Wednesday, 30 May 2012

Pan and Bod?

Orang pandai kenal orang yang bodoh, kerana mereka pernah jadi orang bodoh maka dia tahu nak kenalpasti orang bodoh.


Sayangnya orang yang bodoh takkan kenal orang yang pandai kerana mereka belum lagi jadi pandai, maka susah untuk kenalpasti yang pandai.


Maka jadilah bijak PANDAI!!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

Monday, 28 May 2012

Bungkus?

Buah sayuran yang dibalut cantik dan dibungkus kemas lebih tinggi harganya berbanding yang tidak dipakaikan apa-apa.


Begitulah juga dengan manusia, jika dipakaikan cantik apatah lagi menutup aurat, lebih tinggi nilainya.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

Uda dan dara 2.0

Selalunya jika lelaki mahu memilih kad ucapan, mereka akan cari kad yang di dalamnya ada banyak perkataan. Kerana dengan cara tersebut, hanya ada sedikit sahaja ruang yang tinggal untuk mereka menulis.


Untuk meluahkan perasaan atau rasa kasih sayang itu memang bukan kelebihan lelaki, apatah lagi menulis kad ucapan..kerana itu mereka akan mengambil masa yang lama untuk berfikir apa yang patut ditulis jika diminta tulis kad ucapan.


Secara evolusinya lelaki adalah seorang pemburu, yang memang tugasnya memburu makanan dan bukannya bercakap. Pemburu akan duduk selama berjam-jam menunggu mangsa malahan tidak bercakap ataupun berhubung, hanya bahasa isyarat.


Apabila lelaki pergi memancing bersama-sama kawan, mereka boleh duduk berjam-jam lamanya tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Namun rasa seronok memancing tetap wujud. Kadang-kadang aktiviti meluahkan perasaan seronok dengan perkataan dirasakan tidak perlu.


Namun lain pula untuk wanita. Apabila mereka duduk dalam kumpulan wanita dan tidak bercakap, itu adalah satu petanda bahawa wujud masalah.

Dan lelaki hanya akan banyak bercakap apabila bahagian dalam otak yang mengawal pertuturan menjadi tidak terurus, contohnya apabila mabuk!


Adaptasi daripada buku Allan dan Barbara


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

Saturday, 26 May 2012

Uda dan dara

Lelaki secara fitrahnya boleh beri perhatian atau buat satu-satu tugasan yang khusus pada satu-satu masa.
Apabila berhenti untuk membaca arah pada papan tanda atau angkat panggilan ketika memandu, sering kali radio akan ditutup oleh lelaki.
Kebanyakan wanita tidak faham, kerana mereka boleh baca sambil mendengar dan bercakap.


"Apabila dia baca suratkhabar ataupun tonton TV, mengapa dia tak nak dengar apa yang saya katakan?"
Antara rungutan yang biasa didengari daripada pihak perempuan di seluruh dunia.


Otak lelaki sememangnya telah dicipta untuk buat satu perkara pada satu masa. Kerana itu bahagian korpus kolosum, gumpalan saraf yang menghubungkan kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri di dalam otak lelaki lebih kecil berbanding perempuan. Maka saraf penyambung antara kedua-dua belah otak adalah kurang berbanding wanita.


Otak perempuan diatur bagi membolehkan mereka buat pelbagai tugas yang mungkin tidak berkaitan dalam masa yang sama.
Dia dapat berborak di telefon dan pada masa yang sama mencuba resipi baru. Dia boleh bersolek sambil memandu kereta, mendengar radio dan menjawab panggilan telefon.


Namun jika lelaki sedang mencuba resipi baru dan yang perempuan sibuk mahu bercakap dengannya, dia pasti tidak senang. Lelaki tidak boleh ikut arahan bertulis sambil mendengar perbualan pada waktu yang sama.
Kerap kali wanita dipersalahkan apabila lelaki terlepas jalan keluar di lebuhraya hanya kerana diajak bersembang di dalam kereta.



Jangan pula kalau marah dengan suami, sengaja pula diajak berborak ketika suami sedang bercukur atau menukul paku!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

Sunday, 20 May 2012

Ralat 9.0





Demonstrasi tidak dibuat secara main-main. Nenek moyang kita berdemonstrasi menentang penjajah yang merosakkan akidah dan kedaulatan bangsa. Namun dizaman itu ramai juga yang mencemuh mereka, yang mencemuh ini adalah pihak yang berkepentingan dan sentiasa pro kesenangan dunia, pangkat dan harta. 


