Monday, 9 August 2010

bukan cerewet?

salam

saya terkesan membaca artikel tulisan UHAJ, yang kadang kala kita sentiasa buat dan terbuat..
kini berkemungkinan kita bakal menghadapi jenayah baru bergelar JENAYAH KETAYAP PUTIH..


saya boleh mengerti jika sibuk, saya turut mengerti jika banyak keutamaan dan komitmen lain yang maha penting..

namun jika untuk membalas email yang pendek bertanyakan khabar pun sayup kedengaran, ataupun mintak nombor perhubungan pun kelam2 sunyi..belum lagi sms pendek yang sampai reply nye selepas beberapa hari...walaupun facebook sentiasa dikemaskini dengan pantas..


namun saya cuba mengerti dan bersangka baik..tidak semua orang mampu menjadi multi tasking atau pun punya pendapat yang kita harapkan...dan saya juga kadang2 buat perkara ini..

sangat tidak adil untuk saya bilang saya kini sibuk dengan komitmen dan belajar pengajian perubatan tahun klinikal, sebab baginda SAW lagi lah sibuk dengan jawatan ketua hakim, tentera, imam, dan negara satu masa dahulu..inikan kita yang pencil ini..

saya tiada masalah jika berbeza pendapat atau fikrah, namun saya cukup terkilan jika ukhuwah fillah seolah2 dibatasi oleh pemikiran jemaah atau kumpulan, walaupun kita semua satu akidah...hinggakan kadang2 jadinya perbualan yang acuh tidak acuh, sms pun tidak mengapa jika reply lambat sket..untuk diajak berbincang pun penuh dengan batasan atau mind barriers..lantas komunikasi terhenti, hinggakan masalah yang menimpa kawan2 lain atau isu yang berlangsung pun kita tidak ambil pusing..
moga saya boleh terus bersangka baik walaupun diri ini tidaklah sebaik mana..



berkobar2 kita mahu menjadi si qaedah sulbah, mahu contohi Nabi Rasulullah SAW...alhamdulillah, saya puji dan suka semangat tersebut..namun adapun sifat integriti yang cedera, serta sifat amanah yang gagal dilunaskan kadang2 sungguh mengecewakan..lantas akhirnya menjurus kepada kualiti urus tadbir yang menghampakan..walaupun datang dari kelompok mereka yang pandai dan terpilih..
ianya common sense yang mudah, bak kata UHAJ bila tetamu datang rumah, silalah hidang air..

baca di sini untuk artikel UHAJ..Cerewetkah Saya?

aduh, sungguh terkesan..dan akulah orang yang paling terkesan..

allahualam..moga kita semua diampunkan dosa dan sentiasa perbaharui niat dalam beribadah..dan jangan pula kerana kita ini, kerja2 mereka yang berjuang menegakkan agama Allah bertambah liku..
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...