Wednesday 30 November 2011

Bonsai lagi?

Sketsa maharaja lawak paling mega sudah berubah format semalam bila disiarkan secara langsung di TV3 dan RTM.


Jika anda mengundi BarisanNasional (UMNO+MCA+MIC+....) ketika pilihanraya bermakna kita semua telah bersatu. Namun sebaliknya jika anda memilih PakatanRakyat (PAS+PKR+DAP) maka anda akan dicop sebagai mahu meruntuhkan kesatuan ummah dan menghilangkan kuasa status quo orang melayu.


Inilah diantara hujah2 yg selalu kita dengar yang diprogandakan oleh media arus perdana. Proses membonsaikan pemikiran orang2 Melayu melalui idea2 seperti ini nampaknya akan terus dan masih berjalan.


Apa bukankah yang selalu berlaku dan akan terus berlaku ialah di mana-mana kawasan yang ditandingi UMNO, PR akan pertaruhkan PAS sebagai calon bertanding? Jadi jika UMNO kalah di situ bermakna PAS yang menang atau sebaliknya, maka kuasa tetap jatuh di tangan Melayu atau Muslim....ops, anyway hanya di Malaysia sahaja yang Melayu=Muslim. Walhal dalam syurga tiada disebut langsung tempat khas untuk orang Melayu.


Salam 1Malaysia!



Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...