Bila dilaung 'Merdeka!!Merdeka!!" , mereka dipandang sinis dan dikeji merata pelusuk, tidak bersyukur kepada British katanya.

Sejarah itu berulang..

Atas dasar cinta akidah dan patriotisme, ramai bangkit berdemonstrasi menuntut perubahan.

Ramai bertanya, demonstrasi ini apa faedahnya?
Jika anda masuk pertandingan debat dan berada di pihak pro demonstrasi, pasti akan ada 1001 alasan membenarkannya. Dan jika berada di pihak anti-demonstrasi pasti ada juga alasan melarangnya.
Jadi adakah perlu untuk dijawab soalan sebegini? Jika yang bertanya kanak-kanak darjah 3, boleh sahaja dijawab. Tetapi jika yang bertanya itu sudah ada anak 3, pandai-pandailah meng'google'nya.

Kelihatan tiada perubahan drastik diambil pihak penguasa setelah berlangsung BERSIH 3.0.
Perhimpunan aman ini dilayan dengan fitnah dan provokasi yang sistematik dan teratur.
Perlu diingat, yang turun ke BERSIH 3.0 ini 4-6 kali ganda jumlah yang hadir ketika BERSIH 2.0.
Majoritinya anak-anak muda berlatar pelbagai agama dan kaum.

Jika yang berkuasa mahu kekal berkuasa menjawat pimpinan Badan Eksekutif negara, bertindaklah secara bijak.
Jangan jadi bodoh dengan melayan anak muda bagai orang bodoh!



Shahnom Ismail Best Blogger Tips

Thursday, 17 May 2012

Friday's solitude

Solitude is better than bad company.


(Shaykh Abdul Qadir Jilani) 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

Monday, 14 May 2012

Apa vs siapa?

Sokonglah kebenaran walau siapa sekalipun yang memperjuangkannya.

Kalau buat jahat, walaupun dengan Ustaz Melayu sekalipun, ianya tetap jahat dan akan tetap berdosa.

Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam sekalipun, ianya tetap kerja baik dan orang Islam akan mendapat pahala.


Ingatlah, yang penting bukan soal 'buat dengan SIAPA' tetapi yang penting ialah lihatlah 'buat APA?'


Saiyidina Ali (KW) ada menyebut, "undzur ilaa maa qala wa laa tandzur ilaa man qala"

Lihat pada apa yang dikatakan dan jangan kamu melihat pada siapa yang mengatakannya.


Lantas, persoalan kenapa non Muslim DAP dan bukannya UMNO sudah tidak perlu ditanya atau dimomokkan lagi..
kenapa pula tidak ditanya kepada sang-sang UMNO kenapa gabung dengan MIC MCA?

Ralat!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

Saturday, 12 May 2012

Agama vs adat?

Balik-balik kita asyik fikirkan apa orang akan kata? Kenapa tidak kita tukar paradigma; APA YANG ALLAH KATA?

Tuhan kita semestinya ada satu sahaja, maka sepatutnya mudah untuk kita patuh. Kalau manusia pulak ada beribu hatta berjuta ramai banyaknya, so mana satu yang kita nak dengar, patuh dan ikut?


Ya benar, dalam kehidupan bermasyarakat hari ini, alangkah lebih baik kalau dapat penuhi kedua-dua tuntutan tersebut.


Namun masyarakat boleh berubah. Mereka yang ada kefahaman agama inilah yang perlu ubah persepsi masyarakat supaya in-line dengan apa yang ditentukan Allah.

Supaya lama-kelamaan tidak ada konflik antara prinsip agama dan budaya adat masyarakat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

Friday, 11 May 2012

Friday's harvest?

Every tree, every growing thing as it grows,
says this truth, you harvest what you sow 

Mevlana Jalaluddin Rumi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips

Monday, 7 May 2012

Haram lagi?

Macam biasa kali ini kena HARAM lagi..
Amboi bukan main abang duk sebut Haram haram jadah majlis fatwa kebangsaan, tapi tangan duk pegang masih lagi duk sedut puntung rokok..

Boleh pula pilih2 nak ambil mana yang HARAM di hati.


Anyway, teman dah tak sabar nak tunggu majlis fatwa HARAMkan juga majlis-majlis tarian, konsert-konsert hiburan, dan himpunan JOM HEBOH kerana perhimpunan mereka tidak mendatangkan manfaat kepada umat.


Peminat bola terengganu dan kelantan pastinya akan risau, sebab kemungkinan perlawanan bola untuk diHARAMkan turut ada, kerana menyebabkan perpecahan di kalangan peminat dan yang pastinya akan cetuskan huru-hara di kalangan masyarakat.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...