contoh:
SITUASI 1
Di sebuah kampung di persisiran pantai timur, ada seorang mangsa banjir yang cuba mendapatkan bantuan dengan menaiki ke atas bumbung rumah. dalam usahanya untuk menyelamatkan diri, beliau cuba menghubungi pihak keselamatan.
"encik, tolong selamatkan saya. saya ada dekat kampung sekian2, paras air dah sampai tahap sekian2" katanya pada mereka.
"baik encik. dalam 2 jam lagi kami sampai" balas pihak keselamatan dengan nada yakin.
dalam situasi ini, 2 jam yang dijanjikan itu mampu memberi ketenangan kepada mangsa. kerana sekurang2nya mangsa mendapat satu harapan bahawa dalam masa 2 jam lagi, beliau akan diselamatkan daripada malapetaka tersebut.
SITUASI 2
Dalam kejadian yang sama, seorang lagi mangsa banjir, di kampung yang lain bersebelahan mengambil pendekatan yang sama. Dia cuba menghubungi pihak keselamatan.
"encik, tolong selamatkan saya. saya dekat... tuuutttt........" talian terputus
dan selepas itu pertolongan sudah tidak dapat dihubungi lagi.
berbeza dengan mangsa pertama, ketiadaan ketentuan masa bahawa bilakah beliau akan diselamatkan bisa menghakis harapan dalam diri mangsa. dan menariknya mungkin pihak penyelamat cuma berada di sebalik pokok rumah dia sahaja, tetapi disebabkan tiadanya kepastian tersebut, beliau mungkin akan terjun ke dalam air dahulu sebelum sempat datang bantuan.
Inilah situasinya bagi mereka yang ditahan di dalam tahanan ISA melalui ordinan darurat, tiadanya pengadilan yang langsung buat mereka. tiada peluang untuk dibicarakan bagi mereka yang ditahan. dan apabila ditahan, tiada ketentuan MASA yang ditetapkan untuk mereka meringkuk di tempat itu. Mana-mana menteri di dalam negara ini boleh sewenang2nya mengeluarkan arahan penahanan ke atas sesiapa di bawah akta yang zalim ini. dan setelah ditahan, menteri tersebut boleh memperbaharui penahanan tersebut dalam masa tempoh yang lebih panjang.
Di manakah pendirian kita? Situasi ini tidak ada kedudukan tengah lagi..Samada akta ini sendiri yang bersifat zalim, atau pengguna ISA yang menzalimi akta ini?
Apa kata anda?
Sent from my BlackBerry® wireless device
No comments:
Post a Comment