Sunday, 20 November 2011

Ujian tribulasi


Dalam kehidupan ini, ujian atau tribulasi itu didatangkan kepada kita dalam pelbagai bentuk. Hikmah Allah turunkan ujian antaranya:-

1. Sebagai salah satu bentuk pembersihan, atau saringan untuk mencari mana yang betul-betul meletakkan pergantungan semata-mata kepada Allah.

2. Sebagai satu tarbiyah kepada seorang muslim untuk mengejar status mukmin.

3. Sebagai mekanisme untuk menambah bekal bagi menaikkan darjat hamba di sisi Allah.

Jika dilihat daripada sirah, dalam membawa risalah agama Allah, Nabi kerap kali dituduh oleh Arab Badwi sebagai seorang ahli sihir hasil fitnah oleh Quraisy mekah. Baginda dicabar untuk membelah bulan sebelum mereka boleh beriman dengan agama yang dibawa nabi, dan hasil mukjizat baginda dan kuasa Allah, bulan itu terbelah..namun dengan angkuh mereka membalas, 'jika sebelum ini kami hanya dengar dari mulut2 orang tapi kini nyatalah terbukti bahawa Muhammad ini adalah ahli sihir'..lantas menimbulkan persoalan apa sebenarnya yang dituntut oleh quraisy mekah ini.


Gerakan Islam hari ini dicabar secara terbuka untuk melaksanakan hudud, Islam semakin dilihat sebagai sudah tidak rasional, kehidupan beragama semakin jauh ditinggalkan, ulama-ulama dituduh sebagai sangat jumud dan dihentam bertubi-tubi kerana tidak berfikiran terbuka. Nasihat para ulama dan agamawan kerap kali disisihkan, para pewaris nabi ini dicabar seolah-olah hanya untuk diperbodohkan dan dipermainkan.

Pelbagai mehnah dan tribulasi dihadapi sepanjang perjuangan dalam usaha menyambung risalah nabi, dan jika semua mereka ini yang terlibat dalam perjuangan ini tidak kuat, sudah pasti akan tersungkur awal atau pasti sudah lama berhambakan wang dan kemewahan..mereka yang melarutkan diri dalam perjuangan Islam ini telah dan akan mengalami proses tapisan, diuji dan ditarbiyah oleh Allah.

namun apa yang membezakan kita dan mereka ialah mereka JELAS dengan peranan dan tujuan hidup menjadikan segala mehnah ujian dihadapi dengan MINDA ORANG BERTAKWA.


Kita semua secara sunatullah pasti takkan dapat lari daripada masalah, ujian dan tribulasi.
Namun persoalan utama ialah bagaimana kita sendiri menghadapi ujian mehnah dan tribulasi dengan minda orang bertakwa, meletakkan mindset yang positive terhadap Allah. Atau lebih teruk kita hanya rujuk Allah bila ada masalah dan dilanda ujian?


Sent from my BlackBerry® wireless device


Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...