Masih teringat kata-katanya sewaktu saya meminta nasihat tentang panduan mendidik anak perempuan. Maklumlah, majoriti anak-anak saya lelaki. Adakalanya bagai ketandusan idea dan cara untuk berdepan dengan kerenah anak perempuan
"Perlu banyak meraikan".
Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.
"Meraikan bagaimana?"
"Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya."
"Maksudnya?"
"Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah."baca selanjutnya di iluvislam.com
- Artikel dipetik daripada buku NOTA HATI SEORANG LELAKI tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Artikel merupakan Nota 22.
- bak kata kak zaffan,
" Amat saya galakkan untuk para pembaca di Iluvislam memiliki buku di atas. Walaupun nota seorang lelaki, lelaki itu adalah pasangan bagi wanita. Pasti banyak kaitannya. Kita dapat memahami lelaki yang bergelar ayah, abang, adik mahupun suami dan anak lelaki kita kelak.
Cerita ini juga amat bermanfaat buat wanita...menyedarkan kita tentang peranan dalam memberi. Memberi sebagai seorang anak perempuan buat ayahnya, sebagai seorang isteri buat suaminya serta sebagai seorang ibu buat anak-anak lelakinya kelak.
Boleh dapatkan di MPH jika tidak silap. Atau pergi sahaja ke Jalan TAR. Pustaka Mukmin mahupun kedai buku berhampiran. Cumanya buku ini cukup laris, kadangkala stok habis. Apa pun, jangan putus asa. Mungkin boleh bertanyakan diskaun juga.
Selamat membaca!"
p/s: bukan senang untuk mendidik anak2..apa lagi ada anak yang ramai dan pelbagai ragam..penghargaan yang tidak terhingga buat semua ibu bapa di seluruh dunia khususnya buat abah mak saya..
ibu bapa adalah acuan kepada anak2..namun apakah saya mampu menjadi acuan yang terbaik buat anak2 saya kelak..?
allahualam
Amin..insyaAllah Tuan Faisal bakal menjadi acuan terbaik buat anak-anak tuan kelak.
ReplyDeleteApa pun, harus dimulakan dengan memilih ibu yang baik buat anak-anak tuan. InsyaAllah, saya doakan.
Teruskan memberi Cha.
yang pasti kamu akan menjadi ayah yang garang..hahaha
ReplyDelete