Tuesday, 26 July 2011

laporan pra-musim



sepanjang musim panas, saya telah mendapat panggilan untuk menyertai team senior nottingham a.k.a NMC (komuniti postgrad di nottingham) dalam siri perlawanan pra-musim sebagai pemanas badan sebelum bermulanya musim liga baru akan datang. peluang digunakan sebaik mungkin untuk menjaga tahap stamina yang semakin lama semakin karat akibat jadual klinikal yang semakin mencabar.

beberapa siri perlawanan persahabatan telah diadakan bagi menguji tahap permainan dan keserasian tonggak-tonggak utama pasukan. NMC juga dikhabarkan telah dikuatkan dengan kemasukan beberapa muka baru muda bagi menyuntik tonik segar ke dalam pasukan bagi menghadapi saingan musim hadapan yang pastinya lebih mencabar khabarnya menurut nottingham post, akhbar sensasi rantau nottingham.

berikut merupakan rangkuman siri perlawanan persahabatan pra-musim NMC:

1. Birm (2) vs NMC (4) - liputan perlawanan di sini

2. NMC (1) vs Lougborough (3) - liputan perlawanan di sini

3. NMC (6) vs Nottingham Forest B- (7) - liputan perlawanan di sini

4. NMC (8) vs Middle East All-star (7) -liputan perlawanan di sini


siri perlawanan pra-musim akan dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada ramadhan al-mubarak mengambil tempat di hati pemain2 ini..namun ujian stamina akan terus berlangsung dan menurut kata pengurus pasukan, Dr Nazri yang berkelulusan bidang mata, sesi latihan akan terus berlangsung setiap hari selepas waktu isyak, dengan 20 rutin biasa..selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan NMC..

sumber: nottingham post


Best Blogger Tips

Monday, 25 July 2011

WOW diterjah?



tahniah kepada seluruh sidang produksi, ajk-ajk perlaksana, ajk modul, para sukarelawan iluvislam.com serta para peserta yang memeriahkan WOW tahun ini..

juga rakaman penghargaan buat krew trek siswa yang menerjah WOW, anda memang cool. Best Blogger Tips

Friday, 22 July 2011

diskusi anak muda?


Tempat: Auditorium, Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (Berhadapan Stesen Monorail Maharajalela), Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Waktu: 8 malam hingga 10 malam
Tarikh: Selasa 26 Julai 2011

Anjuran Bersama: Free Public Forum (FPF), Amnesty International Malaysia, dan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS)

Kali ini kita akan bersama anak anak muda untuk membincangkan hal-hal seperti hak asasi, demokrasi, negara, politik, dan sebagainya sempena peristiwa Bersih 2.0 yang berlaku pada 9 Julai 2011. Untuk mewarnakan lagi suasana, kita bawa para speaker dari pelbagai jalur ideologi untuk mencari dimanakah kita berbeza pendapat dan dimanakah kita bersama pendapat sekalipun kita berbeza.

Barisan speaker terdiri daripada:

  • Fahmi Reza (Pengarah filem 10 tahun sebelum Merdeka)
  • Wan Saiful Wan Jan (Ketua Eksekutif IDEAS)
  • Shazni Munir (Bekas aktivis SMM)
  • Faisal Aziz (Amnesty International Malaysia)
  • Swee Nee (Aktivis DEMA)
  • Bawani (Aktivis JERIT)

Kehadiran percuma, boleh bawa rakan seramai mungkin.

Belia benci DADAH!


Best Blogger Tips

Wednesday, 20 July 2011

Caught on Camera?



‪Caught on Camera‬‏ - YouTube

filem ini sungguh bagus..kebelakangan ini terlalu asyik menontonnya..barangkali mungkin kerana manusia kini sudah bertuhankan manusia..

ramai yang jadi yatim piatu..

kapal besar ini tersadai di daratan dibawa air, celahan rumah kampung yang jaraknya 4km dari persisiran pantai..

kubur gergasi

masjid negeri banda aceh..


Best Blogger Tips

Monday, 18 July 2011

pasca demam kuning 2?

Forum berkaitan Bersih, "Apa Selepas 9 Julai"
Anjuran Akhbar Sinar.

