Sunday 10 July 2011

Ralat 3?

Khuatir melihatkan suasana semasa apatah lagi di kalangan anak muda masa kini. Senario politik semasa yang kembali berada di persimpangan menyebabkan ramai yang mengambil keputusan untuk tidak peduli atau ambil tahu secara langsung..lantas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan hanya sekadar berbunyi kebudak-budakan disebabkan kenaifan dan sikap tidak peduli tersebut..


Adapun mereka yang ambil peduli dan mengambil tahu isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka sangat wajar dipuji, kerana orang2 ini percaya bahawa perubahan hanya boleh berlaku dengan sikap yang proaktif..cumanya peranan anak-anak muda ini perlulah dibimbing secara jelas dan melalui saluran yang betul supaya outcome yang terhasil akan menjadi lebih effektif dan tepat.


Apa yang berlaku ialah apabila anak muda yang terkenal dengan darah anak muda, mengeluarkan hujah-hujah yang bersandarkan emosi tanpa adanya justifikasi akal dan sistem nilai..
Jika tidak, kita takkan dengan mudahnya secara buta berhujah bersandarkan fakta yang berbunyi peribadi dan emosi semata2..
sebagai contoh, kita melihat isu terkini iaitu kempen BERSIH yang mahukan sistem pilihanraya yang lebih adil dan telus, bertubi-tubi dihentam oleh pihak media massa jentera parti pemerintah..ramai yang boleh setuju dengan tuntutan bersih, tapi sebaliknya berdolak-dalih memberikan alasan yang pelbagai apabila kelihatan pakatan pembangkang yang akhirnya menjuarai isu rakyat ini..


antara yang menyedihkan ialah secara rambangnya ramai menuduh BERSIH adalah agenda yahudi, agenda kristian, atau mendapat dana daripada perisik negara luar bertujuan untuk mengucar-kacirkan negara Malaysia..lebih menyedihkan lagi ialah BERSIH ini agenda Murtad kerana diketuai oleh seorang peguam berbangsa India yang terkenal kerana anak guamnya yang mahu keluar Islam dan murtad.

Lantas nama peguam ini terus dikambinghitamkan oleh ramai pihak, kerana kerja beliau yang membantu kes mahkamah memurtadkan melayu muslim..sebetulnya tugas untuk selamatkan anak-anak melayu muslim daripada gelombang riddah ialah melalui peruntukan undang-undang dan hebatkan penguaskuasaan yang kian lemah...dan tidak mustahil jika nama-nama seperti ah-chong, atau ramasamy pula yang nanti akan dikambinghitamkan jika anak muslim tidak solat 5 waktu atau pun ditangkap basah bersama pasangan... Lantas kerangka pemikiran sebegini sekaligus menampakkan di mana letaknya sistem nilai anak-anak muda zaman sekarang.


Kita khuatir satu masa nanti kerangka pemikiran anak muda ini terus diresapi dengan elemen-elemen tidak matang sebegini..ramai yang percaya anak muda masa kini mampu meneruskan agenda nasional masa depan, namun jangan kerana pemikiran sebegini, ia bakal melahirkan generasi yang sudut pandangnya sangat sempit dan tirus..


Namun janganlah pula kita reaktif terhadap anak-anak muda ini..antara mereka yang Naif dan Celik, kedua-duanya perlu dibimbing dengan bijak..dan ingatlah, samada kita yang berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politik akibat buta politik..atau sengaja pejamkan mata..


Politik ini bukanlah berparti semata2, ianya terlalu luas dan murni sebagai salah satu cabang kehidupan dan disiplin pengetahuan...malah ianya adalah salah satu cabang amar makruf nahi munkar..


Tasbih kiffarah


Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...