Bila diberikan nasihat, dia berkata "kamu bukannya ustaz nak bagi nasihat pada aku ni." Namun apabila sudah jadi ustaz, tatkala ditegur dia berkata "kamu bukannya tok guru untuk nasihat aku." Bila sudah jadi tok guru, dikatakannya pula "kamu bukannya ulama' nak tegurkan aku." Dan kemudiannya, bila sudah mati, macam mana pula?
Maka, tidak perlu untuk cari org yang betul-betul sempurna untuk tegur kita samalah juga untuk kita tidak perlu tunggu untuk jadi org yang betul-betul sempurna untuk mula memberi nasihat dan teguran kepada orang lain. Berikanlah TEGURAN, dan berHIKMAHlah.
"Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang² yang beriman." (51:55)
Sent from my BlackBerry® wireless device
No comments:
Post a Comment