Sunday, 8 January 2012
Tukang sorak?
1. Heboh bila mana FB seorang anak malaysia kita yang sedang belajar di luar negara dicerobohi, gambarnya yang kurang manis dijadikan bahan perbincangan semasa di sana sini. Boleh dilihat di mana2 masyarakat kita memberikan komentar yang berbeza2, ada yang positif dan ada yang negatif.
Malahan yang lebih banyaknya berbunyi sindiran dan negatif. Lebih menarik muncul ramai yang menyatakan rasa concern yang tidak putus2 terhadap pelajar hebat tanah air kita ini.
Cuma yang peliknya, kurang pula kedengaran mereka2 yang concern ini, terhadap gambar2 dan aksi artis tanah air yang saban hari mewarnai muka depan majalah dan akhbar utama tempatan, yang saya percaya aksi dan pemakaian mereka jauh lebih menjolokkan serta tidak cukup kain berbanding pelajar kita di atas.
2. Heboh juga bila mahasiswa tanahair yang mengadakan demonstrasi menuntut kebebasan akademik. Ya benar, tindakan mereka kurang bijak jika mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan yang beremosi serta kurang sabar.
Namun lupakah kita bahawa mereka semua ini adalah produk hasil sistem yang telah kita adakan..
Melalui kongkongan sistem sebegini, kita pelajar secara umumnya telah dibekukan minda untuk berfikir secara hemah dan mengamalkan HIDUP SECARA TEORI.
- Pelajar ekonomi tidak boleh berbincang di dalam kelas secara langsung mengenai isu fidlot samada pembelian kondominium sebagai salah satu pelaburan yang dilakukan akan berjaya atau tidak. Ke mana hala tuju ekonomi negara yang mengalami defisi hutang selama bertahun2 melalui laporan audit negara juga sukar untuk dibuat case study sebagai perbincangan dalam kelas.
- Pelajar fakulti Islam tidak boleh berbincang fakta kes wang zakat yang digunakan untuk membayar peguam.
- Pelajar fakulti sains politik dibataskan untuk membincangkan tentang polisi dan pentadbiran kerajaan.
- Pelajar fakulti senibina tidak boleh meneliti kes stadium runtuh secara telus.
All forms of knowledge is not open freely for discussion.
Lalu, mengapa tidak kita hentam dan geram kepada sistem berteori sebegini yang sebenarnya membentuk siapa kita hari ini?
3. Heboh juga bila soal akademik dijadikan isu dan alasan untuk menghalang pelajar berpolitik dan menuntut kebebasan akademik.
Cuma tertanya-tanya juga dalam keadaan sekarang ini yang banyak akses disekat, tidak pula pelajar2 ini kesemuanya cemerlang dan universiti tanah air tidak semuanya termasuk dalam ranking cemerlang setiap tahun.
Malahan adakah mungkin lebih baik mereka melayan konsert muzik, KPOP, shuffle, bincang gosip artis daripada berpesatuan secara aktif dan terlibat dalam kepimpinan.
Apakah mungkin mereka lebih cemerlang jika mereka lebih banyak berFB, chatting dengan GF/BF, dating, tengok wayang dan shopping daripada mereka anak muda ini lebih tonjolkan idea dan berpolitik secara sihat di kampus.
Idea ini kelihatan sungguh ralat.
4. Krisis sebegini masih terus berlaku di sekeliling kita saban hari. Sebagaimana yang orang selalu sebut, krisis ini disebut sebagai MASALAH CARA BERFIKIR.
Apa yang salah itu tetap akan salah, dan apa yang haq kita kena benar dan tegakkan. Tiada siapa pun boleh mengambil jalan tengah atau bersikap neutral, apatah lagi jika ianya sudah melibatkan perkara dosa dan pahala.
Cuma ramai yang mengambil sikap memilih dalam menyatakan suara dan pandangan, atau lebih teruk lagi, memilih untuk bersikap kurang peduli..
Apatah lagi pandangan yang berkaitan politik pula pastinya mahu tidak mahu akan ada kecendurangan ke mana2 pihak, maka sesiapa yang sentiasa neutral bak kata UZAR hanyalah akan membentuk ciri munafiq berpendirian lalang.
5. Realitinya hari ini kita khuatir jika kita hanya layak menempelkan diri untuk tergolong dalam menjadi pasukan tukang sorak sahaja, sebagaimana di dalam sukan bola sepak inggeris EPL.
Kita bukan main hentam habis-habisan apabila team itu kalah dan salah, mengalahkan jurulatih. Akan tetapi pabila menang tidak semena-mena kita yang akan sibuk claim berjuang mengalahkan pemain.
