Saturday 26 May 2012

Uda dan dara

Lelaki secara fitrahnya boleh beri perhatian atau buat satu-satu tugasan yang khusus pada satu-satu masa.
Apabila berhenti untuk membaca arah pada papan tanda atau angkat panggilan ketika memandu, sering kali radio akan ditutup oleh lelaki.
Kebanyakan wanita tidak faham, kerana mereka boleh baca sambil mendengar dan bercakap.


"Apabila dia baca suratkhabar ataupun tonton TV, mengapa dia tak nak dengar apa yang saya katakan?"
Antara rungutan yang biasa didengari daripada pihak perempuan di seluruh dunia.


Otak lelaki sememangnya telah dicipta untuk buat satu perkara pada satu masa. Kerana itu bahagian korpus kolosum, gumpalan saraf yang menghubungkan kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri di dalam otak lelaki lebih kecil berbanding perempuan. Maka saraf penyambung antara kedua-dua belah otak adalah kurang berbanding wanita.


Otak perempuan diatur bagi membolehkan mereka buat pelbagai tugas yang mungkin tidak berkaitan dalam masa yang sama.
Dia dapat berborak di telefon dan pada masa yang sama mencuba resipi baru. Dia boleh bersolek sambil memandu kereta, mendengar radio dan menjawab panggilan telefon.


Namun jika lelaki sedang mencuba resipi baru dan yang perempuan sibuk mahu bercakap dengannya, dia pasti tidak senang. Lelaki tidak boleh ikut arahan bertulis sambil mendengar perbualan pada waktu yang sama.
Kerap kali wanita dipersalahkan apabila lelaki terlepas jalan keluar di lebuhraya hanya kerana diajak bersembang di dalam kereta.



Jangan pula kalau marah dengan suami, sengaja pula diajak berborak ketika suami sedang bercukur atau menukul paku!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

1 comment:

  1. Ooooo...mcm rupanya...trima kasih utk info yg berguna ini...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...