Kerajaan nih nak lepaskan tangan camtuh je ke..? camne ngan tanggungjawab sosial dan industri kesihatan negara lak?
Kita mmg sudah sedia maklum ngan isu nih, isu penswastaan institusi kesihatan awam, namun cadangan yang dikemukakan Sime Darby Berhad baru2 nih btol2 mengejutkan rakyat sbb ianya disambut dgn nada yang ala2 rilek je oleh TPM, Najib Razak yang dengan mudahnya setuju je dgn takeover tuh.
CEO SIME DARBY dah ckp yang diorg akan ambil alih 51% kepentingan Kerajaan dalam IJN.
Ini bermakna Sime Darby Berhad bakal menjadi pemilik majoriti bagi saham IJN di mana kepentingan Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan akan berkurangan kepada 49 peratus sahaja. Dalam kata lain, IJN akan bertukar tangan dan fungsi, dari Institusi milik kerajaan kepada institusi swasta.
Apa yang bakal menjadi persoalan ialah:
· kos bayaran perkhidmatan selepas nih
· obligasi rakyat yang menjadi pelanggan dan pemilik bersama IJN akan terancam
· Samada pengurusannya akan dirombak atau tidak. Since diorg dah dpt 51%, diorg la yang berkuasa utk menentukan hala tuju IJN pada masa akan dtg...
Kita semua sedia maklum yang Sime Darby Berhad adalah syarikat milik kerajaan (GLC), namun apa yang saya nampak ialah fungsinya tidak sama dengan organisasi Kerajaan lainnya kerana ia adalah organisasi yang membuat keuntungan.
Dan pada amatan saya lah, skang ni, melalui Kumpulan Sime, diorg dah ada Pusat Perubatan Pakar Subang Jaya (SJMC), dimana semua orang tahu bahawa kadar bayaran perkhidmatannya begitu tinggi. (super tinggi dan mahal dowh)
For sure la, dlm nak buat kebajikan tuh diorg kompem xkan lepaskan peluang untuk buat keuntungan tambah2 lagi bila dah ambil alih IJN tuh.
Mereka mungkin ada buat jaminan yang diorg akan kekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin dan yang x mampu, tapi persoalannya skang nih ialah adakah diorg nih benar-benar akan allocate btol2 among pesakit yang mampu bayar ngan yang x mampu.
Ntah2, service IJN hanya utk org yang kaya2, n at da same time maybe diorg akan buat kuota utk patient yang kurang berkemampuan dan miskin, dan perhaps lg berkurang dr sekarang.
Dan dgn jelas perkara nih akan membebankan rakyat la, sbb bukan senang nak cari khidmat perubatan jantung alternatif yang lebih murah. Tambah2 lagi kat negara malaysia nih hanya ada satu je tempat utk perubatan jantung dan temoat tuh skang bakal diswastakan…
Clearly, saya merasakan yang Sime Darby Berhad nih ada agenda yang tersendiri dalam mengaut profit yang tinggi berdasarkan reputasi dan jenama IJN tuh sendri.
So, niat diorg kat sini akan dipersoalkan, adakah mereka menggunakan jalan pintas untuk mencapai matlamat utama dlm menguasai perniagaan perubatan dengan memiliki IJN.
Kalo la betul2 ikhlas nak bg khidmat sosial, bukannya diorg x mampu nak wujudkan sebuah hospital baru kan... negara kita nih masih lagi kurang ngan fasiliti dan tenaga pakar dalam bidang perubatan jantung serta sektor kesihatan yang lain.
Sebab kalo nak dipikirkan la, utk khidmat sosial nih, xpayahla kuasa penjenamaan yang besar untuk bergerak maju ke depan.
Kerajaan pun kenala beri kelulusan ruang tanah dan bgla sket bantuan utk fasiliti pembangunan…diorg nih kerajaan yang dipilih rakyat, kenala sokong usaha2 camni kan….dan yang paling penting tuh kurangkan la birokrasi yang teruk tuh dlm admin kamu...
So, in da end, xdela kite sempitkan servis perkhidmatan perubatan jantung tuh pada IJN je, tapi sebaliknya kita akan bagi option yang banyak dan fasiliti yang sedia ada tanpa menganggu IJN tuh sendri. Dahla bape rmi yang beratur panjang menunggu giliran nak dptkan servis IJN tuh kan…
Mungkin pasni, manela tau kan, benda camni akan mendorong penyertaan syarikat swasta yang lain2 utk buka pusat perubatan baru dan xdela nak bergantung harap pada institusi dan aset yang telah sedia ada yang dimiliki oleh kerajaan dan sah2 mmg milik rakyat umumnya.
so korang pkiaq la sendri.
read TUN DR M's comments here.
wallahualam.
its over...our government hv decided to cancel the take over from sime darby..huhuhu
ReplyDelete