Panel - Timb SPR Datuk Wan Ahmad, Datuk Ambiga & Prof Shamsul.
Moderator - Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif IDEAS



Best Blogger Tips

Friday, 15 July 2011

aksi..


Perlawanan persahabatan antara Nottingham Malaysian Community (NMC) VS Birmingham Malaysian Community bertempat di padang Birmingham City University pada 10.07.2011. Tahniah kepada wira2 Notts diatas kemenangan 4-2 yang dicapai hasil dari ketangkasan keeper, kekentalan pertahanan, kebijakan engin tengah mengemudi dan kepantasan penyerang mengambil peluang serta kesetiaan penyokong bermandiankan peluh kepanasan, Alhamdulillah. Tahniah juga buat pihak Birm yang menyediakan layanan first class buat kami dengan nasi lemak istimewa serta kuih2 beresepi Malay mengubat kepenatan perjalanan jauh dan keletihan megejar bola hehe.

sekitar aksi-aksi menarik yang sempat dirakam oleh rakan media kami..




skuad utama NMC (dari kiri): duduk; abg hasrul, abg hafiz, mudin, abe kamal, ustaz yie, rudy, abg marwan, abg aziz. berdiri; abg izzi, abg azmi (GK), cha, abg fauzan, abg shukran, abg azam (C), abg jo, abg hafiz, abg zulwaqar, abg khairi, abg zainal (Manager)

pasukan kali ini mendapat sentuhan pemain daripada skuad piala FA terengganu dan liga super kelantan..abe kamal selaku scout NMC yang melamar kedua-dua pemain ini.

aksi pemanas badan sebelum permainan bermula, dek kerana dihidang muffin dan air teh oleh tuan rumah, khuatir pancit awal.

pemain kesebelasan utama, membincangkan strategi 'rempuh nelang dibuai bayu' akan digunapakai untuk beberapa minit awal.

kedua-dua pasukan sempat bergambar sebelum perlawanan, dengan cuaca mencecah 25 darjah, menerjah terik memancutkan peluh. NMC segak berbaju merah bak pasukan nottingham forest, manakala birm pula tampil mewakili warna pasukan birmingham city, the blues.

peminat tidak ketinggalan memberikan sokongan padu di luar padang ibarat 'kau kunci hatiku di pinggir pagar'.

serangan awal yang hampir membuahkan gol pertama buat pasukan NMC, namun dek kerana terkejut dengan sergahan yang dibuat oleh pertahanan lawan menyebabkan bola tersasar sedikit daripada pintu gol..namun gaya sudah menang markah.

permainan menjadi sedikit tegang akibat aksi tomoi yang tidak kena daripada pasukan NMC, namun pihak birm sudah bijak membaca gerakan lawan kerana mereka kebanyakannya sudah ada tali pinggang hitam seni aikido.

jentera tengah seimbang dengan kedua-dua pihak saling mengawal serta merampas bola pihak lawan secara timbal balik, namun kelebihan umur dan pengalaman merantau menjadi pemisah antara kedua pasukan.

ayam tambatan NMC yang pernah cuba dipancing oleh pasukan nottingham forest FC, rudy nurdin berjaya mencuri tumpuan dengan dua gol kemenangan pada separuh masa kedua, selepas birm mendahului dengan 2 gol berbalas satu, membuktikan semangat juang pasukan merah tidak pernah luntur sepanjang perlawanan.

pasukan pelawat mendapat khidmat istimewa daripada Dr Shafie yang diterbangkan khas bagi menjadi motivator, first aider dan juga photographer sementara sepanjang perlawanan berlangsung. hasilnya para pemain sentiasa dibekalkan dengan kata-kata perangsang yang menjadi suntikan mental dan juga igauan ngeri pasukan birm.

wisel tamat menandakan kemenangan bergaya pasukan NMC, dan strategi seterusnya adalah untuk menakluk satu UK, bagi persediaan untuk perlawanan musim hadapan..dan juga pelan untuk ke carboot esok hari bagi meraikan kemenangan.

sesi penukaran cenderamata daripada kapten kedua pasukan, dengan pasukan NMC menerima bola replika khas aston villa, yang ditandangani secara istimewa oleh semua pemain pasukan birm..

