Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan. Bukan hanya pada segala kebaikan yang sedia terjanji di lisan Nabi yang berpesan. Malah bulan ramai anak tempatan memeluk Islam. Hidayah daripada Allah, namun ikhtiarnya tidak pernah menghela lelah.
Itulah yang mengundang tangisanku malam ini.
Ramadan dalam kenanganku di perantauan, adalah bulan Allah menghadirkan tetamu-tetamu al-Rahmaan ke setiap rumah-Nya.
Ramadan dalam realitiku di kampung halaman sendiri…
Muslim yang tidak datang ke masjid tidak pernah diendah dalam kerisauan.
Bukan Muslim yang datang ke masjid, dihalau, dicaci penuh prejudis, dan dimurkai sesuka hati.
Kalimah Allah mahu dieksklusifkan, Doa Khutbah mahu dieksklusifkan, Masjid dan Surau mahu dieksklusifkan, hingga aku terbelenggu dalam fikiran, betapa bertuahnya Melayu mendapat Islam, namun bertuahkah Islam mendapat Melayu?
Seantero negara sedang hangat membahaskan isu 'muslim mendoakan non muslim', 'non muslim masuk masjid' dan sebagainya. Sedih rasanya melihat response sekelompok masyarakat yang memporak perandakan situasi dan gagal berfikir dengan matang dan sebaiknya. Sebelum ini kita juga dikejutkan dengan isu pembakaran gereja dan penggunaan nama Allah.
Kita sebagai golongan pelajar yang prihatin (sekurang-kurangnya bagi yang membaca) seharus sedar isu ini mungkin sengaja ditimbulkan oleh mereka (tidak semestinya pihak kerajaan) yang tidak bertanggungjawab.
Likewise in YB Teo's case, Muslims should make some effort to give her some tudung or selendang as a give, and not to bluntly criticise and make fuss of her good effort and starts going bananas..
p/s: kalau pun UMNO dan UTUSAN mahu gunakan hujah YB serdang tidak boleh bagi tazkirah sebab dia bukan islam dan tidak menutup aurat, kita semua boleh terima kawan..tapi takkanlah TG Nik Aziz, Dato Dr Harun Din, Almarhum Datuk Ishak Baharum pun dihalang sama untuk memberi tazkirah di surau masjid... rasanya mereka nih orang islam dan tutup aurat penuh kot...!!
i like: bertuahnya melayu dapat islam. tapi, sepertinya rugi islam dapat melayu
ReplyDelete