Monday 23 November 2009

ISI bekalan yang sama..

Surat Al-`Ankabūt (The Spider)

بسم الله الرحمن الرحيم

1. Alif, Lam, Meem

2. Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried?

3. But We have certainly tried those before them, and Allah will surely make evident those who are truthful, and He will surely make evident the liars.


- tidak boleh aku bilang aku sudah beriman jika tidak diuji.
- baru diuji sedikit sudah mengeluh..Allahuakbar, lemah nya..
- mungkin aku x sabar...
- mungkin niat aku salah..
- moga segala ujian yang menimpa ini akan bersihkan diri hambamu yang dhaif ini..

- zaman nabi, ujian mereka lebih besar, tapi ak kena percaya setiap perkara perlu gunakan bekalan yang sama...
ISI (Iman, Sabar, Istiqamah)

- ya Allah, pandulah aku..





Best Blogger Tips

Wednesday 18 November 2009

pulangan modal..

slm muhibbah

laporan daripada mstar.online

KUALA LUMPUR: Malaysia is ranked 21 among countries sending students to the United States with 5,942 having enrolled for the 2008/09 academic year.

According to Open Doors 2009, the international student annual mobility report issued by the US Embassy, there was a 9.5% increase in the number of Malaysian students who enrolled in the United States this year, up from 5,428 students in the 2007/08 academic year.

read more here


melihatkan artikel di atas tidaklah menimbulkan rasa terkejut di hati saya, malah saya cuba untuk mencari figure spesifik berapa ramai pelajar malaysia di UK, serta berapa ramai yang dihantar belajar ke luar negara saban tahun..


setakat tahun lepas sahaja bilangan pelajar yang belajar di UK nih sahaja mencecah 11000 lebih. (sumber tidak pasti), namun saya pasti tahun ini mengalami pertambahan yang ketara kerana melihatkan tukaran mata wang asing yang jatuh berbanding dua tahun yang sudah..

apa yang menjadi persoalan ialah sejauh manakah bilangan atau rate pelajar yang datang belajar ke luar negara ini memberikan pulangan yang setimpal kepada tanah air?..

Quality vs Quantity..??


contoh yang sangat mudah, bagi seorang pelajar medikal seperti saya...untuk menaja pembelajaran saya di sini, pelaburan modal yang dikeluarkan oleh kerajaan ialah sebanyak hampir satu juta ringgit malaysia seorang...

dan kos itu sebenarnya mampu untuk menampung sepuluh orang pelajar medikal di malaysia mahupun indonesia..
maka secara idealnya, saya perlulah menjadi SEPULUH KALI DOKTOR daripada doktor2 yang dihasilkan oleh universiti tempatan..logiknya, hasil serta kualiti kerja dan output perkhidmatan perlulah 10 kali ganda berbanding graduan tempatan..

tapi persoalannya bagaimana untuk menjadi sepuluh kali ganda doktor tersebut...?

jawapannya saya pasti ada dalam diri masing2, kerana semua yang dihantar ke luar negara adalah pelajar yang terpilih..bak kata nabil, pikir sendri..

peluang berinteraksi secara terbuka dengan masyarakat..

NAMUN, kadang2 saya terpaksa akur, yang ianya tidak seperti yang kita idealiskan..
Kadang-kadang kelakuan atau masalah sikap pelajar luar negara ini menjadi isu yang sukar untuk diselesaikan..saya tidak nafikan masing2 adalah pelajar yang bijak dan terkehadapan, namun nilai kompetensi masih turun naik...kerana apa?...sebab kita malas untuk berfikir..

kita malas untuk berfikir..selesa dengan duit elaun..?

lemah jati diri, tidak berprinsip, soal baik buruk pun sukar nak bezakan,..malah kadang2 kita suka justify segala perbuatan kita yang sah2 jelas salah..

saya kira ini semua adalah PRINSIP yang sangat asas, untuk jadi seorang yang berguna, apatah lagi untuk diangkat sebagai pemimpin masa depan serta memikul amanah modal insan..bak kata pak lah..

