1) Berita akhbar UK pada 8 Sept lalu melaporan yang homoseksual dan biseksual boleh menderma darah. Sebelum mereka dilarang daripada menderma darah kerana kebarangkalian yang tinggi untuk darah mereka mengandungi virus HIV..sebab?? EBV (evidence-based medicine)...
Gay men blood donor donor ban to be lifted
2) Kemudian di Amerika Syarikat pula pada 20 September lalu, undang-undang yang menghalang anggota tentera yang gay menyatakan ke'gay'an mereka telah dimansuhkan. Undang-undang 'Don't ask, don't tell' yang sudah ada sejak sekian lama sejak zaman Clinton sudah menjadi tidak relevan lagi. Sebelum ini gay dilarang menyertai tentera kerana ' mereka boleh membawa 'unacceptable risk to the high standards of morale, good order and discipline'. Jadi tidak menjadi satu masalah dan halangan kepada para 'pemudi' gay untuk mengisytiharkan 'jantina mereka...
'Don't ask, don't tell' formally ends
3) Dan kemudian pada hari ini, gay juga sudah ada tempat dalam sistem imegresen UK. Kalau dah 'berkahwin', boleh letak sebagai parent 1 and parent 2, instead of being father and mother. Pada 15 September lalu juga ada dilaporkan dalam passport Australia akan ada gender ketiga...sebab?? anti discriminatory and 'justice'..
British passport forms to get same-sex parents option
4) Kecoh di Malaysia bila Elton John yang terkenal dengan keterbukaan beliau mendedahkan hubungan sejenisnya dan mengambil anak melalui ibu tumpang, akan dijemput untuk mengadakan konsert di Genting Highlands. Lebih menarik apabila sayap pemuda sebuah parti Islam, PAS cuba mengadakan bantahan agar konsert ini dibatalkan kerana seolah2 mengiyakan pasangan sejenis sehingga mendapat pelbagai reaksi setempat.
Malah timbul juga isu program seksualiti merdeka 2011 di mana mereka tampil memperjuangkan prinsip hak asasi, juga di'reveal'kan oleh sayap pemuda PAS yang mahukan pemerintah kelolaan UMNO bersungguh-sungguh mengambil langkah menutup pintu2 kemungkaran..
Seksualiti Merdeka: Bukan bebas tapi babas
Ada yang sinis melabelkan mereka sebagai taliban, ada yang mencebik malah ada juga yang mencadangkan supaya kerajaan menghalang orang Islam supaya pergi ke sana. Namun apa yang lebih terkilan ialah, ketidakpedulian rata-rata di kalangan masyarakat umum, malah timbul persoalan ke mana perginya kesemua NGO2 Islam? Apatah lagi untuk mengharapkan kerajaan menegah secara bersungguh-sungguh ibarat menunggu sang gajah bertelur.
Ulasan:
i) Lihat bagaimana secara perlahan-lahan adab dan nilai dalam sesebuah masyarakat merudum begitu jauh sekali ke lembah kehinaan. Malah saya percaya selaku pelajar di sini pun, semakin lama rasa semakin ''it's okay, it's fine'' kepada gejala transgender dan biseksual ini. telah hilang rasa jelik atau sensitiviti kita kepada hubungan terlarang ini.
ii) Daripada perspektif yang lain pula, kita kena contohi kesungguhan perjuangan golongan transeksual ini, sehingga beroleh 'kemenangan' dan pengiktirafan sedunia secara perlahan-lahan, walaupun pada asal dan asasnya, tidak berasas! Perjuangan Islam seharusnya lebih2 lagi sepatutnya tinggi martabatnya kerana agama ini ialah agama yang diredhai Allah swt.. malah saya percaya bahawa agama lain tidak meraikan fitrah songsang sebegini. antara komen menarik sahabat katolik saya,
iii) Secara peribadi saya tiada masalah bagi mereka yang mengkritik tindakan sayap pemuda PAS seolah2 hendak menjadi moral police..walaupun ianya tidak salah dari segi nas, namun mungkin ada benarnya itu bukanlah pendekatan yang terbaik untuk PAS dalam politik dan ada pilihan yang lebih baik.
Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Dr Maza ialah bukannya masalah keluar statement tapi masalah tidak banyak statement yang menyeluruh dan bersifat polisi. Nampak seolah hanya hal yang berkitar isu sosial sahaja kuat keluarkan kenyataan sedangkan banyak isu isu lain yang sebenarnya mungkar politik dan mungkar polisi, pemuda PAS tidak keluarkan pendirian mahupun kenyataan..mungkin juga ada banyak yang telah dibuat namun kurang diberikan publisiti..
Jadi persepsi orang ramai pemuda PAS tidak pandai ekonomi atau polisi statehood politik. Kita semua sedia maklum yang pilihanraya ni perang persepsi. Maka pandangan Dr MAZA mungkin mahukan pemuda PAS lebih menyeluruh dan kena lebih peka persepsi.
Mungkin juga ramai melihat bahawa PAS adalah alternatif masyrakat melayu muslim untuk menggantikan UMNO maka mereka perlu lebih fokus. Tidak ada salahnya bagi mereka ke depan menjuarai isu ini di kalangan NGO Islam yang lain, malah ia menunjukkan bahawa mereka sangat firm dan tegas dalam isu2 sebegini, (bayangkan jika utusan keluarkan muka depan, 'PAS alu-alukan kedatangan Elton John ke Malaysia, PAS sudah lari dari perjuangan Islam?')
Malahan perlu kita kena akui di segenap sudut bahawa mereka sebagai parti politik dan jemaah Islam yang paling dominan di Malaysia, maka pada masa yang sama juga Isu-isu nasional di mana mereka perlu menjadi juara dan dominan di dalam pakatan rakyat perlu lebih ditonjolkan..
iv) Apapun pandangan dan persepsi yang berbeza di kalangan masyarakat, secara prinsipnya semua orang harus menolak sebarang gejala yang menjurus ke arah budaya yang tidak sihat..jika kita lihat pun setiap hari sudah ada masalah judi dan arak. Haram judi dan arak samalah dengan haramnya homoseksual dan haramnya zina. Maka sebarang budaya judi dan arak sama teruk dengan budaya homoseks dan zina..sebarang langkah pencegahan mahupun menghalang anak2 muslim kita terlibat haruslah disokong.
Adapun segala usaha perlu diperhebatkan di segenap peringkat, keluarga, masyarakat, negara dan dunia, pencegahan, politik, implementation serta enforcement, pendidikan etc2 semuanya kena jalan dengan serentak.. Persoalan yang lebih penting ialah apa yang kita buat, bukan apa yang orang itu sepatutnya buat atau tidak buat..
wallahu a'lam
Sent from my BlackBerry® wireless device
No comments:
Post a Comment