acara yang dinanti-nanti oleh pemain daripada kedua2 pasukan, menjamu selera nasi lemak lauk campur, sambil menikmati panorama indah british summer..malah hasrat untuk diet terpaksa dilupakan seketika, sebagai hadiah kemenangan.

sesi bergambar kenangan bersama pasukan tuan rumah, nantikan perlawanan timbal balik selepas raya...sambil berhari raya..


p/s: nantikan laporan perlawanan pra-musim kedua NMC vs Loughborough Malay..keputusan akhir ialah NMC(1) LM(3)


Best Blogger Tips

Tuesday, 12 July 2011

Fatwa HARAM

Menjelang perlawanan persahabatan antara skuad Malaysia dan skuad EPL Chelsea, Liverpool dan Arsenal.


Saya dimarahi oleh ramai sahabat saya yang mendapat arahan daripada ustaz parti pemerintah UMNO supaya jangan sokong mana-mana pasukan bola sepak seperti chelsea, arsenal dan liverpool sempena kedatangan mereka ke tanah air...sebab hukumnya HARAM menyokong pasukan yang diketuai oleh orang yang tidak seakidah dengan kita..pastinya mereka ada agenda Yahudi untuk pecah belahkan orang Islam dan melayu..


Maka dengan itu juga ramailah sahabat saya yang menjadi tidak patriotik dengan tidak menyokong pasukan bola sepak kebangsaaan kerana pengHARAMan tersebut..


Saya selaku pemerhati dan peminat tegar bola sepak tempatan menjangkakan parti pemerintah tidak akan memberikan permit kepada pihak FAM untuk mengadakan perlawanan di stadium nasional bagi mengelakkan perhimpunan HARAM tersebut berlaku yang sekaligus boleh menyebabkan ekonomi negara lumpuh sebanyak 27billion dan trafik yang sesak kepada pengguna jalan raya yang lain...


Maka saranan saya, sokonglah skuad penyu, juara piala FA sebab manager adalah Irfan Bakti..hidup sang nelang!!


p/s: apa kata Dr Maza mengenai fenomena literalis agama yang mengelirukan.


Sent from my BlackBerry® wireless device

Best Blogger Tips

Monday, 11 July 2011

fewwit lagi..

Best Blogger Tips

pasca demam kuning?

Alhamdulillah, BERSIH2.0 sudah selesai bermula.

Ada beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan kepada kabinet Najib Razak agar BERSIH 3.0 dapat dielakkan.

PERTAMA, BN mesti menguasai Kementerian Pelajaran dan menambah usaha agar sistem pelajaran negara berorientasikan peperiksaan. Pastikan semua murid menjadikan koleksi A di dalam UPSR, PMR (sebelum dimansuhkan) dan SPM menjadi satu-satunya agenda murid sekolah kita. Pemikiran kreatif jangan diajar. Gam persatuan-persatuan dan galakkan kelab catur menjadi badan induk sekolah. Paling penting, lakukan ini di sekolah agama.

KEDUA, tambah bajet dan sokongan lain kepada industri hiburan seni. Pastikan program-program realiti yang memberi jalan pintas kepada rakyat menjadi artis, tidak tergugat. Mungkin boleh pertimbangkan agar subjek seni vokal dan tari sebagai subjek wajib sekolah menggantikan subjek Sejarah, Tasawwur Islam dan Bahasa Melayu.

KETIGA, galakkan juga industri hiburan sukan sebagai tumpuan utama rakyat. Apabila sukan dan seni menjadi hiburan yang ‘the in thing’, rakyat akan sentiasa bahagia, menyanyi dan menari, tanpa menyedari apa-apa yang tidak kena di sekeliling mereka. Golongan ini akan menunjukkan sikap sentiasa sangat bersyukur dengan apa yang ada ‘a.k.a zuhud ke qanaah ke apa, entah!

KEEMPAT, ramaikan lagi alim ulama ‘Saudi Oriented’ menganggotai badan-badan agama. Ugut mereka bahawa mereka Wahabi dan pengganas, kemudian mereka akan mencari perlindungan dengan menyertai UMNO dan menyerang pembangkang dengan hujah-hujah al-Quran dan al-Sunnah yang sahihah. Bukan senang nak dapat tu.

