Tuesday, 30 August 2011

RamadhanWeekend 4.0





Masa yang singkat di saki-baki ramadhan ini diteruskan dengan ekspidisi Kembara 10hari Mencari Laila (K10ML) dengan mengambil ibrah daripada tema 'mencari redho ilahi'


1. Sheffield
hentian pertama kami diserikan dengan menu istimewa iftar yang disediakan oleh sahabat sheffield, chef asyandi, hilman, adib dan nazrul..juga kehadiran abang lokman dan saiful memeriahkan lagi suasana berbuka puasa di sini.

selesai iktikaf di muslim welfare house kami dijamukan dengan sahur bertemakan 'tangisan insan yang kelaparan' yang disediakan abang safwan, pelajar PhD di sheffield..khabar gembira turut mengiringi K10ML bahawa beliau baru sahaja menerima anak ketiga tiga hari yang lalu..

bergambar di hadapan sheffield teaching hospital, menggamit memori lama saat arwah mas afzal membawa kami bersiar-siar ke sini.

2. Manchester

suasana di stesen bas cukup padat dan meriah, dengan masing2 tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut bank holiday dan raya aidilfitri.

3. Glasgow

hentian kami yang seterusnya cukup istimewa kerana kehadiran
kami dibanjiri dengan peminat-peminat tempatan yang menyaksikan penggambaran filem terbaru brad pitt.

iftar hari ini bertempat di Strathclyde Muslim Student Association yang kedudukannya sangat strategik di tengah kota glasgow..turut kelihatan adalah kaunter zakat fitrah yang di'amil'kan oleh Dr Che Anuar.

K10ML dipertemukan secara langsung dengan orang di belakang tabir kuliah nur ramadhan, ustaz arifin dan rahimi ariff, graduan universiti glasgow.

talk ringkas lagi menarik mengenai hikmah tadarus quran di bulan ramadhan oleh sheikh abdalaziz frederick.

dipertemukan dengan seorang saudara hebat, brother sherdon byron, a muslim revert bersama anak comelnya sophia..and guess what, isterinya orang Malaysia..

antara yang menarik yang mungkin boleh dicuba oleh masjid-masjid di malaysia, sediakan ruang khas di dalam masjid, untuk mereka yang beriktikaf..dan promosi perlu dibuat secara besar-besaran bagi mengimarahkan 10 malam terakhir ramadhan kerana itulah bentuk perayaan fitrah yang sebenar..

jika kita di malaysia boleh jadi lebih kreatif untuk buat promosi sahur sebegini buat yang beriktikaf di masjid untuk 10 malam terakhir, sebagaimana kita promosi pakej berbuka puasa di hotel, pastinya ganjaran pahalanya lebih besar berganda dengan kos yang lebih sederhana..malah subuh pastinya akan sentiasa dipenuhi oleh jemaah yang lebih ramai..

K10ML meneruskan pengembaraan dengan diberi kesempatan untuk menghadiri kelas pengajian sheikh abdalaziz frederick di al-meezan institute, sebuah NGO Islam di Glasgow yang ditubuhkan beliau..kebetulan beliau memang lahir di nottingham, what a coincidence, Subhanallah.

iftar K10ML kami disajikan dengan nasi briyani istimewa hasil tangan kak intan, isteri kepada Dr Hamka, seorang doktor veterinar di malaysia..majlis berbuka turut dimeriahkan dengan perbincangan mengenai pelaburan emas yang diketuai oleh abang azril.

saya membayangkan jika rakyat malaysia diberikan cuti umum seminggu lebih awal, supaya kita boleh saksikan malam ramadhan ke-29 penuh safnya di masjid-masjid seluruh negara..dan bukannya penuh safnya hanya di jalanraya...

anak-anak muda kecil ini turut tidak melepaskan peluang bagi mengejar ihya' ramadhan menyertai mereka yang dewasa beriktikaf di masjid sekalipun masih berbaki satu hari puasa...(dalam gambar; munzir dan hibban, anaknya ustaz abduh)

K10ML turut berpeluang berkunjung ke Glasgow Central Mosque bagi merasai sendiri suasana iktikaf di masjid utama bandar tertua di Scotland ini.

pengalaman bersama al-fadhil ustaz abduh, penceramah terkenal kuliah Nur Ramadhan, Ustaz Ariffin, pengelola Nur Ramadhan, dan Dr Che Anuar, pelajar PhD jurusan neuroscience nyata antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang misi K10ML..


Mungkin beberapa cadangan praktikal:

  • BONUS kepada pekerja perkhidmatan awam diberikan sebulan atau beberapa minggu sebelum ramadhan bagi melicinkan persiapan raya sebelum masuknya bulan puasa.
  • JUALAN RAYA dilakukan pada bulan syaaban supaya masyarakat memperolehi lebih banyak peluang untuk tumpukan perhatian kepada ibadat puasa apatah lagi dalam mengejar fadhilat pada 10 hari terakhir.
  • CUTI UMUM diberikan seminggu lebih awal sebelum raya supaya masing-masing dapat ke kampung lebih awal dan berpeluang berpusu-pusu mengerjakan ibadat 10 hari terakhir semaksima mungkin.
  • PROMOSI mengimarahkan masjid pada 10 malam terakhir perlu digiatkan dan dipertingkatkan dengan menu sahur yang istimewa dan ruang iktikaf yang lebih selesa, sebagaimana kita mempromosikan pakej2 buka puasa di hotel.

Eid Mubarak everyone, minal aidil walfaizin sama-sama.


Sent from my BlackBerry® wireless device


Best Blogger Tips

1 comment:

  1. Syoknya~~~~~

    Selamat Hari Raya Aidilfitri jugak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...