salam wbh
dalam pada kita duk belaja kat tempat yang jauh2 nih, sebenarnya banyak masa yang kita habiskan pada perkara yang kurang penting..kadang2 sampai tak tahu sangat nak buat apa, maka datanglah
perkataan bosan dalam diri...
tipu jika kita kata kita tidak pernah bosan dan tidak tahu untuk buat apa dengan masa yang luang itu..
nasib baik di UK nih internet sgt laju dan meriah, maka internet jua la yang menjadi pengubat kebosanan pelajar2 kita di sini, tidak kira la untuk menelaah, membuat past year's papers, baca surat khabar online, laman sembang dan laman cari teman dan sebagainya la...di mana kita letakkan limit masa penggunaan itu terpulang pada masing2 untuk menilai..
dan saya pasti ramai yang menggilai laman sembang atau pun laman cari kenalan namely facebook, friendster, space dan sbgainya la..dan yang paling femes facebook la kan, di mana segala benda boleh buat dengan applikasi yang pelbagai..
bersama nik qisti, dokter yang dah 3 tahun grad, muke cam sama, tp die lg bergaya... NAMUN, itu bukanlah persoalannya, tetapi kadang kala sy terpikir melalui kemudahan itu, bagaimanakah kita menjaga adab pergaulan atau tutur cara kita sesama bukan mahram...yes, bagaimana
sikap MALU kita dengan yang berlainan jantina la senang citer...
Ini bukanlah mahu mengondem orang kerana masing2 ada pendapat yang berbeda, cumanya kadang2 dalam alam maya nih pun kita boleh nampak atau mengagak adab atau tuturcara seseorang itu melalui laman2 sebegini la....kita duk
bertegur sapa ngan orang yang x dikenali, kita duk komen suke riang ria pada laman orang lain, kite seronok duk kaco orang lain dan pelbagai lagi la yang hangpa buleh buat...lame kelamaan jadi cam dah makin suka buat itu ini, pada orang2 yang kurang dikenali, dan lama2 jadi suka...cumenya jika perkara ini buat pada teman2 baik atau sejenis, tidak mengapa jela...namun kadang kala ada yang
terlebih galak tambahan jika orang itu berlainan jantina, yang penting kat situ orang lain sume nampak yang kamu sume duk sibuk berlaman dengan mereka,...namun begitu tidak dinafikan la ada yang menemui jodoh melalui perkenalan di alam maya, namun hati2 jela..
satu lagi persoalan yang bermain dalam pemikiran sy yang tawar ini ialah kekhuatiran jika anak2 muda generasi akan datang akan
lebih mendapat kawan maya lebih daripada kawan realiti..lebih suka bergaul secara maya melebihi masyarakat sekeliling..lama kelamaan sukar untuk masuk ke dalam masyarakat setempat kerana lebih gemar berhubung secara maya..
malas untuk turun padang...ituh yang jadinya sekali satu semester je yang jumpa, n jarang bertegur sapa, n kadang2 time mule2 datang je nampak batang hidung..heh, ape kes..
gunakanlah masa yang terluang tuh untuk menziarah kawan2 ke, makan2 di tempat kawan ke, pagi tengok alam2 sekitar ke, dan bagi yang berpeluang tuh, jenguk2 dan bina hubungan la dengan postgrad di tempat sekitar...kadang2 rasa sangat kesal gakla tengok undergrad yang susah untuk masuk ngan postgrad, dan duduk di kelompok sendri2 sahaja...apa barrang...gong giler beb..
bile bang riko dah nak balik, abis 40 kaki kontena dia borong..time gotong royong.. namun ituhla hakikat kebanyakannya, kita dihantar belajar untuk balik menjadi penjawat awam atau menabur khidmat kepada masyarakat, tapi kalau kita masih berada di kepompong syok sendri, susah la...kang nanti dah masuk alam pekerjaan ke, dah masuk masyarakat sebenar di tanah air ke, dah masuk keluarga mertua ke, sukar untuk kita bina hubungan sbb selama nih selesa ngan keadaan
syok dalam circle sendri je, takut nak bertegur sapa...susah nak adapt beb..itu yang jadi jiran setempat pun tak kenal sesama sendri, padahal duk sebelah umah je..n jumpe time raya je..
so, marila sama2 kita raikan kawan2 sekeliling kita, meriahkan masyarakat setempat, paling senang la, sibukkan diri ngan aktiviti masyarakat, kalu ade komitmen br la ade keje, xdela buang masa kat fb je 24/7... dan sepertimana yang ISLAM ajar untuk berSOSIAL, 5 KALI SEHARI JUMPA KAT MASJID..
bile sister's prayer room br dapat carpet baru..bak kata pie,
LOG OUT n GET A LIFE!bak kata ummu saif lak,
PENA JASA PENA BINASA...sama2 la kita pikir..
sekadar peringatan untuk diri sendiri dan rakan2..
wallahualam..