Selalunya jika lelaki mahu memilih kad ucapan, mereka akan cari kad yang di dalamnya ada banyak perkataan. Kerana dengan cara tersebut, hanya ada sedikit sahaja ruang yang tinggal untuk mereka menulis.
Untuk meluahkan perasaan atau rasa kasih sayang itu memang bukan kelebihan lelaki, apatah lagi menulis kad ucapan..kerana itu mereka akan mengambil masa yang lama untuk berfikir apa yang patut ditulis jika diminta tulis kad ucapan.
Secara evolusinya lelaki adalah seorang pemburu, yang memang tugasnya memburu makanan dan bukannya bercakap. Pemburu akan duduk selama berjam-jam menunggu mangsa malahan tidak bercakap ataupun berhubung, hanya bahasa isyarat.
Apabila lelaki pergi memancing bersama-sama kawan, mereka boleh duduk berjam-jam lamanya tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Namun rasa seronok memancing tetap wujud. Kadang-kadang aktiviti meluahkan perasaan seronok dengan perkataan dirasakan tidak perlu.
Namun lain pula untuk wanita. Apabila mereka duduk dalam kumpulan wanita dan tidak bercakap, itu adalah satu petanda bahawa wujud masalah.
Dan lelaki hanya akan banyak bercakap apabila bahagian dalam otak yang mengawal pertuturan menjadi tidak terurus, contohnya apabila mabuk!
Adaptasi daripada buku Allan dan Barbara
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
waa...byk nye baca pasal topik ni. persediaan ke boh?
ReplyDelete