KELIMA, galakkan anak muda untuk lemah stamina minda dan mudah rungsing dengan politik semasa. Gambarkan kepada mereka politik akan mengganggu kelas, kafe dan katil mereka. Mungkin dengan kempen berstrategi dalam hal ini, akhirnya mereka malas hendak mengambil tahu malah berkemungkinan besar tidak mendaftar sebagai pengundi. Berleluasanya mereka tidak mengundi akan menyebabkan dengan sendirinya kuasa undi Melayu akan terhakis tetapi, so what?!

KEENAM, banyakkan lagi klinik 1Malaysia, sarapan 1Malaysia yang menyediakan hidangan sarapan RM2. Kempen 1Malaysia mesti lebih hebat daripada kempen Filem Dua Alam tempoh hari. Pastikan rakyat jelas akan jasa satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat yang terhutang budi akan sangat berbudi.

KETUJUH, pastikan rakyat terus bodoh, tiada common sense, self centered dan seterusnya sentiasa percaya kepada media arus perdana. Ajar mereka menggunakan internet agar pornografi membantu Malaysia berada di tempat ketiga dunia dalam carian Google. Tentu dengan corak seperti ini mereka akan malas membaca blog politik dan sumber alternatif.

KELAPAN, berdoalah kepada Allah (kalau berani, lah), agar strategi-strategi itu diberkati-Nya.

Semua itu memerlukan belanja yang besar serta strategi yang susah. Namun sudah tentu ia lebih mudah daripada Barisan Nasional berubah.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

sumber: saifulislam


p/s: saya bukanlah peminat marina mahathir, tapi pengalaman beliau sangat menarik untuk dibaca..dan tentunya beliau bukanlah ahli parti politik PKR mahupun DAP..



Best Blogger Tips

Sunday, 10 July 2011

Ralat 3?

Khuatir melihatkan suasana semasa apatah lagi di kalangan anak muda masa kini. Senario politik semasa yang kembali berada di persimpangan menyebabkan ramai yang mengambil keputusan untuk tidak peduli atau ambil tahu secara langsung..lantas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan hanya sekadar berbunyi kebudak-budakan disebabkan kenaifan dan sikap tidak peduli tersebut..


Adapun mereka yang ambil peduli dan mengambil tahu isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka sangat wajar dipuji, kerana orang2 ini percaya bahawa perubahan hanya boleh berlaku dengan sikap yang proaktif..cumanya peranan anak-anak muda ini perlulah dibimbing secara jelas dan melalui saluran yang betul supaya outcome yang terhasil akan menjadi lebih effektif dan tepat.


Apa yang berlaku ialah apabila anak muda yang terkenal dengan darah anak muda, mengeluarkan hujah-hujah yang bersandarkan emosi tanpa adanya justifikasi akal dan sistem nilai..
Jika tidak, kita takkan dengan mudahnya secara buta berhujah bersandarkan fakta yang berbunyi peribadi dan emosi semata2..
sebagai contoh, kita melihat isu terkini iaitu kempen BERSIH yang mahukan sistem pilihanraya yang lebih adil dan telus, bertubi-tubi dihentam oleh pihak media massa jentera parti pemerintah..ramai yang boleh setuju dengan tuntutan bersih, tapi sebaliknya berdolak-dalih memberikan alasan yang pelbagai apabila kelihatan pakatan pembangkang yang akhirnya menjuarai isu rakyat ini..


antara yang menyedihkan ialah secara rambangnya ramai menuduh BERSIH adalah agenda yahudi, agenda kristian, atau mendapat dana daripada perisik negara luar bertujuan untuk mengucar-kacirkan negara Malaysia..lebih menyedihkan lagi ialah BERSIH ini agenda Murtad kerana diketuai oleh seorang peguam berbangsa India yang terkenal kerana anak guamnya yang mahu keluar Islam dan murtad.

