Sunday 7 August 2011

RamadhanWeekend 1.0


Hampir genap seminggu tirai ramadhan dibuka,
Menempuh hampir 17 jam pengalaman berpuasa,
Menimba banyak pengalaman suka dan duka,
Hikmah ramadhan di perantauan kali kelima.

Lauk sayur, ayam sambal dan goreng telur,
Roti kosong inti serunding serta salami,
Kurma dan air kosong menjadi peneman sahur,
Nikmat cendol dan murtabak alahai jauh sekali.

Rutin di hujung minggu masih seperti biasa,
Mengajar si cilik mengaji quran dan tajwid,
Sokongan ibu dan ayah hadir setiap masa,
Agar si anak mahir membaca bukannya taqlid.

Dr Nadiah mengaplikasi Skinner's Behavioural Theory dalam mendidik mereka. perkembangan anak-anak cilik gembira boleh di lihat di sini.

Tibanya hujung minggu membawa khabar gumbira,
Jemputan Abang dan Kakak sama-sama beriftar,
Aneka juadah, lauk pauk bermacam tidak terkira,
Cukup sebagai pengganti masakan ibu dan bazaar.

sebut sahaja apa, pasti ada..

alhamdulillah, ini jemputan hari ahad, kalah buffet hotel nih..

pandangan dari sisi jika tidak percaya. jazakallah poklah dan kak zura..


Sent from my BlackBerry® wireless device
Best Blogger Tips

1 comment:

  1. Assalamualaikum.

    Saya baru ja jumpa blog ni. First time baca memang best sangat. Bila baca blog ni, saya rasa semangat dan boleh muhasabah diri pada masa yang sama. Terima kasih sebab buat blog ni.

    Oh ya, saya panggil abang takpa kot noh. Sebab kalau saya nak panggil 'hang-kau-awak-kamu' macam biadap dan tak hormat so saya panggil abang sebagai tanda saya hormat. (benda ni saya kisah jugak sebab kebanyakan oang yang saya jumpa, selalu marah and tak bagi saya panggil abang/kakak)

    Dah alang-alang komen ni, saya nak ambik kesempatan mintak tunjuk ajar, nasihat,semangat dan motivasi. Sebab kebetulan abang ni ambik medik kan. Saya pun insyaAllah bakal ikut jejak abang. Saya ni 19, bau ja habis matrik bulan 4 hari tu. Sekarang tengah cuti 5 bulan sebelum masuk uni bulan 9 nanti. InsyaAllah saya sambung buat medik.

    Sebenarnya banyak yang saya nak tanya pasal medik ni. Sejujurnya sampai sekarang saya masih agak blurr pasal dunia perubatan nih. Cari kat internet tak cukup, still kabur. Tanya kawan2 yang tengah buat medic sekarang, jawapan semua sama, 'jangan study medik! merananya hanya Allah yang tau' or, 'kalau nak ambik medic jugak, prepare for the worst! sebab kita blajaq pasai makhluk Allah yang paling istimewa.'.

    Bila ditanya pasaipa merana sangat belajar medic? merana macam mana? depa just cakap, 'tak tau nak cerita macam mana.'

    Betul ka? Merana sangat ka belajar medic? Sebab kawan yang cakap tu laki, so saya nak tanya pendapat abang lah. Banyak jugak cerita yang saya dengar pasal medic ni susah, takdak social life waktu belajar and waktu kerja, kebanyakan doktor menyesal sebab ambik medik sebab takdak social life, ada yang minat medik gila3 tapi bila masuk third yea macam tu, depa rasa bukan medic kot yang depa nak tapi terpaksa teruskan jugak. Pendapat abang sendiri macam mana pasal medik ni? Teruk sampai macam tu sekali ka? Saya nak tanya family dan kaum kerabat pun, tak boleh sebab saya ahli keluarga yang pertama pilih medic nih.

    Lagi satu, saya ni kan, bab2 nak tengok benda2 bedah, darah (boleh gagah lagi) dan benda2 yang sewaktu dengannya, memang saya tak berapa nak ok. Waktu belajar biology dulu pun, contoh bab reproduction, kalau tengok video and gambar2, saya tak boleh tengok, saya tak sanggup tengok sebab rasa macam benda tu jadi kat saya. Orang macam saya ni, boleh ka ambik medic? walaupun minat ada dan takut benda tu pun ada jugak?

    Harap abang boleh cerita kat saya pasal medic. Lagipun abang dah tahun yang terakhir kan, mesti banyak benda yang abang lalui.


    Lagi satu, abang belajar kat UK, mesti best kan? Saya ni dari dalam rahim ibu lagi sampai la sekarang saya teringin sangat2 nak sambung belajar kat UK. Macam mana eh abang boleh mintak belajar kat sana? Sejak bila abang sambung belajar kat UK? Rasa macam tipis ja harapan nak mintak biasiswa sebab JPA dengan MARA tengah takdak duit.

    Kalau abang free nanti abang boleh bagi jawapan kat mel saya,

    thiraz92@yahoo.com

    Sekian saja komen saya yang berjela nih. (eheh~)
    Kalau ada kelapangan, abang rajin2 lah update blog, memang blog abang yang terbaik lah. =)

    Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak. =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...