interaksi sehingga membuahkan perkahwinan budaya..

saya berpeluang mendengar ulasan seorang sister dari manchester..antara sebab mengapa kita sering kekal di takuk lama ialah:
  • habit ; yang sangat berkait rapat dengan sistem pendidikan...contoh paling mudah; jika seorang pelajar bertanyakan soalan di dalam kelas sewaktu cikgu sedang mengajar, dia pasti akan ditertawakan kerana dilabel bodoh..
  • custom atau adat; (baca surah az-Zukhruf, ayat 22)
  • third world mentality
  • fear

jangan janggal untuk bermasyarakat..


saya percaya jika mahukan perubahan, diri sendiri yang kena ubah,...betulkan paradigma, terapkan nilai dalam pekerjaan..insyaa dengan cara itu kita akan bersyukur dengan nikmat yang tuhan berikan serta dalam keadaan yang tidak langsung ianya boleh polarise persekitaran kita..

barulah berbaloi pelaburan dan pulang modal..

allahualam

p/s: alhamdulillah br selesai satu exam, tapi paper REM memang mencanak.. Best Blogger Tips

Sunday 15 November 2009

viva la espana..

Spain is world class..in fact they played without their key striker, torres elnino..



if spain continues playing like this, they will make it far in world cup...


p/s: finally dunkirk fc manage to conquer liverpool last weekend..alhamdulillah.. Best Blogger Tips

Thursday 12 November 2009

pasakkan diri dengan sikap memberi..


Masih teringat kata-katanya sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan. Maklumlah, majoriti anak-anak saya lelaki. Adakalanya bagai ketandusan idea dan cara untuk berdepan dengan kerenah anak perempuan

"Perlu banyak meraikan".

Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.

"Meraikan bagaimana?"

"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."

"Maksudnya?"

"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah."

baca selanjutnya di iluvislam.com

- Artikel dipetik daripada buku NOTA HATI SEORANG LELAKI tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Artikel merupakan Nota 22.

- bak kata kak zaffan,
" Amat saya galakkan untuk para pembaca di Iluvislam memiliki buku di atas. Walaupun nota seorang lelaki, lelaki itu adalah pasangan bagi wanita. Pasti banyak kaitannya. Kita dapat memahami lelaki yang bergelar ayah, abang, adik mahupun suami dan anak lelaki kita kelak.

Cerita ini juga amat bermanfaat buat wanita...menyedarkan kita tentang peranan dalam memberi. Memberi sebagai seorang anak perempuan buat ayahnya, sebagai seorang isteri buat suaminya serta sebagai seorang ibu buat anak-anak lelakinya kelak.

Boleh dapatkan di MPH jika tidak silap. Atau pergi sahaja ke Jalan TAR. Pustaka Mukmin mahupun kedai buku berhampiran. Cumanya buku ini cukup laris, kadangkala stok habis. Apa pun, jangan putus asa. Mungkin boleh bertanyakan diskaun juga.

Selamat membaca!
"



p/s: bukan senang untuk mendidik anak2..apa lagi ada anak yang ramai dan pelbagai ragam..penghargaan yang tidak terhingga buat semua ibu bapa di seluruh dunia khususnya buat abah mak saya..


ibu bapa adalah acuan kepada anak2..namun apakah saya mampu menjadi acuan yang terbaik buat anak2 saya kelak..?

allahualam

Best Blogger Tips

Tuesday 10 November 2009

petua 8M

Petua atasi keinginan merokok (amalan 8M)


1 - Melengahkan tindak balas keinginan merokok. Katakan nanti dulu setiap kali ingin merokok.

2 - Menarik nafas panjang selama lima saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang tiga hingga lima kali.

3 - Minum air galian atau masak dengan banyak.

4 - Melakukan kegiatan yang boleh mengalihkan fikiran daripada rokok seperti berkebun.

5 - Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20 minit setiap sesi.

6 - Membasuh tangan atau mandi setiap kali teringin merokok.


7 - Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan lobak merah (elak mengunyah benda manis).