Maka di mana sebenarnya kita? Terus menjadi TUKANG SORAK? atau pun pemain utama?...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum dr.
ReplyDeleteMaaf sekiranya tulisan saya ini agak terbuka dan 'terberani' sebentar.
Saya tertarik dengan point 'pelajar sains politik dibataskan untuk membincangkan tentang polisi dan pentadbiran kerajaan.'
Saya belajar tentang sains politik dan juga hubungan antarabangsa.Berdasarkan pengalaman saya sepanjang belajar jurusan ini,kami 'digalakkan dan didedahkan' untuk berfikiran 'di tengah2'.Neutral bukan bermakna kami takut,bukan juga bermakna kami bersikap berhati2 (kerana kadang2 agak daring juga),tetapi belajar IR,menuntut kami supaya sentiasa berfikiran menganalsis dan kritis.Saya dan rakan2 dibenarkan didalam kelas atau didalam kertas peperiksaan,untuk men'condemn' tentang sesuatu dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.Bagi kami,kalau benda itu fakta dan benar,kami akan setuju,tidak kira samada di pihak kerajaan atau pembangkang.Kami digalakkan untuk membaca semua bahan rujukan atau suratkhabar,tidak kira samada Harakah,Berita Harian,Malaysia Kini,The Star dsb.
Sekiranya timbul sesuatu isu,penting untuk kami membaca bahan bacaan tersebut.Ini kerana,setiap suratkhabar atau bahan bacaan mempunyai maklumat yang berbeza.Kadangkala,kerajaan juga salah kan tatacaranya?Dari situ,akn dianalisis,mana fakta2 yang boleh digunapakai.Disenaraikan juga,buruk baiknya tentang sesuatu dasar atau isu.Kemudian ia akan didebatkan didalam kelas pembelajaran.Barangkali boleh bersikap liberal kadangkala.
Senang menjadi pemerhati,bukan bermakna tidak berani,tetapi menuntut lebih sikap berhati2.
Tentang AUKU,rumusannya beginilah pada pandangan saya.Tak salah kiranya mahasiswa itu hendak berpolitik.Cuma,ia boleh diasah dari u lagi,melalui jawatan2 yang dipegang,contohnya MPP.Cuma silapnya,mahasiswa kita cepat terpengaruh.Sebelum melakukan sesuatu,perlu untuk berfikir sedalam2nya.Rasanya perlu lebih belajar 'cool' dan mendalami ilmu politik dan sebagainya.Tidak kira samada belajar perguruan,engineering dsb nya.Ilmu politik itu sangat luas.
Menganalisis dengan kritis itu sangat perlu.Jikalau tidak berpuashati tentang sesuatu perkara,demo tidak perlu.Salurkan ia pada pilihanraya yang akan tiba kerana disitu terletaknya hak kita.Wallahu'alam.
Maaf kalau panjang tulisannya.Pandangan hamba Allah yang masih belajar dan cetek ilmunya.
salam
ReplyDeleteterima kasih atas komen, saya hargai komen dan lontaran idea sebegini.
- contoh yang diberi di atas lebih kepada pengamatan kasar saya dan perbincangan sesama sahabat yang berada di tanah air.
cuma saya lebih berminat untuk melihat perkara yang lebih pokok iaitu kewajaran supaya pelajar tidak disekat ruang ekspresi idea mereka. sebagaimana kata saudari, ianya bukan hanya terbatas kepada polisi dan dasar kerajaan semata2, tetapi juga kepada perlaksanaan dan evaluation kepada polisi itu sendiri. saya kurang pasti jika sejauh mana ianya benar2 berlaku.
- bak kata saudari, ilmu politik itu luas..cuma saya kurang bersetuju jika meletakkan indikator perlunya ruang berpolitik hanyalah untuk membenarkan pelajar demonstrasi semata2. saya pasti kuasa mahasiswa atau anak muda bukan hanya terbatas untuk memangkah sewaktu pilihanraya semata2, malahan ianya lebih daripada itu.
- demonstrasi?..saya tiada komen, namun saya percaya kepada tujuan dan objektif yang baik. demonstrasi adalah ruang menyalurkan suara secara massa. berjaya atau tidak? saya tiada jawapan. saya kena tanya mereka yang bersungguh2 berjuang menuntut kemerdekaan tanah melayu, yang bersungguh menuntut malayan union digugurkan dengan demonstrasi, yang berjuang menuntut kebebasan negara palestin dengan mekanisme himpunan secara massa dan banyak lagi.
terima kasih.