Mungkin ada di antara kita yang berhadapan dengan perkara ini dalam kehidupan seharian..
Situasi sebenar : Seorang nenek pergi ke kedai untuk membeli ubi, tiba-tiba beliau dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.
Maka keesokan harinya anda akan melihat paparan seperti berikut melalui media massa dan cetak..antaranya:-
Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
Harian Metro - "Menyayat hati! Tidak sempat bayar, seorang nenek mati dengan ubi masih di tangan."
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu lagi propaganda pembangkang dan agenda yahudi?"
Harakah - "Nenek Meninggal Dilanggar Beca; Pemimpin Pas Ziarah, imamkan solat jenazah.."
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Suara Keadilan dan Roket- "Nenek mati dilanggar beca, PR tuntut penubuhan suruhanjaya diraja untuk siasat segera"
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
DS Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari"
Sent from my BlackBerry® wireless device
No comments:
Post a Comment