Lantas nama peguam ini terus dikambinghitamkan oleh ramai pihak, kerana kerja beliau yang membantu kes mahkamah memurtadkan melayu muslim..sebetulnya tugas untuk selamatkan anak-anak melayu muslim daripada gelombang riddah ialah melalui peruntukan undang-undang dan hebatkan penguaskuasaan yang kian lemah...dan tidak mustahil jika nama-nama seperti ah-chong, atau ramasamy pula yang nanti akan dikambinghitamkan jika anak muslim tidak solat 5 waktu atau pun ditangkap basah bersama pasangan... Lantas kerangka pemikiran sebegini sekaligus menampakkan di mana letaknya sistem nilai anak-anak muda zaman sekarang.


Kita khuatir satu masa nanti kerangka pemikiran anak muda ini terus diresapi dengan elemen-elemen tidak matang sebegini..ramai yang percaya anak muda masa kini mampu meneruskan agenda nasional masa depan, namun jangan kerana pemikiran sebegini, ia bakal melahirkan generasi yang sudut pandangnya sangat sempit dan tirus..


Namun janganlah pula kita reaktif terhadap anak-anak muda ini..antara mereka yang Naif dan Celik, kedua-duanya perlu dibimbing dengan bijak..dan ingatlah, samada kita yang berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politik akibat buta politik..atau sengaja pejamkan mata..


Politik ini bukanlah berparti semata2, ianya terlalu luas dan murni sebagai salah satu cabang kehidupan dan disiplin pengetahuan...malah ianya adalah salah satu cabang amar makruf nahi munkar..


Tasbih kiffarah


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Saturday, 9 July 2011

Was it worth it?



This question is directed at the government of the day, the one in Putrajaya. Was it worth it?

- shutting down Kuala Lumpur, and in doing so did exactly what it said the Bersih people would do: disrupt life of city folk.

- refusing to allow Bersih to have a gathering in Stadium Merdeka and guess what: there were gatherings all over the city. so instead of being clever and limiting the crowd to one area, the authorities had to scramble all over the city.

- refusing to allow Bersih to march, ostensibly because they were thugs and anti-social elements bent on wreaking havoc on the city.

We are sorry but the majority of Malaysians who braved the police, tear gas and elements were ordinary folk, Malaysians of different races and religions who came together for a fairer elections system.

They were not paid RM50 to show up or given nasi bungkus or given 1Malaysia T-shirts. They showed up because they believed.

Unleashing Malaysians on Malaysians. That image will live on for a while.
Once again, was it worth it?

Best Blogger Tips

Wednesday, 6 July 2011

sinergi?



"Program Sinergi Keluarga Bahagia Siri Kedua, anjuran Nisa' Titiwangsa dengan kerjasama Yayasan Selangor pada Ahad 17 Julai 2011 di Menara Yayasan Selangor. Bersama motivator terkenal Ust Hasrizal Abd Jamil. Program khusus ke arah pembentukan hubungan komunikasi suami-isteri, ibu-bapa dan anak-anak. Hubungi segera Cik Nazirah 013 318 3845 atau Puan Hafizzah 013 332 1183"


Best Blogger Tips

Tuesday, 5 July 2011

Demam kuning 2

The whole Malaysia is in need for a comprehensive electoral reform..and not just that, we are actually in need for reform of our police force, judiciary, and the executive branch of the incumbent government..


Perhaps to see such reforms are taking place, usher in a new federal government in the upcoming election?..well people will decide..


Daulat tuanku..!


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

Saturday, 2 July 2011

PASTI boleh?

teknik yang digunapakai..

sesi taklimat kepada tenaga pengajar sebelum sesi bermula..


Moga usaha kecil ini bisa menjadi bekalan kecil buat hamba-hamba yang masih kerdil ini dalam membantu bakal cendekiawan-cendekiawan agama kelak..

Kagum dengan cikgu sekolah rendah, kerana sangat besar cabaran seorang guru apatah lagi yang mengajar anak kecil daripada tidak tahu kepada tahu..bukan mudah, tapi boleh diusahakan, biiznillah..

Mengaji Pasti Boleh! (rujuk link)

Sent from my BlackBerry® wireless device


Best Blogger Tips

realiti dan impian?




Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...