Tuesday, 1 February 2011

I've decided..

Kita semua ini berada dalam persimpangan kehidupan, setiap masa dan ketika kita pasti perlu buat keputusan..


Bangun pagi sahaja, sudah ada keputusan yang kita perlu buat setiap hari, sebagai contoh yang perempuannya perlu buat keputusan untuk pakai kasut warna apa, supaya matching dengan warna baju atau tudung yang dipakai..malah hujung tudung nak end kat mana pun perlukan keputusan yang rapi dan masa yang lama untuk diambil..

Bagi lelaki pula, nak kena putuskan ke kelas atau tidak ke hari ini, mandi atau tidak ke pagi2 antaranya..dan dalam satu hari BERATUS2 keputusan yang perlu diambil..
dan rata2 keputusan ini masih bersifat FLEKSIBEL dan bisa diubah ikut citarasa dan keselesaan..malah kesan sampingannya tidak begitu penting..



Namun begitu ada juga perkara yang telah dibuat sukar untuk diubah keputusannya..malah SUKAR untuk BERPATAH BALIK bila sudah diputuskan..
Sebagai contoh apabila buat keputusan untuk ambil jurusan perubatan untuk menjadi doktor, sehinggalah keputusan besar untuk berkahwin dengan seseorang..
Keputusan2 besar sebegini, haruslah ditanggung hasilnya SEPANJANG HAYAT akibatnya..



Oleh yang demikian, demi untuk mengelakkan daripada keputusan2 yang banyak ini dibuat dalam keadaan yang salah, maka sikap PROAKTIF perlulah diambil bagi memberi peluang kepada diri untuk mengadaptasi ruang dan keselesaan kepada keputusan yang telah diambil..


Asasnya mudah, jika TERPAKSA, anda akan TERSEKSA..
dan MEMBERI lebih baik daripada MENERIMA..




Sent from my BlackBerry® wireless device Best Blogger Tips

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...