Wednesday, 4 January 2012

Hikmah?


Antara disiplin sosiologi mengenai tatacara perhubungan manusia dan politik, ada beberapa adab dan MANTIQ mudah yang perlu kita benar-benar kuasai dalam menyampaikan dakwah kepada circle of concerns and influences kita. Antaranya ialah berHIKMAH.


Apabila membicarakan soal pendekatan HIKMAH, ramai yang mempunyai tanggapan umum bahawa ianya tidak lebih daripada sekadar pada perkataan dan bahasa yang lemah lembut sahaja, umpama memijak semut pun pasti tidak akan mati.


Sebagai contoh, pihak polis yang menangkap seorang pencuri, apakah mereka akan berbicara dengan lemah lembut?
Ketika serbuan dilakukan ke atas pusat-pusat hiburan/arak yang melibatkan orang Melayu/Islam..masih lembut jugakah arahan yang dikeluarkan ketika itu?

Bila difikirkan secara mendalam, adakah di situ letaknya kedudukan hikmah?


Ketika Saidina Umar yang terkenal dengan perwatakan dan peribadinya yang begitu keras dan tegas pada sifatnya. Beliau pernah memberikan cadangan agar dibunuh sahaja pemimpin kafir yang ditawan semasa peperangan Badar.
Apakah Saidina Umar tidak berhikmah jika kualiti "lembut" itu menjadi asas kepada hikmah?


Jika begitulah asasnya, mengapa pula dalam Islam kita dibolehkan untuk merotan anak yang tidak mahu sembahyang apabila sampai usianya 10 tahun? Tidakkah itu bertentangan dengan konsep Hikmah di atas?


Makanya, hikmah itu tidak semestinya bersyaratkan approach yang lembut. Adakalanya ia memerlukan keTEGASan dan kekerasan kerana yang paling utama adalah mencegah KEZALIMAN. Apatah lagi dalam isu menegur pemerintah atas kezaliman dan penyalahgunaan kuasa, perlu ada ketegasan kerana yang lebih menjadi keutamaan ialah menegah kezaliman yang akibat dan kesannya lebih besar adalah kepada rakyat, serta mengundang keMUDARATan yang lebih hebat. Maka perlu difahami maqasid dan tujuan pencegahan.


Jika mahu potong pokok besar guna kapak,
Jika mahu potong pokok kecik guna gunting.


Kesimpulannya, ada ketika masa kena KERAS, dan ada masa kena LEMBUT. Ada yang main peranan tegur secara KERAS dan TEGAS, ada yang main peranan tegur secara LEMBUT. Perlu sesuaikan dengan tempat dan keadaan.

Allahualam

Best Blogger Tips

1 comment:

  1. basically hikmah tu bijaksana. bijak menganalisa situasi dan bertindak atas kewajaran =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...