Monday 22 August 2011

RamadhanWeekend 3.0



Daripada riwayat Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada setiap malam ketika masih tinggal sepertiga malam yang akhir lalu berfirman "Adakah di kalangan hambaKu yang berdoa pada ketika ini..nescaya akan Aku perkenankan. Adakah di kalangan hambaKu yang meminta sesuatu..nescaya akan aku kurniakan. Adakah di kalangan hambaKu yang memohon ampun..nescaya akan Aku ampunkan".

sesi iftar perdana bersama abang-abang besar nottingham, meraikan kepulangan untuk kebaikan (for good) saudara hisyamuddin daud (berkopiah) dan abe azrul afifi (baju kuning yang bersih)..

subhanallah, tiada siapa yang sangka di pekan lama inggeris di lincoln, adanya lebih kurang 300 ahli kariah yang konsisten melaksanakan ibadah taraweeh 20 rakaat..mereka menyewa grandstand di tengah pekan..alhamdulillah, ada doktor muslim yang sanggup menumpangkan saya daripada hospital untuk ke sini..(jarak hospital tempat attachment saya terkini dan pekan lebih kurang 45 min berjalan)

ketibaan 10 hari terakhir ramadhan diserikan lagi dengan kehadiran sarkis kepala dongga di bumi nottingham darrunnur..siapa sangka lakeside di universiti telah di'transformasi'kan menjadi pusat infotaimen kanak-kanak..bagaimana pula dengan transformasi ramadhan kita setakat ini?

alhamdulillah, hujung minggu diisi dengan pelbagai rencana dan juadah yang menarik di kampung halaman, nottingham..berkat kepulangan ke dunkirk pada hari jumaat, diserikan dengan jemputan iftar di rumah Dr Fadhlul, setelah selesai membantu abang izzi dan kak hana mengemas rumah.

kelas mengaji Pasti boleh diteruskan seperti biasa, kali ini lebih meriah dengan sesi latihan nasyid bagi persembahan konsert mereka ketika iftar perdana NMC selepas berbuka puasa petang nanti.

puasa berbelas jam seharian tidak menghalang si cilik alya dan zi en untuk bergaya dengan jilbab baru di depan lensa, sekalipun adik zi en kantoi makan lolipop selepas kelas mengaji..

konsert fantasia ramadhan si cilik mengaji Pasti boleh!

seperti biasa majlis iftar perdana NMC meriah dengan kehadiran lebih 100 orang yang dimulakan dengan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Dr Amali dan diteruskan dengan majlis berbuka puasa.

wajah-wajah gembira akak-akak helwa NMC yang bertungkus lumus menjayakan majlis iftar perdana kali ini..

selesai majlis terawih, ahli kariah yang tinggal mengambil gambar kenangan ala tika cinta bertasbih, dengan tema mencari ridho ilahi.

saat kami dikunjungi oleh saudara akmal firdaus, bakal pelajar universiti of nottingham sesi depan bersama ibu bapa tercinta. nyata perbualan yang singkat tidak mengekang kami untuk berkongsi pengalaman dan buah fikiran..

juadah iftar hari minggu terakhir sebelum berlepas pulang ke lincoln..jazakallah pokloh dan sekeluarga..moga juadah yang masuk ke dalam perut ini berjaya menghasilkan takwa yang seiring di malam-malam terakhir ramadhan..jangan kita lepaskan peluang last minute ini.


p/s: ini penangan bila cikgu ngaji kena jadi bidan terjun buat rappin'..



Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...