Saturday, 28 August 2010

sempit?


"...Kita kena sedar satu realiti... Kita bukan berada pada alam 60-an lagi... Golongan agama sendiri mesti berfikir untuk [hadapi masalah generasi baru]... Perlu kepada pendekatan dan kefahaman yang baru... Jabatan Agama... suka kepada fatwa yang sempit-sempit ni... Malaysia ni menuju [kepada] negara Taliban... suka fatwa-...fatwa yang tidak praktikal pada zaman moden... Kalau sesetengah orang... Kalau dia cadang penyelesaian, dia cadang [benda] yang tidak praktikal, yang tidak boleh hidup pada zaman ini..."


Seringkali yang berlaku adalah keadaan 'yu'allimulKitaba ... tapi 'tiada wa' hikmah'. Apa zaman kini ini, sudah tidak ada benda lain nak difatwakan ke? pernah satu ketika dahulu, ada yang mengatakan kalau termakan daging khinzir, kena samak mulut & seluruh GI tract. come on lah!
Ada masanya memang tak perlu tunggu fatwa atau keputusan golongan 'ulama'. Kita kan dah baca al-Kitab & dah as-Sunnah, so buatlah conclusion sendiri...tapi bahaya juga jika kasi orang2 yang rasa mereka faham agama tafsir nih, kena berhati2, sebab orang melayu dah sinonim dengan malas mengaji quran, malas mengkaji sirah dan malas berfikir..

Bukankah lebih baik kalau didoakan agar semua yg bukan Muslim diberi hidayah, lalu mereka kembali ke Islam (revert). Banyak masalah dlm negera boleh selesai. tidaklah kita nih jadi jalut sangat orang Melayu nak claim Islam tu agama dia aje & apa2 sahaja yang berkaitan Islam di Malaysia ditafsirkan ikut selera Melayu sahaja.
Kita sepatutnya bekerja untuk merealisasikan konsep 'rahmatan lil' aalamiin', tapi tindak-tinduk kita masih lagi mengetepikan (exclude) orang.

Allahualam

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...