8 - Memohon doa dan berazam untuk berjaya membuang tabiat merokok.

Senarai ini boleh mendorong anda untuk tidak merokok.

Hidup lebih lama.
Mencegah penyakit.

Kulit lebih sihat.
Melindungi orang lain.
Anak-anak lebih sihat.
Menjadi teladan yang baik.
Melindungi alam sekitar.

Meningkatkan kecergasan.
Meningkatkan deria rasa dan bau.
Lebih sihat.

Gigi lebih putih.
Rambut dan pakaian tidak berbau.
Kesuburan meningkat.
Menjimatkan wang.

Penyakit berkaitan rokok

Pelbagai barah seperti paru-paru, rongga mulut, esofagus, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Penyakit saluran pernafasan kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis.

Tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan angin ahmar.

Mudah terkena batuk kering, Hepatitis B, radang paru-paru.

Ulser peptik dan gastritis.



Penyakit kulit seperti ekszema.

Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.

Penyakit tulang.

Rambut cepat beruban.

Kulit cepat berkedut.

Luka lambat sembuh.

Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.

Kesuburan berkurangan.

Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.

Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

sumber
Best Blogger Tips

Sunday 8 November 2009

sibuk..

surah sibuk wic being shared by a friend of mine..

102. Surah At-Takathur(8)

Bismillahirrahman ar rahim

1. Abundance diverts you,
2. Until you come to the graves.
3. Nay! you shall soon know,
4. Nay! Nay! you shall soon know.
5. Nay! if you had known with a certain knowledge,
6. You should most certainly have seen the hell;
7. Then you shall most certainly see it with the eye of certainty;
8. Then on that day you shall most certainly be questioned
about the boons
.


- kita akan dilalaikan (daripada buat amal bakti) dengan kesibukan. (read: anak pinak, harta, pengaruh..), hatta ke liang lahad..
- dalam surah ni ade 3 kali 'KALLA' yang maksudnya 'JANGAN SEKALI2' . Jadi jangan jadi sedemikian...
- kelak kita akan dipertanggungjawabkan ke atas semua nikmat..

Let us enjoy this surah and reflect upon where exactly our main priorities are, inshaAllah..just pray that we all can survive this..

allahualam



p/s: bila shazli mula menulis kembali.. Best Blogger Tips

Friday 6 November 2009

bahang kian terasa...

dalam kemeriahan kita menantikan perlawanan hebat EPL weekend ini antara dua gergasi dunia, manu dan chelsea, kita kurang peka dengan apa yang berlaku di tanah air...mungkin standard yang ditunjukkan masih jauh ke belakang, namun saya pasti bagi peminat bola sepak seperti saya ini masih percaya yang sinar harapan itu tetap ada pada bola sepak tempatan...


esok bakal berlangsung pertembungan akhir piala malaysia antara skuad negeri sembilan dan kelantan di stadium nasional bukit jalil..

antara fakta2 menarik:

- kedua2 pasukan bakal membariskan pasukan yang terkuat dengan menampilkan gabungan player2 yang hebat dan berpengalaman serta pemain2 muda yang berpotensi besar..walaupun tiada nama rooney, torres, drogba mahupun van persie, nama2 seperti zaquan adha, hairuddin omar, indra putra, nor farhan, rezal zambery, shukor adan tetap menjadi titipan bibir peminat..

- Jika Negeri Sembilan muncul juara, mereka bakal menamatkan penantian selama 61 tahun selepas memenanginya buat pertama kali pada 1948 tetapi gagal mengulangi kejayaan itu pada final 2000 dan 2006..

- Kelantan pula jika menang, bakal menamat- kan penantian selama 88 tahun untuk menjulang Piala Malaysia buat pertama kali sejak ia diper- kenalkan pada 1921 setelah mereka tewas dalam dua per- cubaan pada tahun 1955 dan 1970.


