Sunday 30 October 2011

Tak sama kot?


Senario ini biasa dilihat..

Juruterbang di sini menyatakan bahawa pesawat mereka boleh membawa manusia menjelajah dunia melalui jalan udara..maka anak-anak kapalnya setuju dan terus naik..


Akan tetapi juruterbang di sana pula menyatakan kapal terbang mereka boleh membawa manusia menjelajah dunia melalui jalan udara..anak-anak kapal yang tadi sukar untuk akui kerana juruterbang mereka kata pesawat dan bukannya kapal terbang yang boleh membawa manusia menjelajah melalui jalan udara..


Persoalannya kedua-dua pesawat dan kapal terbang membawa makna denotasi dan konotasi yang sangat sama..namun oleh kerana tidak mahu dilihat sama maka terus-terusan ditegaskan perbezaan tersebut..malah ada yang taksub dengan kata juruterbang sendiri akan penggunaan pesawat tersebut..


Maka apa sebenarnya yang anak-anak kapal ini cuba pertegakkan?..

Perbezaan membawa rahmah?..maka persoalan seterusnya adalah rahmah bentuk apa yang cuba diperolehi jika perbezaan berbentuk sebegini yang cuba ditegakkan..


Jika mencetuskan perbezaan melebihi usaha mencari apa yang sama, maka kita akan sangat rugi..



Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...