Abdullah ibn al Mubarak ada menyebut: "Seseorang dikatakan alim selama mana dia mencari ilmu, tetapi sekiranya dia merasakan dia sudah alim, itulah tanda-tanda kejahilan".


Bukankah Islam itu sifatnya praktikal? Maka berikan SOLUSI dan bukannya kondem' sana sini.

Cuma persoalannya, sejauh mana para scholars, agamawan menjadi lebih berani untuk membuat kajian dan keluarkan fatwa yang evidence-based dan sejauh mana pula kita keep-up-to-date ilmu di dada bagi berdepan dengan isu-isu sekeliling yang sifatnya sentiasa berubah?



Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...