- Masih segar lagi dalam ingatan kapten N9, rezal zamberi pada finals piala malaysia tahun 2006, ketika itu Negeri Sembilan tewas 2-1 di tangan Perlis...kini die bakal mengerah pengalaman bersama idris karim bagi menjadi kunci utama dalam merencanakan serangan yang diketuai oleh hairuddin omar dan zaquan adha...sementara kembarnya, aidil zafuan yang baru sahaja kelahiran anak (dengan rita rudaini) akan berganding mantap dengan shukor adan di bahagian kubu pertahanan...ternyata skuad rusa bakal mengerah kekuatan kuda tua mereka untuk direncahkan dengan gandingan kembar sensasi negara abad ini...

- pasukan the red warriors pula, yang bakal membuat kemunculan pertama di finals dalam tempoh 40 tahun, bakal diketuai oleh indra putra mahyudin, yang sudah mencatat 10 jaringan gol setakat ini, bertindak selaku perancang bersama nor farhan (giggs malaya), akan cuba untuk merobek kubu skuad hoben jang hoben...barisan belakang pula akan diketuai oleh bekas kapten yang merajuk, sarudy aziz..yang telah bermain utk kelantan sejak tahun 1996 lagi..dia tidak mahu kecewa lagi kali ini dan bakal mengekang serangan lawan bersama pemain yang terkenal dengan gelaran 'si badut', nazrul erwan serta pemain umur 19 tahun, zamri ramli yang masih menimba pengalaman..dan kecekapan halim napi bakal menjadi taruhan skuad kijang di kubu pintu gol mereka..

- kedua2 jurulatih pasukan adalah bekas jurulatih kebangsaan yang pernah melatih beberapa pemain ternama tanah air...wan jamak wan hassan lebih selesa dengan title underdog, manakala santhianatan tetap optimis dengan kebolehan dan keupayaan skuad kijang itu..


- Bakal disaksikan oleh lebih 85 000 penonton di stadium nasional bukit jalil...tiket yang dijual oleh FA kelantan sebanyak 56000 telah habis laku sampai orang merusuh sebab x dapat tiket..bayangkan 60000 sahaja penyokong kelantan sudah bersedia nak gegarkan stadium..dan bakal ditentang oleh 30000 peminat N9, termasuk saudara fairuz nasir..


- KAFA telah menyewa khas kereta api untuk membawa kira-kira 1,500 penyokong dari negeri ini memandangkan kesemua bas telah habis ditempah.


- Halim Napi menjadi tumpuan ramai kerana insiden yang membabitkannya dengan pemain pertahanan skuad 'Hoben Jang Hoben', Aidil Zafuan ketika separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Mohamed IV, 25 April lalu...


dirinya yang pernah digantung seumur hidup oleh FAM, tidak pernah lekang dengan kontroversi...kali ini beliau bakal menjadi pemain paling senior di atas padang dan dirinya adalah sebaya dengan penjaga2 gol pengalaman tanah air seperti zubir ibrahim (tganu), khairul azman (sabah), ahmad sobree (kedah) yang telah lama menggantungkan but..


- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Wakil-wakil kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun, Anggota Parlimen kelantan dikatakan akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan penuh kepada the red warriors..


- malah yang lebih menarik, Kerajaan negeri Kelantan akan membiayai pakej umrah kepada pasukan bola sepak negeri itu sebagai 'hadiah' kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia...'wang saku' untuk perbelanjaan sepanjang berada di sana juga akan turut ditaja..


- lebih menarik lagi, hari ahad 8 nov turut diumumkan sebagai cuti peristiwa di negeri cik siti wan kembang..(memang syok jadi orang kelantan, dok gitu mudin..?)


- si rusa bakal menanduk si kijang yang sangat lincah...

- hoben jang hoben bakal bertemu ruas dengan gomo kelate gomo...

apakah rusa yang akan menanduk...?

atau kijang yang bakal menyapu dan menyondol..?

pasukan fevret die nih dah kalah awal ngan team peteh..sebab tuh die sedeyh..


p/s: ramalanku adalah kelantan menang 2-1 ke atas n9...sebab aku suke hadiah umrah..(hadiah tarbiyah seyh...bagus siot kerajaan negeri nih...)


sumber: harimau malaya; kosmo; pengetahuan am.

Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...